Setiap individu memerlukan tidur yang cukup untuk kekal segar pada keesokan harinya. Kebiasaannya, apa yang anda lakukan sebaik sahaja celik mata akan mempengaruhi mood serta kegiatan anda sepanjang hari itu.
Sekiranya anda memulakan hari dengan tubuh yang tidak bertenaga, maka agak sukar untuk jadi lebih produktif. Jadi, untuk mendapatkan mood yang ceria sepanjang hari, elakkan daripada melakukan 5 perkara ini sebaik sahaja anda bangun pagi.
Nak tahu apa? Jom lihat di bawah ini.
1. Menekan Butang ‘Snooze’
Sebelum tidur, pasti anda akan set jam untuk mengejut anda bangun pada keesokan hari. Ada pendapat mengatakan bahawa menekan butang snooze bukanlah satu idea yang baik. Ia akan menyebabkan anda menjadi penat dan malas.
2. Terus Melihat Telefon Bimbit
Melihat telefon bimbit sebaik sahaja bangun tidur akan membuatkan anda hilang fokus dari memikirkan tugasan penting yang perlu anda lakukan. Sebaiknya, fokus pada hal-hal penting dan lupakan seketika media sosial anda.
3. Minum Kopi
Sekiranya anda seorang yang gemar meminum kopi pada setiap pagi untuk menghilangkan rasa mengantuk, lebih baik pertimbangkan hal ini.
Pada jam 8 hingga 9 pagi, tubuh kita akan menghasilkan hormon yang memberi tenaga.
Jadi, sekiranya anda minum kopi sebelum jam 9.30 pagi, tubuh anda tidak dapat menghasilkan hormon dengan banyak. Maka, anda pun akan jadi kurang bertenaga.
4. Bangun Dalam Gelap
Jam biologi tubuh amat sensitif dengan cahaya terang dan gelap. Sekiranya anda terbangun dengan cahaya yang gelap, otak akan menjadi bingung dan membuatkan anda lebih mengantuk.
Jadi, buka tingkap bilik anda agar cahaya matahari dapat masuk atau nyalakan lampu sekiranya di luar masih gelap.
5. Tidak Mengemas Tempat Tidur
Percaya atau tidak, mengemas tempat tidur selepas bangun akan meningkatkan produktiviti anda. Jadi, kemas tempat tidur anda mulai hari ini jika anda mahu lebih produktif!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenali ‘Phasmophobia’, Rasa Takut Berlebihan Pada Hantu!
Jika Thanatophobia merupakan rasa takut terhadap kematian, Phasmophobia pula adalah rasa takut pada hantu secara berlebihan. Maklumlah, sekarang ini kan ramai orang ligat pergi ke pesta ‘Night Of Fright’ di Sunway Lagoon. Buat anda yang menghidapi Phasmophobia, pergi ke pesta seram ataupun rumah hantu mungkin merupakan mimpi buruk buat anda.
Segalanya mengenai Phasmophobia
Phasmophobia ini bukanlah sekadar ‘takut hantu’, malahan ianya lebih intense dan melampau. Contohnya, rasa takut dengan perkara mistik, melihat gambar, video, filem dan juga rasa takut untuk memasuki rumah hantu. Memang tiada harapan lah mereka ini mahu memasuk rumah hantu seperti ‘Night Of Fright’. Takut pulak perkara tidak diingini berlaku!
Orang yang menghidapi phasmophobia ini takut akan segala yang berkaitan dengan hantu. Sehinggakan, mendengar perkataan ‘hantu’ pun mampu mencetuskan rasa takut. Jangan ambil ringan ya, perkara kecil yang berkaitan dengan hantu atau benda lain boleh mencetuskan gangguan kecemasan kepada mereka.
Phasmophobia ini juga sangat sukar dikawal. Bukan sahaja minda seseorang boleh terganggu, malah kesihatan fizikal dan aktiviti harian juga boleh terjejas. Fobia jenis ini tidak mengenal usia, jadi sesiapa sahaja boleh mengalaminya. Kanak-kanak yang takut hantu sejak kecil juga mungkin akan mengalami phasmophobia apabila dewasa.
Tanda-tanda phasmophobia:
- Anda sering rasa seperti diperhatikan oleh hantu atau makhluk ghaib.
- Rasa cemas apabila mula mendengar cerita mengenai perkara ghaib atau hantu.
- Mengalami gejala seperti berpeluh sejuk, badan menggigil, dan jantung berdegup kencang.
- Badan terasa kaku, tidak dapat menumpukan perhatian, dan tidak dapat berfikir dengan jelas apabila berada di tempat yang sunyi dan gelap.
Punca phasmophobia
Menurut pakar psikologi Ikhsan Persada, punca atau penyebab sebenar phasmophobia ini masih tidak diketahui sehingga kini. Namun, terdapat beberapa faktor asas yang membuatkan seseorang itu boleh mengalami phasmophobia. Berikut merupakan beberapa faktor yang menyebabkan seseorang mengalami fobia hantu secara berlebihan:
1. Pengalaman traumatik atau menakutkan
Kanak-kanak yang pernah mengalami peristiwa mistik seperti dibuli atau melihat hantu berkemungkinan tinggi boleh mengalami phasmophobia. Tambahan itu, seseorang yang mempunyai pengalaman menakutkan yang melibatkan hantu atau rumah berhantu, juga berkemungkinan mengalami phasmophobia. Contohnya, pernah ‘terserempak’ dengan benda ghaib tersebut atau mengambil gambar lepastu ‘benda’ tersebut terselit di belakang. Pasti trauma… Kerap juga mendengar orang dulu-dulu pesan untuk tidak mengambil sebarang gambar waktu maghrib, takutlah!
Pernah tak anda merasa ‘meremang‘ apabila menonton babak-babak seram ketika menonton filem? Kadang-kadang ada filem yang mempunyai ‘unsur’ bacaan keagamaan. Seram sejuk dibuatnya! Untuk pengetahuan anda, menonton filem menakutkan dan pengaruh budaya atau agama lain yang berkaitan dengan alam ghaib juga boleh menyebabkan seseorang mengalami fobia hantu.
2.Faktor genetik dan persekitaran
Didikan di rumah memainkan peranan penting dan mampu memberikan kesan terhadap kehidupan seharian anda. Bayangkan jika seorang kanak-kanak itu daripada kecil sudah biasa melihat ibu bapa mereka atau orang sekeliling takutkan hantu, sudah pasti anak-anak pun akan terikut takut sama. Ini kerana mereka lebih mudah terikut-ikut melihat perkara yang ibu bapa mereka lakukan. Kanak-kanak tersebut pasti akan berfikir, ibu bapa pun boleh takut, apatah lagi orang yang mungkin tiada kuasa untuk melawan benda-benda mistik ini. Penyelidikan juga telah mendapati bahawa orang yang mempunyai ahli keluarga rapat dengan fobia atau jenis gangguan kecemasan lain lebih cenderung untuk mengalami fobia.
3.Terlalu taksub dengan perkara ghaib
Terlalu mempercayai perkara ghaib juga boleh menjadi faktor yang mendasari seseorang mengalami phasmophobia. Sebagai contoh, anda percaya bahawa pergi ke luar pada waktu matahari terbenam adalah berbahaya. Ini disebabkan matahari terbenam sebelum malam dipercayai adalah waktu makhluk ghaib sedang aktif. Tambahan itu, sesetengah orang percaya bahawa bangun pada waktu awal pagi merupakan petanda bahawa ada makhluk ghaib memerhatinya dari sudut bilik.
Kesan buruk Phasmopobia
Ketakutan terhadap hantu secara kelebihan ini boleh muncul pada bila-bila masa dan boleh memberi kesan buruk kepada penghidap,di antara kesan buruknya ialah:
Susah untuk tidur
Orang yang mengalami penyakit ini kerap mendapat tidur yang tidak cukup. Ini kerana bila tiba waktu malam…mulalah fikir mengenai hantu. Ketakutan terhadap hantu mulai menyelebungi. Bila nak tutup mata je, mulalah terbayang ada hantu berdekatan. Kalau anda baru habis menonton filem seram, mulalah terbayangkan babak-babak yang seram. “Macam mana kalau ada hantu bawah katil?..” Memang tak tenang lah nak tidur. Gangguan tidur ini menyebabkan anda tidak mempunyai tenaga dan sukar untuk berfikir dengan jelas pada siang hari. Ia juga mampu membuatkan anda lesu dan boleh mengurangkan produktiviti.
Cemas berlebihan
Situasi ini boleh berlaku bukan sahaja ketika anda bersendirian, bahkan boleh berlaku ketika sedang berada bersama ramai orang. Antara tanda-tanda kecemasan yang berlebihan adalah apabila anda mulai rasa jatung berdetak laju, mual, peluh dingin, pening sehingga rasa nak muntah.
Depresi
Jika anda sering mengalami dua kesan buruk diatas, anda berisiko untuk mengalami kemurungan. Kemurungan yang tidak dirawat boleh menyebabkan seseorang berfikir tentang bunuh diri.
Cara mengubati Phasmopobia
Anda boleh cuba mengubati phasmopobia ini menggunakan bantuan ubat-ubatan dan juga psikoterapi. Contoh ubatan yang boleh diambil adalah ubatan yang sering digunakan untuk merawat fobia, seperti anti depresi dan ubat anti-kecemasan. Kedua-dua ubat ini boleh melegakan reaksi berlebihan emosi kerana ketakutan yang anda alami, dan membantu menghentikan atau mengurangkan tindak balas fizikal, seperti jantung berdebar atau loya. Ubat antidepresan dan anti-kecemasan berkesan dalam mengurangkan gejala fobia dengan cepat.
Selain itu, anda boleh juga melakukan rawatan psikoterapi. Pakar kesihatan mental akan membantu penghidap phasmopobia untuk memahami punca ketakutan anda. Seterusnya, dengan menjalani rawatan psikoterapi, ianya membantu membangunkan mekanisme pertahanan yang boleh digunakan apabila anda mula merasakan ketakutan.
Artikel berkaitan: “Dengar Suara Meracau, Menjerit …” Gadis Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Sebulan Tinggal Di Wad Psikiatri
Anda telah mengetahui punca, tanda, kesan dan juga cara untuk mengubati phasmophobia ini. Jangan pernah memperlekehkan sesiapa yang mempunyai fobia berlebihan terhadap hantu. Selepas ini, jika anda ataupun orang sekeliling mula menunjukkan tanda Phasmophobia, dapatkan bantuan dengan segera.
Artikel berkaitan: Sedih, Resah Dan Gelisah, Amal Zikir Fatimiyah Agar Lebih Tenang. Bagus Untuk Hijabi Hadapi ‘Anxiety Attack’!
Sumber info dan gambar: KlikDokter, HaloDoc dan Google
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Akhirnya Jumpa ‘Kembar Yang Terpisah’, Fazura Memeluk Wanita Yang Seiras Wajahnnya Seolah-olah Adik-Beradiknya
Dulu ramai yang mengatakan mirip dan merupakan ‘kembar yang hilang’ dengan seorang pelakon terkenal tanah air. Sekarang, dah berjumpa secara depan-depan TikToker terkenal, Ellya Farahanny, bersama Fazura!
Ramai yang kata seakan-akan malah sama apabila di lihat wajahnya di bandingkan dengan muka pelakon wanita yang terkenal, Fazura. Ellya berkongsi keterujaan berjumpa dengan Fazura, ramai yang suka akan reaksi pelakon tersebut.
Akhirnya bertemu ‘kembar terpisah’
Seorang TikToker terkenal dengan wajah serta suara yang seakan-akan mirip seorang pelakon, Fazura–Elle Fara atau nama sebenarnya Ellya Farahanny Ridzuan, dapat bersemuka dengan pelakon tersebut di Faztival Fazura 2022. Keterujaannya dapat di rasai melalui perkongsian video di akaun TikTok miliknya.
@officialellefara Still cannot move on 😍😍🥰🥰❤️❤️ Thank you Kak Faz @Fazura ♬ original sound – Elle Fara
Menurut temubual bersama mStar, Elle mengatakan bahawa dia tidak sangka dapat bersua dengan pelakon tersebut meski pun dia sudah memasang niat untuk berjumpa. Tambahan lagi, ia merupakan pengalaman pertama baginya untuk menghadiri konsert seperti itu.
“Sebenarnya saya tidak di janjikan untuk berjumpa dengan Fazura pun, tapi sudah tentu saya mahu berjumpa dengan Fazura sekiranya di berikan peluang,
“Itu juga merupakan pertama kali saya datang ke konsert. Persembahan daripada semua artis sangat okay, dengan sistem bunyi yang bagus. Saya benar-benar terhibur.” katanya lagi.
Dia juga berkata melalui temubual itu, pasukan yang bekerja dengan Fazura telah membuka peluang buatnya untuk bertemu dengan pelakon TV wanita popular itu. Namun, pertemuan itu hanya sekadar lima minit, ia merupakan satu pengalaman yang tidak akan terpadam dari memorinya.
Artikel berkaitan: Tolak Ais & Cukup Tidur, Rahsia Cantik Fazura Untuk Kekal Jelita & Langsing Bak Cinderella!
“Saya memang keep in touch dengan team Fazura. Mereka kata ada peluang untuk jumpa Fazura selepas konsert.
“Konsert pula selesai pada pukul 12.20 tengah malam. Sekitar 1.30 pagi (Isnin), saya di luar Aziata Arean tunggu Fazura. Saya hanya cuba dan tak putus asa,
“Masa itu, Fazura cakap akhirnya jumpa. Saya tergamam sebab dia sangat cantik malam itu. Aura Fazura lain macam, tak terkata saya di buatnya,
“Fazura sangat baik dan merendah diri. Saya puji dia macam princess, satu fenomena. Bagi saya malam itu adalah a night to remember.” ujarnya lagi.
Ramai yang suka akan terhadap reaksi Fazura apabila Elle bertemu dengannya ketika itu. Semua akui pertemuan mereka sangat manis tambahan pula keperibadian pelakon itu yang sangat baik dan sopan.
Menjengah kepada ruangan komen di akaun TikTok ramai yang memberikan reaksi yang positif. Ada juga yang menunjukkan reaksi yang sangat teruja dengan pertemuan mereka berdua di akhir konsert Faztival Fazura 2022.
“Kembar terpisah ke ni baru jumpa, sweet la kak Faz seorang yang humble,
“Baiknya Fazura…terasa macam awww you’re so sweet!,
“Wah, finally dah jumpa kembar sendiri.” antara komen yang di lontarkan oleh warganet.
Elle menghadiri konsert itu bersama suaminya dan pengikutnya di TikTok, turut menyatakan Faztival Fazura 2022 yang berlangsung selama tiga jam itu sangat menyeronokkan. Perbualan mengenai pertemuan mereka berdua masih di perkatakan oleh warganet sehingga hari ini.
Artikel berkaitan: Fazura Lebih Fokus Faztival Fazura 2022, Berbanding Isu ‘Petik Nama’ Yang Baru Terjadi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Susulan Kejadian 6 Ahli Bomba Terkorban, Mufti Wilayah Persekutuan Zahir Simpati & Sifatkan Sebagai Syahid
Semalam rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita sedih di mana enam anggota penyelamat bomba terkorban dalam operasi misi dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh dalam sebuah lombong. Ramai melahirkan rasa simpati atas kehilangan yang tidak diduga termasuklah Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri.
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan ini berita kematian ini menginsafkan dan memberi maksud yang mendalam. Malah mereka ini juga diiktibarkan sebagai syahid berasaskan kepada nas hadis.
Dalam kenyataan itu juga Mufti Wilayah Persekutuan turut memberitahu bahawa mereka yang terkorban ini lebih mulia tetapi menolong dan membantu mangsa sehingga terkorban.
Beliau turut menasihatkan ahli keluarga mangsa supaya bertabah kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Berita kematian enam anggota Bomba kerana ingin menyelamatkan mangsa berakhir dengan terkorban mati lemas menginsafkan kami, serta memberi makna yang mendalam pada maksud pengorbanan dalam tugas. Kami iktibarkan mereka sebagai syahid berasaskan kepada nas hadis:
الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِيقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Maksudnya: “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.”
Riwayat al-Bukhari (653)
Tetapi, kepada rakan kita ini, mereka jauh lebih mulia kerana bukan sahaja mereka mati lemas, tetapi menolong dan membantu mangsa sehingga terkorban. Mereka adalah insan-insan terpilih dan mempunyai hati yang suci serta amat memahami tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan, terutamanya dalam kecemasan hingga kepada nafas yang terakhir dan denyut nadi yang terakhir. Inilah syuhada’ kita. Semoga Allah menempatkan mereka bersama para nabi, al-siddiqin dan syuhada’. Amin.
Atas asas inilah, berhimpun pada kami perasaan dukacita di atas perkara dan tragedi yang berlaku dan gembira atas semangat yang ditunjukkan, yang kami sifatkan luar biasa.
Syabas Bomba Malaysia dan juga kepada mereka yang bertindak seperti syuhada’ kami ini.
Kepada ahli keluarga, bertabahlah. Insha Allah setiap apa yang telah berlaku pasti ada hikmah yang kadang-kadang amat sukar ditafsirkannya. Dengan berharap kepada Allah SWT, berdoalah dengan kesabaran yang tinggi, Insha Allah akan datang bantuan daripada-Nya.
Kepada rakyat Malaysia, saya syorkan agar dihulurkan bantuan kepada kaum keluarga untuk meringankan beban mereka dan terus dapat meneruskan kehidupan sekalipun diuji dengan perpisahan orang tercinta.
Kepada kerajaan Malaysia, kami syorkan agar diberikan anugerah kecemerlangan dan dinaikkan pangkat mereka untuk memberi sedikit kelegaan kepada ahli keluarga mereka. Sesungguhnya, inilah staf kerajaan dan pekerja di era Malaysia baru yang sanggup berkorban apa sahaja.
Akhir kalam, marilah sama-sama kita merafakkan doa agar mereka semua ditempatkan pada kedudukan yang terpuji di sisi Allah.
Al-Fatihah buat mereka. Sekali lagi, takziah buat keluarga.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ، وعافِهِمْ واعْفُ عَنْهُمْ
Amin…
Akhukum fillah,
S.S Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
4 Oktober 2018 bersamaan 24 Muharram 1440 Hijrah.
SUMBER: FACEBOOK MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI