Sebelum ini, sebuah foto kanak-kanak perempuan yang bertudung telah viral di laman sosial dek kerana wajahnya yang mirip sekali dengan selebriti terkenal iaitu Neelofa.
Tampil membuat kejutan, kanak-kanak yang bernama Naura Auni,5, itu telah dijemput ke rancangan MeleTOP semalam sambil ditemani bapanya Che Fadhlullah.
Neelofa kelihatan begitu teruja sekali apabila bertemu dengan ‘kembarnya’ itu yang turut berasal dari Kelantan iaitu Tanah Merah dan tidak menyangka Naura juga mempunyai tahi lalat di wajah sama seperti dirinya.
Memuat naik foto bersama di laman instagramnya, Neelofa bergurau mengatakan pihak produksi sudah menemukan pengacara baru bagi menggantikannya yang akan mengundurkan diri pada akhir tahun ini sebagai hos MeleTOP.
mini ME ! They finally found the new host for @meletop
Foto tersebut juga dihujani ribuan komen oleh pengikut laman sosialnya yang turut terkesima melihat persamaan wajah mereka ini.