Pelbagai cara dilakukan oleh pendakwah atau penceramah untuk menyebarkan ilmu kepada orang ramai. Salah seorang yang aktif menyampaikan dakwah di media sosial adalah PU Amin yang juga terkenal dengan seorang pendakwah yang lantang bersuara membabitkan pelbagai isu. Dalam posting di laman instagram itu beliau berkongsi kelebihan mengamalkan Ayat 5 Surah Ad Dhuha di mana hati akan jadi lebih tenang dan dibukakan jalan oleh Allah SWT.
Menurutnya juga masyarakat kita hari ini berdepan dengan senario gaji yang banyak tetapi tidak pernah cukup, masalah bertimbun hingga meninggalkan beban, serta serabut dengan urusan kerja.
Bukan itu sahaja bagi mereka yang berdepan masalah ahli keluarga sukar dibentuk juga boleh amalkan ayat ini supaya kehidupan menjadi lebih teratur dan harmoni.
Posting beliau ini mendapat hampir 20 ribu butang like dan ini adalah salah satu menyebaran dakwah masa kini melalui media sosial.
nasihatkakak_@pencetusummah_amin surah al waqiah pun sama.. alhamdulillah.. masalah selesai satu persatu dgn tidak disangka2..ujian dtg btubi2..ttp lepas baca amalkn surah alwaqiah setiap hari selepas solat subuh dan sebelum tidur.. hidup rsa tenang..xgelisah.. mslh hutang pun selsai..
Haid dari segi bahasa bermaksud mengalir. Manakala dari segi istilah pula, ia adalah darah yang mengalir keluar dari kemaluan wanita dari dalam rahimnya (uterus) kerana semulajadi (bukan kerana penyakit atau melahirkan anak). Keluarnya pada masa tertentu apabila seorang wanita telah mencapai umur tertentu.
Apabila bulan puasa rasa gusar “bila haid nak habis ni, kalau lama lagi banyak la kena ganti puasa”. Hijabis usah stress dan gusar Admin kongsi ciri-ciri haid berakhir dan tempoh datangnya haid.
Terdapat beberapa ciri dan tempoh haid yang wajib hijabi sedar dan ketahui.
1. Syarat menjadi haid ialah darah keluar sekurang-kurangnya dalam masa 24 jam
Maksudnya jika keluar darah kurang daripada 24 jam atau sehari semalam secara terus-menerus, maka tidak dikira sebagai haid. Jika darah keluar sekejap-sekejap dalam tempoh 15 hari dan bila dikumpulkan waktu itu memenuhi 24 jam maka tempoh masa tersebut dikira sebagai haid.
2. Sudah tidak dianggap haid apabila darah itu melebihi 15 hari
Maksudnya selagi darah itu berterusan keluar dalam tempoh masa 15 hari, maka dikira sebagai haid. Darah yang melebihi tempoh tersebut, tidak lagi dianggap sebagai haid tetapi dihukumkan sebagai darah istihadhah. Makanya masa haid wanita itu adalah dengan dibezakan warna darah atau jika tidak dapat dibezakan warnanya maka dilihat pada tempoh kebiasaan haidnya sebelum ini.
3. Waktu suci ialah sekurang-kurangnya 15 hari
Maksudnya tidak dihukumkan haid jika tempoh suci kurang daripada 15 hari. Dikira sebagai haid itu mestilah apabila darah itu keluar selepas daripada 15 hari daripada hari tamat haid yang sebelumnya.
4. Minimum umur keluar haid ialah 9 tahun
Maksudnya jika keluar darah sebelum daripada umur tersebut, ia bukan haid. Lebih tepat lagi, ulamak menentukan keluarnya darah secara terus menerus 24 jam dalam tempoh masa 16 hari sebelum 9 tahun dihukumkan juga sebagai haid.
Jadi pastikan hijabi semua mengetahui dengan arif akan perihal haid kerana ia memberi kesan secara langsung kepada ibadah kita terutamanya solat dan puasa. Ragu-ragu dan ketidakpastian hanya akan mengundang kemurkaan Allah S.W.T. Banyakkan membaca dan rujukan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hujung tahun musim cuti sekolah atau bagi hijabi pula musim percutian untuk menghabiskan cuti hujung tahun di mana, masa inilah untuk berehat dan bercuti.
Ada juga yang merancang untuk mengerjakan umrah di hujung tahun yang beranggapan cuaca di sana sejuk. Wa wallahualam! Sebuah perkongsian menarik di dalam entri Facebook Kamarul Zaman ini sesuai dijadikan rujukan hijabi yang pertama kali mengerjakan ibadah umrah. Jom kita ikuti perkongsian beliau.
Pelbagai persiapan mengumpul maklumat dilakukan bermula seawal setahun sebelum tarikh penerbangan, dan semua itu untuk pastikan diri dan keluarganya faham dan bertujuan memudahkan urusan di sana. Dan mengetahui lagi apa kisahnya, jom baca perkongsian ini.
Catatan pengalaman pertama saya bersama keluarga (isteri, anak perempuan bongsu dan kakak ipar) mengikuti pakej umrah pada 9/12 hingga 18/12/2016. Catatan di bawah khusus berkisar APA YG KAMI LIHAT DI SEBERANG JALAN DI LUAR PAGAR MASJID NABAWI.
PERSEDIAAN SEBELUM PERGI UMRAH:
Walaupun keluarga menyedari saya sebagai suami@bapa berumur 63 tahun mengidap sakit lutut kronik, sakit pinggang dan tidak lagi secergas dulu, namun hakikat sifat seorang isteri, anak perempuan bongsu dan kakak ipar pastinya bergantung sepenuhnya ke atas saya kerana saya LELAKI@KETUA KELUARGA. Maka untuk menjadikan umrah yang entah bila boleh diulang menjadi kenangan abadi, saya mengumpul maklumat setahun lebih awal. Selain kursus umrah, sebagai warga emas celik IT memudahkan saya mengembara awal mencari maklumat melalui google street, youtube dan FB. Saya juga menjadi follower badan rasmi FB & IG seperti Tabung Haji, Haramain dan Makkah_Madinah.
SEMASA DI MASJID NABAWI:
Selain program rasmi bersama mutawif serta solat dan zikir di masjid, saya menjadi mutawif tanpa tauliah untuk keluarga bagi memenuhi aktiviti ziarah lain. Di antara perkara yang kami buat selepas solat asar @ sementara menunggu solat maghrib:
1) GATE 1: Hari pertama (cuaca cerah & suhu 16°c), usai solat Asar kami tawaf sekeliling kawasan Masjid Nabawi yang mempunyai 40 pintu pagar@gate bermula dari gate 1. Di luar gate 1 (bahagian Selatan masjid berdekatan dengan Raudhah/kubah hijau) terdapat kedai menjual cenderamata buatan Madinah (Almunawara gift shop). Di belakang bangunan kedai ini terdapat bangunan mahkamah syariah.
2) GATE 2: jika berjalan terus keluar menghala arah kiblat@ Selatan sejauh 800m, di situ terdapat masjid Bilal ibn Rabah. (Sumber google. Kami tak pergi ke masjid ini atas faktor kesuntukan masa dan elak keletihan).
3) GATE 3,4,5: Di seberang jalan gate 3, 4 & 5 ada sebuah klinik (Al Safiah Health Center) dan pasar menjual kurma (Pasar Tammara).
4) GATE 5: Di gate 5 terdapat 2 buah museum iaitu The Holly Quran Exhibition dan The Prophet’s Mosque Expansion Exhibition.
5) GATE 6: Lebih kurang 50m dari gate 6 kita boleh nampak masjid Al Ghamamah dan di sebelahnya jarak 30m ialah masjid Abu Bakar as-Siddiq.
6) GATE 7: Di pagar bhg. barat masjid, dari gate 7 dgn jarak 100m terdapat masjid Ali bin Abi Talib.
7) GATE 8-14: Di sepanjang gate 8-14 (bhg. barat masjid) terdapat 3 buah museum iaitu Assalam, Muhammad The Messenger of Allah dan The Beutiful Names of Allah Exhibition.
8) GATE 15: Berjalan 50m menghala keluar kita akan menemui sebuah taman mini berpagar yg subur menghijau iaitu Sokaifat bani Saedah. Taman ini adalah tempat kaum muhajirin & kaum ansar berhimpun membincang perlantikan khalifah bagi menggantikan nabi Muhammad SAW yg baru wafat dan belum dikebumi. Di taman ini lah mereka bersetuju melantik Saidina Abu Bakar as-Siddiq sebagai khalifah pertama umat Islam.
9) GATE 16-27: Di pagar bhg. utara @ belakang masjid, sepanjang gate 16 hingga 27 terdapat deretan hotel dan kedai yg menjual pelbagai barangan seperti emas, minyak wangi, pakaian, kurma, cenderamata dll.
10) GATE 20: Makanan segera KFC ada berdekatan gate 20.
11) GATE 21: Merupakan pintu masuk utama ke Masjid Nabawi. Di luar gate terdapat tugu jam di tengah bulatan@roundabout. Jika kita berdiri di gate dan menghadap tugu jam, sayup mata memandang di belakangnya ialah Jabal Uhud. Dari gate 21 berjalan terus arah utara (400m) akan jumpa pasar kurma dll barangan yg dijual dgn harga berpatutan (Bengali Market).
12) GATE 25: Terdapat starbuck dan dari gate ini terus masuk ke pintu 25 masjid Nabawi merupakan laluan khas jemaah wanita untuk ke Raudhah.
13) Gate 27-33: (di bhg. timur masjid) ditutup kerana di luar pagar ada projek pembinaan.
14) Gate 34: Ada laluan khas utk jemaah wanita yg ingin melihat perkuburan Baqi dari luar pagar.
15) GATE 35: Di luar gate 35 terdapat klinik (Bab Jebreel Health Center).
16) Gate 36: Laluan khas jemaah lelaki utk memasuki kawasan perkuburan Baqi.
17) GATE 37: Di luar gate 37 terdapat pejabat utk melapor kehilangan orang atau harta benda.
18) GATE 38-40: Di luar gate 38-40 (bhg. selatan) agak sunyi. Hanya trdapat bangunan 2 tingkat bersambung memanjang sehingga ke gate 6 yg mengandungi museum The Holly Quran Exhibtion.
Masa yg kami ambil utk tawaf keliling pagar Masjid Nabawi ialah 1.30 jam.
Mohon maaf jika ada sebarang kesilapan maklumat. Semoga bermanfaat. Terima kasih.
Kamarul Zaman Abdul Aziz
9/12/2019.
Sumber: KAMARUL ZAMAN ABDUL AZIZ
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pertama kali menunaikan solat dhuha, Syatilla Melvin atau lebih mesra disapa Tilla tidak malu berkongsi kisahnya bersama pengikutnya di Instagram kerana mahu berkongsi hikmah disebaliknya.
Selain itu, pengasas bersama jenama Kekasih ini juga percaya dirinya juga tidak keseorangan kerana pastinya ramai juga yang seperti dengan dirinya.
😭BERPULUH TAHUN HIDUP TAK PERNAH BUAT SOLAT DHUHA😭
Ya Allah malu sebenarnya nak mengaku😭tapi Tilla percaya mungkin ada juga hamba allah yang pernah ada dekat tempat Tilla harini😢 dulu solat yg wajib pun rongak-rongak, apatah lagi yang sunat.
Segan and malu gila nak mengaku sebenarnya, takut orang fikir bukan-bukan, takut orang kutuk, takut orang cop kita bukan-bukan😢
Tapi bila fikir balik, why not aku share je benda ni, mana tahu bila followers yang baca ni tiba-tiba terbuka hati nak buat jugak ke kan? 😍pasti ramai yang tengah berlawan dengan ego diri sendiri sekarang ni. Sama macam Tilla!!
Dan Tilla pilih untuk share sebab Tilla dah berjaya buat!!!!!!!🤗dan insyaAllah akan terus konsisten buat.
Owh by the way, Sebab tak pernah buat solat dhuha ni dulu, so cara nak niat pun kena google tengok youtube😭malu dgn diri sendiri tuhan ja tau
Tapi bila dah start buat, rasa sayangnya nk tinggal😍rasa macam keperluan pulak! kalau tak buat rasa bersalah macam mana tak tau. Insyallah sedaya upaya tengah usaha untuk buat hari-hari. doakan kami please🤍
Result melalui solat dhuha ni Tilla dapat sangat luar biasa! Nanti Tilla share ok next posting?
By the way, jangan pernah rasa terlambat untuk mula buat benda baik. Selagi ada rezeki bernafas, selagi tu kita ada peluang🤍setuju sangatkan?😍🤍
Sememangnya tidak pernah terlewat untuk kita mengerjakan sesuatu kebaikan dalam hidup. Sentiasa berusahalah untuk memperbaiki diri sendiri. Mana tahu sekecil-kecil perkara itulah yang akan menjadi asbab untuk ke syurga kelak bukan?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...