Eh! Jangan Terus Tuduh Jin, Ini Sebabnya Kita Rasa Seperti Ditindih Waktu Tidur

Share

Pasti ada di antara kita yang pernah merasakan seperti sedang ditindih sewaktu sedang tidurkan? Ada yang kata itu merupakan angkara jin namun tahukah anda sebenarnya fenomena ini boleh dijelaskan daripada sudut sains.

Menurut Public Health Malaysiasleep paralysis ialah kelumpuhan yang berlaku ketika permulaan tidur ataupun sejurus selepas tersedar dari tidur.

Photo by Maria Rosenberg from Pexels
Hanya yang pernah alaminya saja yang dapat menceritakan betapa paniknya apabila mengalami situasi tubuh dihimpit sehingga dada rasa menyesakkan. Hendak menjerit mulut terkunci. Tangan dan kaki juga tidak dapat digerakkan.
Ia biasa berlaku dalam masa singkat, tetapi setiap detik terasa cukup lama bagi yang mengalaminya!
Walaupun ketika itu otak berada dalam keadaan terjaga, namun otot badan masih lagi dalam keadaan tidur. Seseorang itu tidak akan mampu bergerak dan tidak mampu bersuara walaupun cuba untuk menjerit sekuat hati.
Photo by Dakota Corbin on Unsplash
Pada waktu inilah perasaan cemas dan panik menyelubungi diri lebih-lebih lagi sekiranya ia berlaku buat pertama kali.
Antara faktor terjadinya situasi ini ialah :-
1. Tidak cukup tidur
2. Corak tidur yang tidak teratur
3. Stress
4. Tidur terlentang
5. Gangguan mental
6. Penyalahgunaan dadah dan alkohol
Bagi mencegahnya daripada terjadi, anda bolehlah amalkan beberapa kaedah ini:-
1. Mendapatkan tidur yang cukup – 6 hingga 8 jam sehari
2. Mengurangkan stress
3. Posisi tidur yang betul
4. Mendapatkan khidmat nasihat doktor bertauliah sekiranya semakin kerap mengalaminya
Oleh itu, anda jangan terus membuat andaian ini semua kerja makhlus halus ya. Dapatkanlah nasihat pakar terlebih dahulu agar masalah ini dapat diatasi dengan baik. Jangan lupa baca doa sebelum tidur!
Published by
QIST