Bagi anda yang sering memasak, pastinya tidak sahlah jika di dapur rumah anda tiada kuali yang merupakan salah satu perkakasan wajib untuk memasak. Namun, kalau tidak pandai menjaganya ia akan mudah berkarat dan rosak. Kena beli baru pula selepas itu. Hmmm…
Jika anda tidak mahu membazir, ada satu tip mudah yang boleh diamalkan bagi membuatkannya tahan lama dan masakan juga tidak mudah melekat. Rupa-rupanya kita haruslah membakarnya dahulu sebelum menggunakannya. Ikuti perkongsian oleh Wan Luqman ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
My 3rd kuali.
Baru² ni jumpa kuali saiz 13″ terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13″…Dah setel masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni.
Orang putih cakap “season the wok”. Untuk ape bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jaga dia, tak manjakan dia, dia akan cepat berkarat. Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna dia.
Salah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tak melekat. Jadi pengalaman memasak anda lebih seronok dan ghairah. Haha…macam enamel wok tu. Sila sayangi kuali anda…
Ok, macam mana nak tahu saiz kuali ni? Kat handle tu ada sticker. Boleh tengok nombor tu…tu lah saiz. Kebanyakan yg ada saiz 14″ 16″…saiz 13″ susah sikit nak dapat. Tapi kuali jenis ni xde dah saiz lagi kecik rasanya kat malaysia…13 kot paling kecik. Kalau dapat saiz 10″-11″, lagi comel masak nasik goreng sorang makan.
Harga dia average rm18-23. Tengok kedai dan tempat
Kuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak / greasy. Itu adalah minyak dari kilang…kite kena cuci dulu. Tenyeh gosok dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang bontot dia kita gonyoh semua.
Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali ni tau, biar rata semua tempat. INGAT JANGAN LAMA SANGAT, BILA DAH START BIRU TERUS ALIH KE PERMUKAAN LAIN. KALAU LAMA SANGAT KAT TEMPAT SAMA, NANTI YANG BIRU TU AKAN JADI MERAH. TANDA BESI TERLALU PANAS dan akan berkarat di kemudian hari. Sila buang dan beli kuali baru.
Bakar seluruh permukaan kuali ye. Jangan leka dan lalai
Dah siap. Hensem kan? Biarkan dalam 10min…
Lepas 10 min, kite test season. Letak minyak sikit..
Guna paper towel untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Ingat, tisu dapur ye. Bukan guna tisu muka dalam kotak kat ruang tamu tu!
Test Run…goreng la pape pun, bawang ke, daun bawang ke halia ke serai ke…seronok waktu ni tengok mereka berlari lara. Goreng je sampai garing ke hangus ke…
Masa ni kander goreng kobis, halia dan bawang putih je pun. Tapi bau dia masyaallah terliur! hehe
Bile dah garing kaw², buang bahan goreng tadi dan guna tisu tadi untuk lap permukaan kuali.
Dah habis lap, biarkan sekejap dalam 3-5min. Bagi dia cool down dulu. Korang tengoklah…kuali je baru. Sudip ikat cable tie tu jugak tak tukar² hahah
Kemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun ye
Lap² bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan sapu rata ke seluruh permukaan kuali lagi sekali. Simpan
Bile kita gosok guna tisu sambil api menyala, dia akan start berasap. Tutup api…siap.
Besok² nak pakai, panaskan dulu, ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali…baru guna. Ini dipanggil pre season…
Ads
Buat 2-3 kali pre season, insyaallah lepas tu kuali akan hitam gelap gelita macam kat restoran tu, itu lah yang kita mahu. Konpem x melekat sampai sudah.
Ni kuali kander yang ke-2. Beli ni dulu x season pun…malas. Bila x season, dia jadi macam ni lah. Lepas pakai, cuci bersih², bila dah kering dan simpan. Akan naik karat² tu…jadi setiap kali nak pakai, kena cuci dulu.
Ads
Kuali macam ni, untuk penjagaan dia, setiap kali lepas pakai basuh lap bagi kering kemudian sapu minyak di keliling permukaan dia. Baru simpan…haaa gitulah. Ingat muka je kena jaga? Kuali kesayangan pun mesti lah kena jaga.
Kuali pun kander jaga, apetah lagi hati dinder. Lagi lah dijaga….cewaahhh. Eh?!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Susah betul hendak berbelanja dengan kadar yang minima pada zaman sekarang. Kadang-kadang, dalam satu hari itu kita tak sedar boleh mengeluarkan sejumlah wang yang agak banyak. Habis pokai…tak sampai hujung bulan sis.
Seorang lelaki membuat satu challenge untuk hanya berbelanja sebanyak RM10 sahaja dalam sehari! Ramai orang terutama sekali pelajar yang teruja untuk ikuti cara lelaki ini berbelanja dengan hanya sejumlah wang yang sikit.
Hidup sehari hanya RM10 sahaja boleh ke?
Sumber dari TikTok overeatmy
Perkongsian video-video di laman sosial media TikTok semakin lama memberikan konten-konten yang semakin menarik. Tambahan pula, ramai yang cuba berbincang mengenai cara gaya hidup selepas pandemik.
Terdapat satu perkongsian oleh pempengaruh makanan, @overeatmy, cuba untuk melakukan satu challenge hanya berbelanja sebanyak RM10 sahaja untuk sehari. Ia kedengaran agak sukar kerana dengan harga barangan yang agak tinggi menyukarkan lagi jumlah wang sebanyak itu untuk bertahan.
Salah seorang pengendali akaun tersebut bernama Aaron menyatakan dia bekerja dan duduk di sekitar Kepong. Cabaran ini memerlukannya untuk berbelanja bagi 3 hidangan utama; sarapan, makan tengahari, dan makan malam.
Bagi hidangan sarapan pagi, Aaron membuat keputusan untuk membeli nasi lemak yang hanya berharga RM1.00 sahaja. Walaupun portion makanan itu agak sedikit, cukup sekadar untuk alas perut pada waktu pagi.
Lokasi penjual nasi lemak itu berada di Jalan PJU10/1C di Damansara Damai. Mungkin bolehlah siapa-siapa di kawasan berdekatan untuk tinjau ke sana dan rasa nasi lemak ekonomi itu.
Makan tengahari
Sumber dari TikTok overeatmy
Jika di soal mengenai makan tengahari, sudah tentu tekak ini mengidamkan nasi berlauk yang sedap. Di padankan pula dengan segelas air ais yang mengiurkan dan melegakan tekak.
Tetapi Aaron tidak membuat sedemikian, dia hanya memilih untuk membeli satu mi segera di dalam cawan untuk makan tengahari. Ianya pula hanya kos RM2.00 sahaja.
“Amaun ini cukup untuk makan tengahari saya. Strategi saya sekarang hanya untuk simpan sedikit wang untuk berbelanja bagi hidangan makan malam yang lebih berat,
“Tetapi untuk nutrition-wise, ini sama sekali tidak disarankan untuk anda amalkan.” khuatir jika ada individu yang menjadikan ini sebagai rutin harian mereka untuk jimat berbelanja.
Waktu yang di tunggu-tunggu oleh Aaron kini tiba, makan malam untuk menggantikan jumlah makanan yang sedikit di ambil pada sarapan dan makan tengahari. Dia memilih untuk menikmati nasi campur di Bandar Menjalara, Kuala Lumpur.
Jumlah portion hidangan makanannya hanya mengandungi sayur dan daging masak sweet and sour di padankan pula dengan kuah kari serta nasi putih. Jumlah yang dikenakan hanya RMM6.60 sahaja.
Sumber dari TikTok overeatmy
Akhiri cabaran itu, Aaron hanya berbelanja sebanyak RM9.60 sahaja dalam sehari. Meskipun dengan perubahan harga yang melonjak tinggi, seseorang boleh berbelanja dengan hanya RM10 sahaja sehari.
Keringkam berusia 35 tahun milik Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dihadiahkan baginda kepada Muzium Sarawak untuk dipamerkan kepada khalayak.
Titah baginda, keringkam itu mempunyai nostalgianya tersendiri. Malah, baginda mahu agar nilai seni bertaraf tinggi seperti itu terpelihara dan dihargai oleh generasi baharu supaya tak lapuk ditelan zaman.
Keringkam Itu Satu Daripada 16 Dulang Hantaran
“Ini adalah hadiah perkahwinan dalam satu daripada 16 dulang yang saya dapat ketika berkahwin dengan suami saya, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Memandangkan ia adalah Keringkam Sarawak, hari ini saya mahu menyerahkan kepada kerajaan Sarawak untuk dipamerkan di muzium.
Baginda bertitah demikian sewaktu menghadiri majlis perasmian Lembaran Emas Siri 2: Simposium Tekstil Borneo.
Pada majlis sama, selaku Penaung Pusat Pengeluaran Songket Kontemporari Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) baginda turut menggalakkan para penenun untuk terus memantapkan kemahiran masing-masing.
Ini demikian kerana, Tunku Azizah cakna berhubung jumlah penenun berkemahiran negara yang semakin menyusut seiring waktu.
Malah, ramai diantara penenun mahir yang sudah tidak lagi bergiat secara aktif dalam bidang ini.
Justeru, amatlah dialu-alukan sekiranya penenun mahir mahu menjadi tenaga pengajar yang mewarisi kemahiran ini kepada generasi baharu.
“Kami dapati semakin berkurangan orang yang terlibat dalam tenunan dan kita mesti galakkan mereka kembali.
“Adalah penting bagi penenun untuk menurunkan pengetahuan mereka. Kita mesti pastikan ilmu dan warisan ini tidak luntur ditelan zaman.
“Para penenun mahir perlu menurunkan pengetahuan mereka agar dapat didokumentasikan setiap bahagian, dan diwariskan kepada generasi akan datang,” titah baginda.
Selain itu, Tunku Azizah menzahirkan rasa syukur apabila industri tekstil negara kini kian berkembang pesat.
Jelasnya, ini sekaligus mampu meningkatkan nilai eksport dan import serta membuka peluang dalam mempromosikan tekstil komuniti tempatan negara di persada antarabangsa.
Terdahulu, Lembaran Emas Siri 2: Simposium Tekstil Borneo 2022 dianjurkan bertujuan untuk memupuk hubungan antara masyarakat dan pemain industri tekstil.
Dalam masa yang sama ia menjadi platform pertukaran idea ke arah pemeliharaan dan kemampanan tekstil di seluruh dunia.
Akhirnya, penantian rakyat Malaysia menemui noktahnya, apabila Ketua Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 dan dijangka akan melakukan upacara angkat sumpah pada jam 5 petang nanti.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja lstana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Yang di-Pertuan Agong, AI-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AI-Mustafa Billah Shah perkenan pelantikan tersebut selepas memperhalusi pandangan dari Raja-Raja Melayu.
Agong Perkenan Serah Watikah Perlantikkan Pada Anwar!
“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.
“Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung pada jam 5.00 petang hari ini di Istana Negara,” ujarnya.
Jelasnya lagi, perlantikan ini adalah selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda turut menyeru semua pihak yang menang atau kalah agar kembali mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain bagi merapatkan semula saf antara semua ahli-ahli Dewan Rakyat demi masa depan negara tercinta.
Untuk rekod, satu sesi Perbincangan Khas melibatkan Raja-Raja Melayu yang berlangsung sejak 11.00 pagi tadi, akhirnya menemui kata putus.
Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu, susulan daripada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!