Navigasi yang paling digemari yang memudahkan perjalanan anda, waze. Aplikasi ini bagaikan kuasa ajaib yang membuang terus cara traditional melihat papan tanda sebagai tanda arah mencari tempat yang ingin dituju.
Ya, Anda tidak perlu pening sebab aplikasi Waze akan membantu anda mencari lokasi dan tempat yang anda ingin tuju. Namun, navigasi ini juga satu sistem terkadang akan melambatkan perjalanan da nada masanya anda akan menjalani perjalanan yang panjang pendek kata, boleh sesat.
Jadi bagi mengelakkan anda tersesat, pastikan anda setting aplikasi Waze ini dengan cara yang betul. Cara-caranya telah dikongsikan oleh Aida Joseph menerusi Facebooknya.
Waze pun perlu di setting. Takut auto setting bawa anda berjalan-jalan di ladang kelapa sawit, ladang getah, dalam semak, dalam hutan.
Pernah kena dulu masa kat Pantai Timur, segala jalan kampung batu kelikir tepi sungai diangkutnya. Pergi Tasik Chini pun tak teruk macam tu.
Satu lagi, avoid jalan berbelit yang tidak berapa membantu (kurang 1-5 minit jer) jika kawasan anda banyak. Di Ampang ni banyak jalan shortcut yang amatlah berbelit-belit, so kena kurangkan.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe .