Efek Kulit Tegang Gunakan Facial Tape, Dermatologi Larang Guna Melampaui Batas

Share

Ramai yang mengidamkan kulit wajah yang tegang dek kerana nampak kesan-kesan kedutan mula timbul di wajah. Tambahan pula, kulit tegang seperti Bella Hadid juga menjadi tumpuan orang ramai sebagai beauty standard yang baru.

Pasti ada yang tahu, segelintir orang juga sanggup mengamalkan penggunaan pakai sellotape untuk wajah kelihatan tegang. Ada juga influencer di sosial media menyarankan penggunaan sellotape ketika tidur supaya kulit tegang keesokan harinya. Tapi anda harus ingat, mungkin cara ini boleh memberikan kesan yang teruk kemudian hari.

Tegang sementara, kedut selamanya

Sebenarnya ramai juga artis serta selebriti yang menggunakan teknik ini untuk efek kulit yang tegang. Iklan kecantikan juga menggunakan teknik ini untuk menunjukkan bertapa tegangnya kulit model mereka.

Tetapi teknik pakai sellotape ketika tidur itu sudah melampaui bataskerana penggunaan face tape

banyak di gunakan pada waktu yang singkat. Dermatologi juga tidak menyarankan serta melarang pemakaian tape ketika waktu tidur kerana ia boleh merosakkan skin barrier (lapisan kulit yang paling atas).
@chloewaterz Watch the change happen in real time #materialgirl #facetape #makeuptrick #makeup #cooltrick #tapetricks ♬ Material Girl – Madonna

Artikel berkaitan: Tegangkan Kulit Muka & Elak Kulit Kendur Sebab Itu Penting Dapatkan Kolagen Yang Cukup

Bagi yang tidak tahu, face tape adalah kaedah untuk mendapatkan kulit yang tegang untuk sementara waktu. Penggunaan face tape selalu di gunakan untuk menampakkan kulit tegang tanpa kedutan bagi sesi photoshoot. Pemakaian sellotape ketika tidur pula kononnya dapat menjaga otot muka supaya tidak bergerak atau berkedut.

Menurut perkongsian Dr Dendy Engelman, pakar dermatologi, di Aedit, teknik face tape ini bukanlah suatu benda yang baru, ia sudah lama di gunakan untuk penggunaan sementara kulit yang tegang tanpa perlu pembedahan plastik. Namun begitu, teknik ini tidak mempunyai sebarang informasi atau maklumat yang lengkap yang membuatkan ramai orang kurang tahu mengenainya.

“Teknik face tape ini sudah lama di gunakan bertahun-tahun sebagai solusi bagi sesetengah orang yang ingin mengurangkan kesan kedutan di muka dengan kadar segera,” ujar Dr Dendy Engelman.

“Teknik ini juga telah mendapat perhatian dan banyak di gunakan dalam industri perfileman. Pelakon wanita akan pakai pita di bawah rambut palsu untuk menjadikan kulit mereka tampak tegang dalam kamera.” katanya lagi.

Walaupun begitu, beliau tidak menyarankan penggunaan teknik ini meskipun ia banyak di gunakan dan mudah untuk memberikan kesan dengan segera. Anda perlu tahu batas untuk kekal cantik.

Banyak beri kesan keburukan dari kebaikan

Bagi mereka yang ingin mencuba teknik face tape sewaktu tidur untuk kulit yang tetap anjal dan tegang, anda perlu tahu kesannya. Penggunaan face tape sebagai rutin kecantikan boleh merosakkan skin barrier.

Melekatkan sellotape pada kulit membolehkan pori-pori tersumbat, menjadi iritasi dan boleh timbulnya jerawat. Tambahan pula, tidur anda akan terasa sangat tidak selesa. Dr Dendy Engelman juga berkata ada sesetengah orang juga mempunyai alahan apabila lepas mengguna teknik ini.

Artikel berkaitan: Amalkan Minum Teh Bunga Telang, Wajah Awet Muda, Kulit Tegang & Tak Berkedut

“Pelekat itu sendiri tidak berbahaya kepada kulit anda, namun, pemakaian yang terlalu lama boleh mengakibatkan kulit tidak mendapat udara yang mencukupi atau kelembapan semula jadi, yang tidak sesuai dalam apa jua keadaan,” kongsinya.

“Terdapat juga kes di mana orang mengalami dermatitis kontak alahan kepada bahan-bahan yang membentuk pada pelekat.” ujar Dr Dendy lagi.

Jadi anda perlu tahu kecantikan yang di berikan hanya sementara. Apa yang boleh kita cari alternatif lain dari menggunakan teknik ini adalah penjagaan kulit wajah dengan bahan kandungan yang betul untuk kulit yang sihat dan cantik.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee