Kebiasaannya, sebelum tidur pasti anda akan lakukan pelbagai perkara untuk mengambil mood tidur kerana tidak semua orang senang untuk tidur. Ada sesetengah individu sukar untuk melelapkan mata dan terpaksa melakukan perkara lain sementara menunggu mata benar-benar mengantuk.
Ternyata ada perkara yang dilakukan tidak baik untuk kesihatan dan kualiti tidur anda. Hijabista paparkan 3 perkara buruk yang tidak patut anda lakukan sebelum anda tidur.
1. Scroll Media Sosial
Sebelum tidur atau ketika dalam keadaan santai, tentunya anda mengambil masa untuk scroll Instagram dan Facebook untuk chat bersama teman-teman anda. Tetapi jangan jadikan ia sebagai rutin kerana ia tidak elok untuk kesihatan anda.
Sebuah kajian telah dijalankan dan mendapati bahawa wanita berusia 19 tahun hingga 32 tahun mengalami masalah gangguan tidur kerana selalu menghabiskan waktu bermain media sosial sebelum tidur.
Jadi, sebaiknya hindari daripada main media sosial okay.
2. Membaca Menerusi Gajet
Menurut satu kajian, membaca dengan sinar daripada bahan elektronik seperti telefon bimbit, ipad atau laptop sebelum tidur akan menyebabkan gangguan tidur hingga memberi pengaruh yang buruk pada kesihatan anda.
Sebaiknya, baca buku yang dicetak berbanding membaca melalui gajet.
3. Ambil Makanan Berlemak & Manis
Makan makanan yang manis pada waktu malam akan membuatkan mata anda terus segar, sama seperti efek mengambil kopi sebelum tidur. Sebaiknya, sebelum tidur anda digalakkan mengambil makanan yang mengandungi serat yang tinggi.
Sumber: cewekbanget
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Setiap Kali Khatam Mesti Teringin Khatam Al Quran Pemberian Suami’- Fouziah Gous Syukur Doa Termakbul
Baru-baru ini, selebriti terkenal iaitu Datin Fouziah Gous bersama suami, Datuk Zhafran Md Yusof telah menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang kelapan.
Bahagia menjadi isteri di sisi suami tercinta, Fouziah berasa begitu teruja dan bersyukur apabila menerima senaskhah Al-Quran daripada suaminya sebagai hadiah. Ini kerana beliau sudah lama mengimpikan untuk khatam bacaan Al-Quran hasil pemberian daripada suami tersayang.
Sangat istimewa untuk saya…
This is really special to me @zhafyusof😭.. happy tak terkata. Sejujurnya deep inside me, i nakkkk sangat hadiah Al Quran dari you. Selalu baca Al Quran hadiah dari orang lain.
Setiap kali khatam mesti teringin nak khatam Al Quran pemberian suami and finally this year i dapat apa yang i nak. Walaupun I tak bagi tahu apa yg terdetik dalam hati tapi u seolah olah memahami. Syukur اَلْحَمْدُلِلّهِ ! Tak sabar nak khatam😍
Thank you sayang.. bukan i tak appreciate gift lain tapi yang ini i nak simpan disini buat kenangan. Sebab i betul2 tersentuh hati dan happpppppyyyyy sangat🥰❤️
Alhamdulillah, moga tercapai lagi hasrat Fouziah untuk khatam bacaan Al-Quran lagi. Didoakan agar pasangan ini terus bahagia melayari bahtera perkahwinan selamanya. InsyaAllah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tepati Ramalan Ramai, Mierul Aiman Diangkat Sebagai Juara Hero Remaja 2021
Pencarian Hero Remaja akhirnya melabuhkan tirainya pada 6 November 2021 dengan menobatkan Muhammad Amirul Aiman bin Norazman atau lebih dikenali sebagai Mierul Aiman, 23 sebagai juara Hero Remaja edisi kesebelas pada tahun ini.
Menerusi siaran langsung selama satu jam setengah di saluran Astro Ria, On Demand dan aplikasi Astro Go, empat orang finalis akhir yang terpilih untuk berentap di pentas finale bersama-sama Mierul Aiman ialah Aqil Taqeeuddin bin Tuhit (Aqil Taqee), Muhammad Fazziq Muqris bin Mohd Shariff (Fazziq Muqris) dan Afiq Hilman bin Hamidon (Afiq Hamidon).
Masing-masing telah memberikan saingan sengit menerusi tiga cabaran utama yang diberkan. Pada malam tersebut, mereka telah dihakimi oleh dua orang juri tetap program Hero Remaja iaitu Datuk Rosyam Nor dan Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya tanpa kehadiran juri jemputan.
Cabaran pertama yang perlu dilalui adalah pengacaraan solo secara langsung di mana setiap finalis perlu menyampaikan poin berkaitan empat buah filem arahan Allahyarham Mamat Khalid yang diminati penonton tempatan selama dua minit yang diberikan. Antara filem yang dipilih ialah Hantu Kak Limah Balik Rumah (Afiq), 17 Puasa (Fazziq), Rock Oo (Aqil) dan Zombie Kampung Pisang (Mierul).
Memasuki pusingan kedua, satu kelainan baharu disuntik oleh pihak penganjur dan produksi di pentas finale Hero Remaja menerusi cabaran sketsa lakonan untuk pertama kalinya dalam sejarah penganjuran. Setiap finalis diberikan tempoh empat minit untuk menyampaikan persembahan sketsa mengikut idea, skrip dan memilih pelakon iringan sendiri pada malam tersebut. Di sinilah momen di mana masing-masing menunjukkan kelebihan bakat mereka sebagai anak seni di samping pelakon-pelakon hebat Malaysia seperti Ruminah Sidek (Fazziq), Wan Maimunah (Mierul), Johan As’ari (Aqil) dan Wani Kayrie (Afiq).
Segmen ketiga dan terakhir menyaksikan finalis berdepan sesi soal jawab (Q&A) bersama juri tetap. Masing-masing mendapat topik mutakhir yang menjadi bualan ramai seperti mengenai golongan antivaksin (Aqil), jenaka rogol dalam kalangan rakan (Fazziq), musuh utama dunia (Mierul) dan juga sama ada remaja wajar lantang bersuara atau mendengar dengan teliti (Afiq).
Ternyata setelah mereka diadili dalam tiga segmen tersebut, Mierul Aiman mendahului lain-lain peserta dengan persembahan yang cukup menyakinkan juri serta penonton. Mierul dinobatkan sebagai juara oleh Datuk Rosyam Nor, manakala kedudukan finalis lain adalah seperti berikut; Naib Juara, Aqil Taqee; Pemenang Tempat Ketiga, Fazziq Muqris dan Pemenang Tempat Keempat, Afiq Hamidon.
Dua lagi kategori yang turut disampaikan pada malam tersebut menjadi milik Aqil Taqee bagi kategori Hero Inspirasi dan Syazani Zainal bagi kategori Hero Favourite hasil undian peminat di laman web rasmi Majalah Remaja sepanjang percarian berlangsung.
Untuk pengetahuan, sesi uji bakat Hero Remaja 2021 telah dianjurkan pada Disember 2020 secara atas talian seiring dengan norma baharu yang ditetapkan pada musim pandemik COVID-19 di Malaysia. Sesi tersebut kemudiannya disambung semula menerusi uji bakat secara fizikal dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat pada April 2021.
12 orang finalis terpilih kemudian diperkenalkan menerusi siri Prelude Hero Remaja 2021 sebanyak lapan episod di saluran Astro Ria, On Demand dan di aplikasi Astro Go sejak 13 Julai lalu. Ia diikuti oleh tayangan program Hero Remaja 2021 sebanyak lapan buah episod bermula 11 September 2021. Sepanjang lebih empat bulan itu, 12 orang finalis menyaksikan pebagai cabaran utama yang perlu diharungi bagi mencungkil potensi mereka sebelum menyertai industri seni selepas ini.
Pencarian Hero Remaja 2021 turut menampilkan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar sebagai pasangan hos. Ia juga meraikan kehadiran penaja, NIVEA Men menerusi beberapa episod yang ditayangkan.
Bagi mengikuti info mengenai pencarian Hero Remaja 2021, kunjungi laman web www.remaja.my/hero, Facebook [majalahremaja] dan Instagram [majalahremaja].
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lebih 150k Pengikut Di IG, Ini ‘Kakak’ Aafiyah Yang Disayangi Tok Ti & Keluarga. Cantiknya!
Jika anda mengikuti perkembangan anak kesayangan Dato Sri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah, anda pastinya familiar dengan pengasuh Aafiyah yang mesra dipanggil ‘Kakak’.
Cantik manis orangnya, ‘Kakak’ ataupun nama sebenarnya Dayah Zubit,24, sering berkongsikan aktiviti harian Aafiyah di laman Instagram sewaktu mengasuhnya. Pelbagai aktiviti menyeronokkan dilakukan bersama hingga Aafiyah rasa sunyi jika dia tiada bersama.
Dipetik daripada portal InTrend, ini merupakan 10 fakta menarik mengenai Dayah dan pengalamannya sewaktu diterima menjadi pengasuh Aafiyah.
1.Dayah berusia 24 tahun dan merupakan gadis utara yang berasal dari Padang Serai, Kedah.
View this post on InstagramJust smile. Sebab dengan senyum boleh hide semua feelings 🙂 #capturedbyaafiyah
A post shared by MT11 🐝 (@dayahzubit) on
- Dia mempunyai diploma dalam bidang kejururawatan. Dayah mencuba nasib menjadi pengasuh selepas mendapat tahu mengenai Dato Sri Siti waktu itu sedang mencari jururawat peribadi. Namun pada ketika itu dia tidak mengetahui tugasannya adalah untuk menjaga Aafiyah.
- Seterusnya, Dayah menghubungi pengurus Dato Sri Siti, Kak Rozi dan Kak Rozi menyuruh Dayah datang terus ke rumah Mak Iti (panggilan mesra untuk Dato Sri Siti) bagi sesi temuduga.
- Gementar! Itu perasaan yang digambarkan Dayah sebaik tiba di rumah Mak Iti. Dayah kemudiannya ditemuduga oleh Mak Iti dan Datuk K.
5.“Dayah diberi pilihan sama ada mahu duduk sekali atau balik hari tapi kalau ikut daripada butir bicara Mak Iti, dia lebih mahukan Dayah tinggal bersama kerana Dayah perlu sentiada ada bersama Aafiyah walau ke mana Aafiyah pergi. Jadi, Dayah pun fahamlah,” jelasnya.
- Bermulalah tugas baharu Dayah sebagai pengasuh kepada Aafiyah pada tanggal 21 Mei 2018.
- “Tidak dinafikan, perasaan berampur-baur. Bukan apa, risaulahkan ini bukan tugasan mudah, kita diamanahkan menjaga anak orang, apatah lagi anak kepada orang terkenal. Risau kalau apa yang akan kita beri tidak menepati ‘standard’ yang dimahukan. Namun, perlahan-lahan, Dayah cuba membiasakan diri dengan tugasan baru itu dan semua orang di rumah itu memberi kerjasama yang baik dan memudahkan urusan Dayah,” katanya.
8.Pada awalnya dia berasa kekok namun dia bersyukur kerana diberikan majikan yang baik seperti Mak Iti dan Datuk K. Jelas Dayah, Mak Iti memainkan peranan penting dalam memastikan dirinya sentiasa berasa selesa umpama keluarga sendiri dan tidak terasing.
9.Menurut Dayah, Mak Iti merupakan seorang ibu yang lembut, sama sahaja seperti mana yang kita lihat di Instagram, begitulah cara dia melayani Aafiyah.
10.Dayah menerima tawaran dari KKM untuk jawatan tetap di Hospital Pulau Pinang namun hatinya berbelah bahagi dan akhirnya menolak tawaran tersebut kerana sayangnya terhadap Aafiyah.
KREDIT: INTREND, ASTRO GEMPAK
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI