Senaman untuk mata merupakan salah satu cara untuk memastikan kesihatan mata terus terjaga dan dipelihara. Senaman ini juga amat penitng dilakukan kerana majoriti dari kita hari ini lebih banyak menghabiskan masa di depan skrin komputer riba, telefon bimbit ataupun televisyen bagi tujuan kerja, pembelajaran, bersosial, bermain ataupun melayari internet.
Ia secara tidak langsung memberi kesan buruk kepada kesihatan mata seperti kabur penglihatan, mata kering, tidak selesa dan rabun. Selain pemakanan, anda juga perlu mengamalkan senaman mata yang ringkas bagi mengekalkan tahap penglihatan yang optimal. Untuk kesan yang terbaik, anda disarankan untuk melakukan senaman mata ini sebelum tidur, selepas bangun tidur atau pada bila-bila ketika mata anda berasa tidak selesa. Caranya adalah seperti berikut:
- Tekapkan tapak tangan anda pada kedua belah mata dalam keadaan mata tertutup selama beberapa saat.
- Pusingkan bebola mata anda dengan memandang ke atas, ke bawah dan putarkannya dengan perlahan mengikut arah jam beberapa kali.
- Fokuskan pandangan mata anda terhadap sesuatu objek. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan sebatang pen. Caranya, dekatkan dan jauhkan ia beberapa kali untuk mendapatkan fokus yang baik.
- Urutkan dahi anda. Lakukan ini dengan perlahan-lahan dalam gerakan membulat beberapa kali. Selepas dahi, urutkan juga bahagian kening, bawah mata dan sisi hidung.
- Akhir sekali, sandarkan badan anda, pejamkan mata, rehat dan relaks selama beberapa minit.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI