Kulit yang sihat seperti selebriti Korea memang menjadi dambaan setiap wanita. Selain menjaga wajah menggunakan set penjagaan wajah yang sesuai, makanan yang diambil juga perlu diambil kira.
5 makanan ini perlu anda elakkan jika ingin memiliki kulit wajah yang sihat.
Makanan Dalam Tin
Kafein
Pengambilan dua ke tiga gelas kafein dalam satu hari dapat meningkatkan hormon stres dalam tubuh.
Ketika stres kulit akan mudah berkedut, kering dan kusam. Kafein terdapat dalam kopi, teh, soda dan minuman penambah tenaga.
Makanan Bergula & Mengandungi Pewarna
Makanan Bergoreng
Makanan bergoreng dengan suhu yang tinggi akan menimbun lemak dalam tubuh. Ia melambatkan peredaran dalam darah dan metabolisme tubuh.
Kulit akan kehilangan oksigen sehingga ia kelihatan tua dengan lebih cepat.
Sosej
Anda tidak tahu bahagian daging apa yang ada di dalam sosej. Daging-daging ini akan membuat hormon tubuh menjadi tidak seimbang hingga menimbulkan jerawat dan iritasi pada kulit.
BACA JUGA: 9 Makanan Sihat LAUDYA CYNTHIA BELLA Demi Mengekalkan Berat Badan Ideal