Wanita dan solekan mana mungkin dapat dipisahkan. Pastinya anda suka mengenakan solekan pada wajah walaupun sekadar menyapu pelembap bibir.

Mungkin ketika memilih produk solekan seperti lipstik, pembayang mata dan pemerh pipi bukan masalah besar bagi anda namun apabila tiba bab memilih foundation (bedak asas) anda mungkin pernah tersalah pilih.

Sebenarnya amat penting untuk kita memilih bedak asas mengikut tona kulit. Jika tersalah pilih, solekan pada wajah akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Kadangkala, warna yang dibeli terlalu terang atau terlalu gelap. Lebih malang jika foundation yang dibeli sama sekali tidak mampu menutup kekurangan pada wajah anda. Paling teruk kalau bedak asas yang disapu pada muka nampak macam topeng.

Jangan pening hijabi! Hijabista memahami kekeliruan anda ketika membeli foundation. Jadi, ini 5 tip mudah yang boleh anda praktikkan sewaktu membeli foundation agar tidak tersalah pilih warna.

1. Sesuaikan Dengan Jenis & Tona Kulit

Elak Pakai Foundation Macam Topeng Atau Tepung Gomak, Ini Tip Yang Boleh Diikut

Ads

Pemilihan foundation tidak hanya terbatas dengan tona kulit sahaja. Anda juga harus memadankan foundation dengan jenis kulit anda.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai masalah kulit yang berminyak, lebih baik anda gunakan foundation yang bebas minyak atau oil-free. Berbeza jika anda mempunyai kulit yang kering, anda harus gunakan foundation yang memiliki kandungan pelembap.

2. Baca Review

Setelah anda tahu jenis dan warna foundation yang sesuai dengan anda, lebih baik jika anda baca review terlebih dahulu. Fungsinya adalah untuk mengetahui keberkesanan produk tersebut.

Ads

Elak Pakai Foundation Macam Topeng Atau Tepung Gomak, Ini Tip Yang Boleh Diikut

3. Calit Pada Leher

Elak Pakai Foundation Macam Topeng Atau Tepung Gomak, Ini Tip Yang Boleh Diikut

Cara paling mudah untuk menentukan sama ada warna foundation tersebut benar-benar sesuai dengan kulit anda adalah dengan mencubanya. Kebiasannya, anda akan calitkan pada bahagian belakang tangan sedangkan sebenarnya warna tangan dan wajah itu jauh berbeza.

Ads

Untuk result yang lebih baik, cuba calitkan pada bahagian di antara leher dan dagu atau pada bahagian leher berhampiran telinga.

4. Cuba Di Bawah Cahaya Matahari

Elak Pakai Foundation Macam Topeng Atau Tepung Gomak, Ini Tip Yang Boleh Diikut

Kadangkala, cahaya lampu yang ada di kedai makeup terlalu terang dan kuat sehingga warna foundation kelihatan lebih terang daripada yang sepatutnya. Lebih baik anda keluar daripada kedai dan lihat di bawah cahaya matahari sama ada ia sesuai atau tidak dengan warna kulit anda.

5. Minta Sample

Elak Pakai Foundation Macam Topeng Atau Tepung Gomak, Ini Tip Yang Boleh Diikut

Jika anda masih ada keraguan untuk membeli foundation tersebut, minta sahaja sample pada jurukedai tersebut. Jika sesuai, barulah anda boleh beli botol yang besar.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI