Seperti yang kita tahu, minuman susu merupakan salah satu minuman yang kaya dengan pelbagai khasiat kepada tubuh badan. Diperkaya dengan sumber vitamin A, D dan K serta kandungan kalsium yang baik untuk badan. Minuman susu merupakan minuman yang mengandungi hampir semua nutrien yang diperlukan oleh badan.
Bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menjadikan susu sebagai minuman harian, PROVITAL Immuna Plus mengajak orang ramai untuk menguatkan imuniti tubuh badan dalam kempen
Activate Your Immunity, Stay Protected bersama dengan Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI).PROVITAL Immuna Plus berfungsi untuk menguatkan sistem imun tubuh badan. Susu ini mengandungi yis beta-glukan, selenium dan vitamin C yang memberikan Tiga Perlindungan Imuniti. Yis beta-glukan membantu mengaktifkan tindak balas imun untuk melawan jangkitan dan selsema. Menurut kajian, 9 daripada 10 orang dewasa melaporkan tiada simptom selsema dan sakit tekak selepas menggunakan yis beta glukan selama 12 minggu.
Jadi, ubah menu harian anda dengan menggantikan pilihan susu ini sebagai menu utama anda. Bukan sahaja memberi kebaikan kepada proses pembentukan, pertumbuhan dan perkembangan tulang, malah susu juga dapat mengelakkan dari sebarang pembekuan darah terjadi selain dari memberi tindak balas otot serta dapat mengawal tekanan darah.
Di samping itu juga, susu dipercayai salah satu sumber untuk menghasilkan tenaga badan dan perlindungan sistem kardiovaskular iaitu jantung. Ia juga dapat mencegah anemia (kekurangan zat besi).
Kalau nak sihat, semuanya bermula dari pemakanan anda! Jadikan susu sebagai teman baik anda!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.