Al-Quran merupakan kalam Allah yang memiliki bahasa begitu tinggi. Setiap surah-surahNya memiliki keagungan, manfaat dan keutamaan tersendiri. Salah satunya adalah surah al-Kahfi yang memiliki banyak manfaat terutamanya bila dibaca pada hari Jumaat.

Antara manfaat yang boleh kita dapati apabila mengamalkan surah al-Kahfi adalah terhindar dari fitnah dajjal, memperoleh pengampunan dosa di antara dua Jumaat, menerangi di Hari Kiamat dan dipancarkan cahaya sejauh dirinya dan Kaabah.

Sebenarnya, surah al-Kahfi tidak hanya mampu elak fitnah dajjal. Rupa-rupanya ada 4 kisah utama di sebalik surah ini yang tidak pernah kita tahu. Perkara ini telah dikongsi oleh seorang lelaki bernama Nahar di akaun Twitter miliknya.

Ayuh kita baca perkongsiannya.

Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:

  1. Pemuda gua (al-kahf)
  2. Pemilik kebun dan rakannya
  3. Nabi Musa & Khidir AS
  4. Zulqarnain

Ramai tahu ni tapi tak dapat nak relate dengan dajjal. Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat :

  • Pemuda gua – Fitnah aqidah/iman
  • Pemilik kebun – Fitnah harta
  • Nabi Musa & Khidir – Fitnah ilmu
  • Zulqarnain – Fitnah kekuasaan

4 fitnah ni juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti! Dah mula nampak perkaitan surah al-Kahfi dengan dajjal?

Di sinilah relevannya baca surah al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ni bukan hanya bercerita, tapi bagi solusinya juga! Bagaimana?

IKLAN

Fitnah aqidah – bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat.

Fitnah harta – mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal dan banyak mengingati mati/akhirat.

Fitnah ilmu – kena tawadhu’/rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak sombong untuk menuntut ilmu dari Khidir.

Fitnah kekuasaan – Kena tawadhu’ & ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan diri bahawa kekuasaannya dari Allah.

Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi. Tema utama surah ini ialah DAKWAH! Bukankah para pemuda al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?

Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah? Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?

IKLAN

Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya? Rupa-rupanya utk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah. Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita & orang ramai dari fitnah-fitnah ini. Aslih nafsak, wad’u ghairak!

Fitnah dajjal. Ada 4. Fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa. Bagaimana?

Fitnah Iman: Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan orang mati apa semua.

Fitnah Harta: Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikut dia.

Fitnah Ilmu: Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.

IKLAN

Fitnah Kuasa: Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).

Kalaulah baca & amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah-fitnah lain! Maka marilah kita istiqamah & beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!

Hanya Allah maha mengetahui setiap sesuatu kejadian.

*SURAH AL KAHFI*

(Hadith)

Orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit.

Orang yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal.

Sumber: Twitter Nahar

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI