Tahniah diucapkan buat pengacara Borak Kopitiam, Dayah Bakar kerana telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 2.23 petang tadi secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Damansara Setia, Petaling Jaya.
Walaupun suaminya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi tidak dapat berada di sisi kerana tugas di Australia dan pandemik yang melanda dunia, Dayah tetap tabah dan yakin dengan hikmah yang pasti mendatang buat dirinya dan keluarga.
Dayah juga sering membuat panggilan video bersama suami tercinta malah sempat berhubung dengannya beberapa jam sebelum bersalin.
Ditemani ibu tersayang, keluarga kedua-dua belah pihak serta anak saudara, Dayah akui reda kelahiran anak sulungnya tidak dapat disambut suami.
“Sebelum ini, saya fikir, pengalaman ini dapat dikongsi bersama suami di mana kami sama-sama meraikan kelahiran anak sulung. Namun, kita hanya mampu merancang, Tuhan menentukan.
“Siapa mampu menduga. Ujian Allah memisahkan saya dan suami sekian lama. Namun, dengan doa yang tidak pernah terputus dan kekuatan yang diberi Allah, saya berjaya melaluinya,” katanya kepada Berita Harian.
Sebelum ini, Dayah ada menulis nukilan indah buat suami tercinta sambil memuat naik foto dia dan suami di laman instagramnya. Walaupun berjauhan, namun hasil sentuhan kreativiti temannya foto mereka berdua dapat digabungkan seolah-olah mereka sedang melakukan sesi fotografi bersama-sama.
Perjuangan ini bukan milikku sahaja,
bukan juga milik kamu,
tapi milik kita bertiga ….
Dalam kejauhan dan perjalanan panjang yang tidak terduga, dari awal kehamilan hingga sudah hampir sampai ke penghujungnya, disini kita. Masih tidak dapat menatap mata, tak berpeluang merasa hebatnya pergerakan si kecil dengan sentuhan seperti yang diimpikan, tetapi percayalah, pasti besar rahsia hikmah dan ganjaran yang Allah sediakan 🤲🏻
Sehingga waktu kita bertemu kembali dengan anugerah terindah, in sha Allah🤍
Untuk yang membaca, mohon kalian mendoakan keselamatan dan kesihatan untuk saya dan little bb. Semoga Allah membalas kebaikan kalian yang tak putus mendoakan . Terima kasih 🙏🏻🤍
P/s : This photo was taken separately malaysia 🇲🇾 🇦🇺 Thank you to @zaidiel_afiqie for making it happen for us 📸