Mungkin anda pernah mengalami pengalaman hidangan ayam yang berbau hanyir. Tertanya-tanya juga apakah yang menyebabkan ayam tersebut berbau hanyir sedangkan anda sudah pun mencuci ayam sebelum dimasak.
Sebenarnya amat penting untuk membersihkan ayam dengan cara yang betul. Ia bagi menjamin kebersihan ayam yang dibeli sebelum dimasak.
Ini perkongsian Nurulasyikin Jamaludin
Jika mahu elakkan ayam bau najis, sila buang kantung bulat yang saya bulatkn itu. Kantung itu orang cakap kelenjar tapi memang berbau najis. Kebanyakan kantung berbentuk separuh bulat sebab sudah terpecah semasa ayam diproses.
Sebab itulah perlu perhati betul-betul. Warna kantung itu macam warna daging ayam. Kedudukannya betul-betul di bawah buli ayam. Terus buang bahagian ini. Cara untuk membuangnya juga mudah.
Hanya cepit sikit dengan pisau dan kemudian tolak. Saya pernah terjumpa di kedai makan, ayam goreng berbau semacam. Buang juga bahagian-bahagian yang geleber-geleber dan bahagian yang anda tidak suka ketika membersihkan ayam.
Akhir sekali cuci ayam dengan air yang dicampur dengan tepung gandum. Boleh juga guna tepung lain walau bagaimanapun tepung gandum paling berkesan. Campur sesudu pun sudah cukup.
Gaul dan bilas ayam dengan air bersih. Anda boleh cuba bau sendiri ayam yang dibuang bahagian kantung dan dicuci bersih dengan ayam yang tidak dibuang bahagian kantung. Memang ketara perbezaannya.
Apabila ayam sudah dicuci bersih dan tiada lagi bau hanyir maka barulah boleh memasak dengan selesa. Tiada lagi bau hanyir pada hidangan anda.
Sumber kredit: Nurulasyikin Jamaludin
DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.
http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA