Isi Kandungan
ToggleKebiasaannya, peniaga dalam talian sering memberikan hadiah percuma buat pelanggan yang membeli produk dengan mereka. Ini membuatkan pelanggan berasa teruja dan ingin membuat pembelian yang peniaga yang sama lagi selepas ini.
Nak bagi hadiah percuma memang bagus cumanya ada beberapa produk yang perlu dielakkan daripada memberi kepada pelanggan kita kerana ia mampu mengundang bahaya. Nak tahu produk apa? Ikuti perkongsian daripada Nisa Kay ini di twitter.
Kandungan bahan dalam masker wajah dan losen tangan timbang kilo yang membimbangkan.
Daripada bagi barang yang belum tentu selamat, adalah lebih baik jika peniaga memberikan barang-barang ini sebagai hadiah percuma. Banyak kegunaannya!
Hair band yang comel…
Beli hair band yang ini juga berbaloi…
Klip rambut pelbagai warna sesuai untuk semua.
Pouch yang memudahkan kehidupan seharian kita.
Kalau bagi tisu poket pun apa salahnya bukan?
Kalau anda tetap mahu berikan masker wajah buat pelanggan, ini adalah pilihan yang lebih sesuai.
Jika anda mahukan lebih cadangan mengenai produk-produk yang menarik, bolehlah ikuti Nisa Kay di laman sosialnya. Memang sangat membantu!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fazbulous Raya 2024 Meriah, FAZURA Umum Bakal Berlakon Bersama Suami & Anak
Selebriti dan usahawan, Nur Fazura Sharifuddin atau Faz melancarkan koleksi Fazbulous Raya 2024 bersempena pertunjukan fesyen khas FAZURA di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA.
Acara ini diserikan dengan kehadiran suami Fazura iaitu aktor kacak Fattah Amin dan anak mereka Nur Fatima.
Turut hadir ialah ahli keluarga, rakan-rakan artis, para pempengaruh tempatan, agen FAZURA serta rakan media.
Baru-baru ini, tudung FAZURA Black Label menawarkan koleksi Alhambra, selendang bersulam daripada fabrik premium chiffon diinspirasikan daripada keindahan seni bina Islam di Sepanyol abad ke-13, sebagai koleksi sulung tahun 2024.
“Faz sangat bersyukur kerana diberikan rezeki pada tahun 2024 untuk meneruskan pertunjukkan fesyen Fazbulous Raya yang sentiasa dinantikan peminat jenama FAZURA.
“Ia juga adalah peluang kepada Faz dan Fattah untuk terus mendekati para peminat produk FAZURA. Majlis hari ini adalah yang pertama diadakan selepas pandemik COVID-19,” kongsi Fazura.
Koleksi Fazbulous Raya 2024 kali ini mengketengahkan tiga koleksi tudung FAZURA iaitu Citra Zahraa dan Kesuma Warna berinspirasikan bunga-bungaan.
Manakala Rona Peterana pula dengan corak abstrak dan geometri moden. 30 corak menarik ini bakal menemui peminat tudung FAZURA kelak termasuk koleksi kurung Kedah, kurung moden, kebaya serta ready-to-wear.
PERANCANGAN RAMADAN
“Faz dan Fattah masih belum sempat merancang sepenuhnya kerana kami sekeluarga termasuk Fatima sangat sibuk dengan pengambaran drama terbaharu yang akan ditayangkan pada Ramadan ini.
“2024 adalah tahun istimewa kerana Faz dan Fattah tampil bersama dalam filem Pendekar Awang.
“Kami juga dianugerahkan projek oleh sebuah stesen televisyen tempatan untuk menerbitkan drama yang buat julung kalinya dibintangi oleh saya, Fattah dan Fatima.
“Faz sangat terkejut melihat Fatima sangat selesa berlakon. Kehadiran Fatima di set penggambaran juga menghiburkan semua kru kerana keletahnya yang pandai melayan dan berdisiplin sebagai pelakon baharu di usia muda”.
Koleksi Fazbulous Raya 2024 boleh didapati di laman sesawang fazura.com, aplikasi Fazura, ShopeeMall ‘fazuraofficialstore’ atau dari Besties serta agen FAZURA sekitar Mac 2024.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tabiat Yang Sihat Akan Membantu Hijabi Segar Sepanjang Haid. Lakukan 5 tip Ini.
Isi Kandungan
ToggleWanita perlu sentiasa menjaga kebersihan diri dengan lebih apabila datang haid. Takut datang pula pelbagai penyakit. Belum lagi ditambah sakit senggugut dan kejang perut. Emosi pun kadang-kadang tidak menentu.
Sebagai wanita, haid merupakan perkara yang perlu dititik beratkan. Menurut portal Cleveland Clinic, haid juga dikenali dengan istilah menstruasi. Darah haid adalah darah dan sebahagian tisu dari dalam rahim anda yang mengalir dari rahim anda melalui serviks dan keluar dari badan anda melalui faraj anda. Kitaran haid selalunya adalah dalam tempoh 3- 7 hari.
Artikel Berkaitan: Gadis Yang Alami Heavy Flow & Senggugut Semasa
Period, Ini Pad Terbaik Yang Harus Dicuba!
5 perkara boleh dilakukan dan perlu dielakkan ketika haid
Semestinya anda tidak boleh memandang sebelah mata akan isu ini. Ini kerana jika anda sakit senggugut ketika haid, ia akan menghalang pergerakan anda untuk aktif sepanjang hari. Tabiat yang sihat akan membantu anda berasa segar sepanjang haid. Oleh itu, anda perlu sentiasa peka dengan perkara yang boleh dan perlu dielakkan. Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh dilakukan dan perlu dielakkan ketika haid.
1. Mengurangkan dan mengawal pengambilan garam
Makanan masin terutamanya makanan sedia untuk dimakan atau dibungkus, seperti kerepek kentang mempunyai kadar garam yang tinggi. Kadar garam yang tinggi boleh menyebabkan dehidrasi dan menyebabkan rasa kembung perut ketika haid. Bila dah mula rasa kembung perut, terus hilang mood dibuatnya. Bayangkan ketika itu anda sedang bekerja, sangatlah tidak selesa untuk meneruskan pekerjaan. Oleh itu, anda perlu mengurangkan makanan masin untuk mengelakkannya.
2. Elakkan minuman berkafein
Untuk pengetahuan anda, pengambilan kafein ketika haid dapat menyebabkan kegusaran, peningkatan denyut jantung, dan beberapa gejala lain. Mengikut pandangan pakar, minum kafein ketika datang haid juga akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian payudara. Oleh itu, penggemar minuman berkafein seperti americano,esspresso,cappucino dan sebagainya perlulah menahan diri semasa datang haid. Ala sekejap sahaja!
3. Minum air secukupnya
Yang paling penting sekali, jangan lupa untuk minum air secukupnya. Anda juga perlu tahu bahawa sebanyak 60 peratus hingga 70 peratus badan kita adalah air. Oleh itu, sangatlah penting untuk minum air secukupnya. Tambahan pula, minum air secukupnya juga boleh mengurangkan risiko sakit kepala atau pening.
4. Tukar pad setiap 4 jam
Tahukah anda penggunaan pad untuk tempoh yang lama boleh membawa kemudaratan kepada diri? Biasanya kalau hari pertama dan kedua, kita pasti akan mengalami aliran haid yang banyak ataupun heavy flow. Anda perlu sedar bahawa penggunaan pad dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan infeksi yang teruk. Oleh itu, anda tidak boleh malas untuk menukar pad.
5. Tambahkan kalsium & magnesium
Wanita yang sedang haid terutamanya yang sering senggugut disarankan menambahkan pengambilan kalsium & magnesium. Terkadang, sakit senggugut datang disebabkan kurangnya suplemen di dalam diet. Meninjau perkongsian di HelloDoktor, jika kalsium di dalam diet rendah, maka ia akan mempengaruhi kitaran menstrual di dalam badan anda. Pengambilan kalsium & magnesium dapat mengurangkan kepenatan begitu juga dengan perubahan pada aspek mental seperti depresi.
Artikel Berkaitan: Legakan Sakit Senggugut Dengan Cara Guna Bahan Dapur, Tak Perlu Makan Ubat Tahan Sakit
Sebagai kesimpulan, wanita perlulah sentiasa menjaga kebersihatan dan kesihatan diri terutamanya semasa datang haid. Jika anda sering mengalami masalah senggugut, bolehlah cuba tips yang telah diberikan diatas. Ingat, jangan pernah pandang ringan mengenai isu ini ya. Takut menyesal dikemudian hari. Bak peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.
Sumber: Hello Doktor
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Awas, Simptom Ini Cara Badan ‘Berkomunikasi’ Kandungan Garam Dalam Badan Belebihan! Jangan Abaikanya
Jika makan banyak makanan masin, badan akan menunjukkan tanda-tanda. Ini mungkin termasuk rasa dahaga, rasa pening, atau sakit kepala.
Garam terdiri daripada dua unsur berbeza: klorida dan natrium. Klorida adalah kira-kira 60 peratus garam, dan natrium adalah kira-kira 40 peratus. Inilah sebabnya mengapa garam sangat biasa dan juga pengawet.
Artikel Berkaitan : Makan Banyak Membuatkan Badan Lemas? Pentingnya Cukup Tidur Dan Makan Semasa Puasa!
Badan memerlukan garam untuk membantu merehatkan dan mengetatkan otot, membantu impuls saraf, dan mengimbangi mineral dan air yang kita ambil.
Terdapat had pada berapa banyak garam yang anda boleh makan setiap hari. Had ini ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Rhode Island. Ia bersamaan dengan 1 sudu teh (sudu besar) setiap orang/hari (5 gram setiap orang/hari). Jadi, jika anda makan 2000 mg garam dalam sehari, anda telah melebihi had.
Jika melebihi itu, tubuh anda akan menunjukkan reaksi kelebihan garam. Antaranya, berikut adalah beberapa tanda biasa bahawa anda mungkin makan terlalu banyak garam.
- Apabila perut anda kembung, ia mungkin terasa ketat. Ini kerana badan anda menahan lebih banyak air daripada biasa. Cecair tambahan ini boleh membuat anda berasa sedikit tidak selesa
- Orang kadangkala mengalami masalah perut seperti sakit, kekejangan, loya atau cirit-birit
- Tekanan darah menaik
- Sesetengah bahagian badan boleh menjadi lebih besar apabila berasa sakit. Sebagai contoh, muka mungkin membengkak apabila selsema, atau tangan mungkin menjadi lebih besar
- Sering kehausan
- Berat badan cepat naik
- Jika anda minum banyak air dan banyak membuang air kecil, mungkin kerana garam membuatkan anda sangat dahaga. Ini mungkin membuatkan anda minum lebih banyak air dan lebih banyak kencing.
- Sesetengah orang mengalami masalah tidur nyenyak pada waktu malam, yang bermaksud mereka gelisah, sering bangun, dan tidak berasa baik seperti biasa apabila mereka bangun
- Berasa lemas
Artikel Berkaitan : Air Garam Boleh Hilangkan Masalah Rambut Hijabi, Cubalah!
Jika anda mempunyai simptom seperti yang disenaraikan di atas, cuba makan makanan seimbang dan lakukan senaman yang kerap. Kemudian, periksa tekanan darah anda untuk melihat sama ada ia telah bertambah baik.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI