Menjaga kesihatan kulit ini bukan hanya menjadi keutamaan kaum wanita sahaja malah kaum Adam juga tidak terkecuali.
Semakin menjaga penampilan diri sejak bergelar artis, peserta Hero Remaja musim lalu yang semakin dikenali ramai, Aniq Suhair berkongsi rutinnya menjaga kesihatan kulit wajah dengan mudah dan berkesan.
“Selepas mencuci wajah, Aniq hanya menggunakan toner dan moisturizer. That’s it. And sunscreen jangan lupa pakai! Sunscreen itu sangat sebab kalau tak pakai, kulit mudah rosak bila kena cahaya UV.
“Aniq baru discovered perkara ini tau. Walaupun sebelum ini pakai segala produk, namun kulit wajah tetap breakout sebab tak pakai sunscreen. Jadi, Aniq cuba pakai and it works. So, yeah sunscreen sangat penting,” jelas pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta ini.
Oleh itu sis, jangan sesekali abaikan penggunaan sunscreen ini. Kesannya mungkin tidak akan nampak dalam masa terdekat namun anda nampak hasilnya apabila usia sudah semakin meningkat nanti. Never skip sunscreen okay!