Deodorant ataupun ‘ubat ketiak’ merupakan item wajib yang perlu kita gunakan setiap hari untuk mengelakkan berlakunya masalah ketiak berbau. Alamak! Takutlah nanti orang sekeliling juga rasa tak selesa dengan kita sebab ketiak bau masam.
Jadi, adalah penting untuk anda memilih deodorant yang sesuai dengan masalah yang dihadapi. Jika tak tahu nak pilih yang mana satu, bolehlah ikuti thread daripada Syafiq Baharudin
ini di twitter mengenai pandangannya terhadap beberapa jenis deodorant yang terdapat di pasaran.kredit: twitter @syafiq_baha
Untuk anda yang tercari-cari deodorant yang tepat, bolehlah ikuti panduan yang disediakannya olehnya. Jangan lupa juga untuk baca setiap isi kandungan di botol sebelum membelinya kerana takut tidak bersesuaian pula untuk ketiak anda.