Kecantikan

Elak Kulit Kering Ketika Berpuasa, 6 Langkah Ini Solusi Terbaik Untuk Kelembapan Kulit Berpanjangan!

Share

Sepanjang Ramadan, cuaca yang tidak menentu turut beri kesan pada wajah dan juga tubuh. Sama ada hujan atau diselar terik matahari akan buatkan kulit lebih mudah mengering dan dehidrasi. 

Kekalkan kulit wajah yang lembap dengan penjagaan pemakanan anda dan rejim penjagaan kulit seperti pelembap dan pelindung UV.

Ikuti cara mudah dan ringkas ini untuk anda mula amalkan demi kulit yang sentiasa sihat dan cukup hidrasi.

  1. Mulakan ketika sahur yakni minum air suam dengan banyak.

2. Ambil makanan seperti telur dan minum susu. Jika anda tidak meminati makanan berat kala bersahur, boleh cuba buah-buahan yang tinggi kandungan air seperti tembikai, anggur atau tomato.

3. Elakkan mengambil makanan pedas, ia sebenarnya akan menyerap lembapan dengan mengeluarkan haba dari dalam badan.

4. Oles pelembap pada waktu malam, sekiranya anda mempunyai pupur tidur (sleeping mask) pakailah setiap hari. Ia dapat membantu merawat kulit anda yang dehidrasi.

5. Cuci wajah dengan air sahaja di waktu pagi, ia akan memberi lembapan yang lebih berpanjangan. Kerana mencuci wajah dengan pencuci akan lebih mengeringkan kulit.

6. Oles pelembap yang bukan bebas minyak. Seeloknya yang pekat teksturnya, ia akan tahan lama pada kulit berbanding gel.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
Putra