Alangkah enak meneguk air kordial pelbagai perisa daripada satu produk yang cukup popular di kalangan kita sebagai pengguna. Lebih-lebih lagi pada cuaca panas dan paling sinonim terutama pada majlis kenduri kahwin. Tetapi bagi pengguna tegar kordial ini perasan tak wajah budak kecil yang tersenyum riang menghiasi muka depan botol berkenaan.
Sekali pandang seperti pelakon Liyana Jasmay dan admin juga pada mulanya menyangka pelakon itu yang menghiasi poster pada botol berkenaan. Cara senyumannya memang tak ubah seperti Liyana Jasmay. Malah ramai juga netizen yang beranggapan memang wajah Liyana yang menghiasi botol berkenaan.
Tetapi sebenarnya tanggapan itu salah kerana gambar budak kecil itu bukanlah Liyana sebaliknya milik orang lain. Baru-baru ini telah berjaya mendedahkan pemilik sebenar wajah
kanak-kanak itu yang sudah berubah menjadi seorang hijabi yang sangat cantik.Kalau kita lihat wajah ceria budak kecil pada botol berkenaan memang kita akan percaya bahawa wajah sebenarnya kini juga banyak berubah. Namun kecantikan tetap terserlah dengan senyuman manis yang dilemparkan.
Wanita yang dikenali sebagai Madihah ini telah merungkai misteri yang sering berlegar dalam minda setiap kali kita melihat botol berkenaan. Gadis ini juga telah memuat satu posting ke dalam lamam instagram dan twitter miliknya.
@aimanmaz Baru hari nie aku tahu yang kau rupanya si budak manis f&n tu
@_imandina Mati2 aku igt liyana jasmay yg jd model gmbr F&N tu @mnwrrhhmzn
@papa_qqs Tu la pasal dah berbelas tahun ingt LJ….tp @dihahmfrds ni mmg humble jer jwb kan…@aidahshm @cttmabuhassan @hashimalif , keep it up dik!
Madihah yang kini berusia 19 tahun menuntut di Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Ampang. Melihat foto di laman instagram miliknya @dihahmfrds, gadis ini semakin matang, bijak dan kelihatan cukup enjoy menjalani rutin harian sebagai seorang pelajar universiti.
Walaupun poster itu sudah lama, tetapi syarikat berkenaan tetap mengekalkan wajah sebenar kanak-kanak kecil untuk tujuan promosi dan pemasaran. Pengguna juga sebenarnya lebih senang melihat senyuman ‘kanak’kanak’ ini setiap kali mahu membancuh kordial berkenaan.
Lihat OOTD Madihah yang semakin cantik dan bergaya, sesuai dengan statusnya sebagai seorang pelajar dan dilabel HIJABI GEN-Y.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DIHAHMFRDS
Artikel Berkaitan: 10 OOTD Artis Yang Dapat Ribuan ‘Like’