Setiap individu memerlukan tidur yang cukup untuk kekal segar pada keesokan harinya. Kebiasaannya, apa yang anda lakukan sebaik sahaja celik mata akan mempengaruhi mood serta kegiatan anda sepanjang hari itu.
Sekiranya anda memulakan hari dengan tubuh yang tidak bertenaga, maka agak sukar untuk jadi lebih produktif. Jadi, untuk mendapatkan mood yang ceria sepanjang hari, elakkan daripada melakukan 5 perkara ini sebaik sahaja anda bangun pagi.
Nak tahu apa? Jom lihat di bawah ini.
1. Menekan Butang ‘Snooze’
Sebelum tidur, pasti anda akan set jam untuk mengejut anda bangun pada keesokan hari. Ada pendapat mengatakan bahawa menekan butang snooze bukanlah satu idea yang baik. Ia akan menyebabkan anda menjadi penat dan malas.
2. Terus Melihat Telefon Bimbit
Melihat telefon bimbit sebaik sahaja bangun tidur akan membuatkan anda hilang fokus dari memikirkan tugasan penting yang perlu anda lakukan. Sebaiknya, fokus pada hal-hal penting dan lupakan seketika media sosial anda.
3. Minum Kopi
Sekiranya anda seorang yang gemar meminum kopi pada setiap pagi untuk menghilangkan rasa mengantuk, lebih baik pertimbangkan hal ini.
Pada jam 8 hingga 9 pagi, tubuh kita akan menghasilkan hormon yang memberi tenaga.
Jadi, sekiranya anda minum kopi sebelum jam 9.30 pagi, tubuh anda tidak dapat menghasilkan hormon dengan banyak. Maka, anda pun akan jadi kurang bertenaga.
4. Bangun Dalam Gelap
Jam biologi tubuh amat sensitif dengan cahaya terang dan gelap. Sekiranya anda terbangun dengan cahaya yang gelap, otak akan menjadi bingung dan membuatkan anda lebih mengantuk.
Jadi, buka tingkap bilik anda agar cahaya matahari dapat masuk atau nyalakan lampu sekiranya di luar masih gelap.
5. Tidak Mengemas Tempat Tidur
Percaya atau tidak, mengemas tempat tidur selepas bangun akan meningkatkan produktiviti anda. Jadi, kemas tempat tidur anda mulai hari ini jika anda mahu lebih produktif!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI