Kewangan bukan semata-mata ilmu matematik. Sebenarnya ia jauh tentang hal mengurus emosi. Berjaya atau tidak dalam mempertahan kubu yang dibina, semuanya bergantung pada dalaman diri.
Selalu terjadi, kita gagal untuk menyimpan bukan kerana tidak cukup wang, tetapi tabiat diri dan desakan emosi yang menggagalkan kita untuk membuat simpanan.
Menurut Robert Kiyosaki dalam buku Rich Dad Poor Dad, orang kaya mengumpul harta dan mempertahankan harta sama ibarat sang tentera melindungi kubu dalam peperangan. Apa jua yang berlaku, kubu mestilah didahulukan.
Maka untuk menjadi kaya, perlulah kita mengawal emosi dan membiasakan diri dengan tabiat-tabiat yang boleh elakkan kekayaan atau kewangan kita daripada bocor.
Berikut merupakan antara 6 strategi penting yang boleh membantu:
Strategi #1 – Bayar Diri Sendiri Dulu
Ads
Apabila mendapat wang, bayar diri sendiri dahulu dengan menambahkan wang simpanan. Selebihnya barulah berbelanja. Bukan berbelanja dahulu, kemudian ada duit lebih baru ingin memendam azam untuk menyimpan. Percayalah, jika ditunggu duit lebih, memang selamanya, kita tidak akan menyimpan wang kocek untuk hari esok.
Strategi #2 –Alih Duit Kepada Harta
Jika mempunyai duit simpanan jangka panjang, tukar duit tersebut ke dalam bentuk harta sebenar seperti jongkong emas, tanah lot atau rumah-rumah sewa. Usah biarkan duit itu terbiar dalam bentuk tunai kecuali duit simpanan kecemasan sahaja.
Strategi #3 –Kerat Semua Kad Kredit
Kerat semua kad kredit kecuali satu. Kad kredit adalah lubang hutang paling mudah. Sememangnya tampak hebat jika memiliki kad kredit Platinum, tetapi ketahuilah bahawa kad kredit boleh menjadi ‘kanser’ kewangan sebab kita tidak menyedari duit sebenarnya sedang tiris. Apabila tersedar, hutang bertimbun menggunung. Dengan kadar faedah paling tinggi berbanding pinjaman yang lain, malah kadar faedahnya adalah pengkompaunan.
Ads
Strategi #4 – Berbelanja Secara Tunai Sahaja!
Jika ingin membeli barang, pastikan membeli secara tunai supaya kita betul-betul terasa setiap sen duit yang keluar. Jauhkan segala bentuk ansuran, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah, hatta ‘zero interest payment’ sekalipun. Walaupun mungkin ‘zero interest payment’ tu secara matematiknya seperti terlihat untung, akan tetapi ia secara tidak langsung memupuk tabiat suka berhutang. Dalam jangka panjang, ia musuh dalam selimut yang paling bahaya.
Strategi #5 – Langsaikan Hutang Sekecil Zarah
Apabila berniat untuk melangsaikan hutang, sasarkan untuk membayar hutang yang jumlahnya paling kecil dahulu kerana apabila satu hutang sudah selesai, ia menjadi motivasi untuk melangsaikan hutang-hutang lain. Pabila terang-terangan bebas hutang, kita pasti akan terasa cukup berat untuk berhutang lagi kecuali “hutang baik” yang membuatkan kita lebih kaya.
Ads
p/s: Andaikan ada dua hutang yang jumlahnya lebih kurang sama, apa kata selesaikan hutang yang berkadar faedah yang paling tinggi terlebih dahulu.
Strategi #6 – Buat “Hutang Baik”, Tambah Harta
Jika kenaikan gaji sudah bertambah baik atau pendapatan sudah meningkat, manfaatkan kenaikan tersebut untuk membuat hutang-hutang baik seperti menambah rumah sewa, beli tanah dan sebagainya. Bukannya silih ganti kereta baru! Memang bukan senang untuk memaksa diri untuk menyimpan wang, namun jika berhutang, kita terpaksa langsaikannya! Walau apa pun, hutang piutang tersebut mesti diurus dengan baik, agar kita hidup tanpa himpitan hutang.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/VfM9f2lAf3Q
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Model ternama dan juga pelakon Indonesia, Paula Verhoeven beberapa hari lepas mengejutkan para peminat dengan penampilan terbaharunya yang lebih manis dan sopan, sekaligus mengumumkan bahawa dia kini sudah berhijab.
Malah, isteri kepada pelakon sinetron, Baim Wong ini turut mengaku bahawa dia amat menyesal kerana tidak mengambil langkah untuk mempelajari agama dan berhijab lebih awal.
“Hidayah Harus Dijemput, Aku Takut Mati,” – Isteri Baim Wong
“Kalau bisa muter waktu sebenarnya aku nyesel kenapa nggak dari dulu ya aku belajar agama. Waktu kita nggak banyak loh di sini,” ungkap
“Kalau boleh putar kembali masa, aku menyesal kenapa tidak dari dulu aku mempelajari agama. Waktu kita di sini (dunia) tak banyak,” ujar Paula Verhoeven sambil menitiskan air mata penyesalan ketika ditemubual menerusi sebuah video di laman Instagram @nabillasyal
Sehubungan itu, ekoran takut akan kematian, Paula mula terniat untuk mencuba memakai tudung dan menutup aurat selama 40 hari terlebih dahulu.
Setelah itu, hatinya merasa begitu hatinya yakin dan lebih selesa dengan penampilan menggayakan busana muslimah dan fesyen patuh syariah, Paula terus meminta keizinan suami tercinta, Baim Wong menyatakan hasratnya untuk berhijrah dan berhijab.
Baim Wong Tak Pernah Paksa, Syukur Isteri Terima Hidayah Berhijab
Di sisi lain, Baim Wong menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga dan gembira terhadap keputusan bidadari hatinya itu untuk berhijab dan berharap agar isterinya dikurniakan hidayah untuk kekal istiqamah menjalankan tuntutan agama.
“Masyaallah, mudah-mudahan menjadi hidayah buat dia (Paula Verhoeven), amin, insyaallah,” ungkap Baim Wong.
Menurut Baim lagi, dirinya selalu berusaha untuk melaksanakan kewajipan sebagai umat Islam dan muslimat agar mampu menjadi suri teladan dan contoh terbaik buat isteri dan dua puteranya, Kiano Tiger Wong dan Kenzo Eldrago Wong.
“Saya tidak pernah mengajarkan atau memaksa, lebih ke arah praktikal dengan melakukan. Dia (Paula) melihat, dari mula solat, kemudian mempunyai keinginan untuk berhijab.
“Dia melakukan apa yang disuruh oleh Allah, dia melihat keindahan Islam dengan matanya dan akhirnya dia minta saya titipkan doa buat dirinya,” ujar Baim Wong.
Nona mendoakan agar, penghijrahan yang dilakukan oleh Paula dirahmati Allah dan dikurniakan istiqamah agar tidak berpaling semula kepada kehidupan yang lampau.
Setiap perkara yang kita lakukan, akan terbalas semula berpandukan dengan niat dan cara yang kita lakukan itu. Jadi apakah ia betul ungkapan “sepertimana kamu lakukan kamu akan dibalas balik” itu?
Pernahkah anda dengar ungkapan “sepertimana kamu lakukan kamu akan dibalas balik”? Ia merupakan sebuah ungkapan yang masyhur. Ianya diambil dari sebuah riwayat seperti yang direkodkan oleh Abdul Razzaq dalam Musannafnya seperti ini:
Maksudnya: “Kebaikkan tidak akan pudar, dosa tidak akan dilupa, al-Dayyan(Allah yang Maha Membalas segala amalan hambanya) tidak akan mati, jadilah sepertimana yang kamu ingin, sepertimana yang kamu lakukan kamu akan dibalas.”
Namun, riwayat ini telah dianggap daif oleh para ulama hadis seperti Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari namun maknanya adalah benar. Dalam ungkapan hadis, Nabi Muhammad SAW telah membuat peringatan bagi sesiapa sahaja yang memudahkan urusan orang lain, maka Allah SWT akan memudahkan urusan mereka.
Manakala penjelasan Imam Ahmad dalam al-Zuhd meriwayatkan hadis ini secara mauquf kepada Abu Darda’. Riwayat ini merupakan munqati’ kerana Abu Qilabah tidak pernah bertemu dengan Abu Darda’. Walaupun begitu, terdapat syawahid dari hadis Ibn Umar yang diriwayatkan oleh Ibn Adi dalam al-Kamil. Beliau menyebutkan beberapa riwayat dari Muhammad bin Abdul Malik al-Ansari beliau menyatakan bahawa:
Maksudnya: “Setiap hadis-hadis yang diriwayatkannya tidak terdapat penguat (mutabaat) dari perawi yang thiqah dan dia seorang perawi yang daif jiddan[6].”
Manakala ada yang dijelaskan lagi oleh Imam al-Munawi tentang makna hadis itu:
Maksudnya: “Sepertimana kamu lakukan kamu akan dibalas dan sepertimana kamu lakukan (kepada orang lain) kamu juga akan dilakukan dengan perkara yang sama[10].”
Riwayat itu juga selaras dengan sepotong ayat dari hadis Nabi Muhammad SAW yang bersabda:
مَن نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِن كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللَّهُ عنْه كُرْبَةً مِن كُرَبِ يَومِ القِيَامَةِ، وَمَن يَسَّرَ علَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللَّهُ عليه في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَن سَتَرَ مُسْلِمًا، سَتَرَهُ اللَّهُ في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَاللَّهُ في عَوْنِ العَبْدِ ما كانَ العَبْدُ في عَوْنِ أَخِيهِ
Maksudnya: “Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.”
(Riwayat Muslim)
Jadi sebagai kesimpulan, kita perlu ketahui untuk membuat baik kepada sesama manusia mahupun makhluk yang lain agar kita dilindungi oleh Allah SWT. Membuat jahat itu satu pilihan, maka fikirkan dengan baik apa yang patut anda lakukan.
Sebelum anda tidur, apa yang akan anda lakukan? Kalau ikutkan trend sekarang, pasti sebelum tidur anda akan sroll IG dan FB dulu kan? Apa kata selepas ini ubah kebiasaan anda daripada scroll IG dan FB kepada bacaan 5 ayat Al-Quran ini? Bukan sahaja dapat pahala, malah anda juga akan mendapat kebaikan di sebalik setiap ayat yang anda bacakan.
Hijabista senaraikan 5 ayat Al-Quran yang elok dibaca sebelum anda tidur.
1. Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Naas
Aisyah r.a. berkata:
“Nabi Muhammad s.a.w ketika berada di tempat tidur pada setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya, lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas. Kemudian beliau mengusap kedua tapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau bermula dari kepala, wajah dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan sebanyak tiga kali.”
2. Ayat Kursi
Allah S.W.T akan membuka pintu rahmat baginya serta memelihara dan menjaganya sepanjang tidur hingga Subuh.
3. Dua Ayat Terakhir Daripada Surah Al-Baqarah
Berdasarkan sabda Rasulullah, “Barangsiapa membaca dua ayat tersebut pada malam hari, maka dua ayat tersebut telah mencukupkannya.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
4. Surah Al-Kafirun
Berdasarkan sebuah hadis yang mengisahkan Rasulullah s.a.w mengajar sahabat Naufal untuk membaca surah Al-Kafirun sebelum tidur. – Hadis Riwayat Abu Dawud, Ahmad dan At Tirmidzi.
5. Surah Al-Mulk & As-Sajadah
Hal ini berdasarkan sahabat Jabir bin Abdillah, beliau berkata, “Tidaklah Rasulullah s.a.w tidur sampai baginda membaca alif lam mim tanzilus sajdah (surah As-Sajadah) dan tabarokalladzi biyadihil mulk (surah Al-Mulk).” – Hadis Riwayat Bukhari
Begitu banyak manfaat yang diperoleh sekiranya kita mengamalkannya sebelum tidur. Insya-Allah anda akan terasa manfaatnya jika diamalkan setiap hari. Cubalah…
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...