Kecantikan

Elak Mata Menjadi Kering, Rabun Dan Tidak Selesa, Amalkan 5 Langkah Senaman Mata Yang Mudah Ini!

Share

Senaman untuk mata merupakan salah satu cara untuk memastikan kesihatan mata terus terjaga dan dipelihara. Senaman ini juga amat penitng dilakukan kerana majoriti dari kita hari ini lebih banyak menghabiskan masa di depan skrin komputer riba, telefon bimbit ataupun televisyen bagi tujuan kerja, pembelajaran, bersosial, bermain ataupun melayari internet. 

Sumber gambar: Wendelmoretti

Ia secara tidak langsung memberi kesan buruk kepada kesihatan mata seperti kabur penglihatan, mata kering, tidak selesa dan rabun. Selain pemakanan, anda juga perlu mengamalkan senaman mata yang ringkas bagi mengekalkan tahap penglihatan yang optimal. Untuk kesan yang terbaik, anda disarankan untuk melakukan senaman mata ini sebelum tidur, selepas bangun tidur atau pada bila-bila ketika mata anda berasa tidak selesa. Caranya adalah seperti berikut:

Sumber gambar: Kraffeye
  1. Tekapkan tapak tangan anda pada kedua belah mata dalam keadaan mata tertutup selama beberapa saat.
Sumber gambar: Quora
  1. Pusingkan bebola mata anda dengan memandang ke atas, ke bawah dan putarkannya dengan perlahan mengikut arah jam beberapa kali.
Sumber gambar: Framesbuy
  1. Fokuskan pandangan mata anda terhadap sesuatu objek. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan sebatang pen. Caranya, dekatkan dan jauhkan ia beberapa kali untuk mendapatkan fokus yang baik.
Sumber gambar: Hergamut
  1. Urutkan dahi anda. Lakukan ini dengan perlahan-lahan dalam gerakan membulat beberapa kali. Selepas dahi, urutkan juga bahagian kening, bawah mata dan sisi hidung.
Sumber gambar: Tiger Lily
  1. Akhir sekali, sandarkan badan anda, pejamkan mata, rehat dan relaks selama beberapa minit.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
Putra