‘Dynamic Stretching’ Elak Kecederaan Semasa Melakukan Senaman Di Bulan Puasa!

Share

Sepanjang tempoh bulan Ramadan, umat Islam menahan diri dari makan dan minum dari Subuh hinggalah ke waktu berbuka. Jika tidak mendapatkan sumber tenaga yang tidak mencukupi, pastinya ia sedikit sebanyak menganggu untuk menjalani aktiviti harian.

Menurut tinjauan pendapat yang dijalankan oleh BMC Public Health, 50 peratus, umat Islam yang berpuasa bersetuju bahawa aktiviti fizikal mereka menurun dengan ketara sepanjang empat minggu Ramadan. Oleh disebakan itu, pelbagai aspek harus diambil kira sebelum melakukan senaman di bulan Ramadan termasuklah senaman regangan.

Senaman regangan merupakan rutin yang boleh dilakukan sebelum dan selepas melakukan aktiviti fizikal. Fungsi utama senaman regangang ialah memberi impak terutamanya aktiviti yang melibatkan latihan kekuatan. 

Fokus utamanya ialah untuk memanaskan otot dan mempersiapkan tubuh badan untuk bekerja. Ianya juga bukan sahaja dilihat sebagai alternatif terbaik untuk meringankan tubuh badan sebelum bersenam malah ia juga melibatkan kepada kebaikan kesihatan.

Senaman regangan terbahagi kepada beberapa jenis seperti active stretching, passive stretching dan dynamic stretching. Sebelum melakukan aktiviti fizikal, amatlah digalakkan untuk melakukan dynamic streching. 

Hal ini kerana  ia boleh meningkatkan pengaliran darah ke otot – otot tertentu malah menaikkan tekanan nadi, tekanan darah dan sebagai persiapan terbaik sebelum melakukan aktiviti yang berat. Dynamic strecthing boleh direka suai dengan keperluan aktiviti dan kebiasaannya ia melibatkan pergerakkan dan regangan yang digabungkan dalam satu masa. 

Selain daripada rutin regangan, antara faktor lain yang menyebabkan kemalangan semasa bersenaman ialah faktor cuaca. 

Faktor cuaca memberi impak penting kepada aktiviti senaman. Cuaca yang terlalu panas boleh menyebabkan suhu badan meningkat tinggi dan menyebabkan peluh kelur dengan banyak,

Ini akan mengakibatkan dehidrasi dan tubuh badan akan kehilangan banyak air lalu mengganggu fokus pada aktiviti senaman. Kebanyakkan kecederaan berlaku apabila tubuh badan dalam keadaan tidak bersedia dan keletihan. 

Tip lain untuk kekal selamat ketika melakukan senaman:

  • Lakukan sesi pemanasan badan sebelum bersenam dan aktiviti regangan selepas bersenam.
  • Lakukan senaman mengikut kemampuan diri.
  • Bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum melakukan senaman.
  • Rancang program dan objektif jangka masa pendek serta panjang.
  • Pastikan mendapat rehat yang mencukupi.
  • Dapatkan nasihat dari beberapa pakar kecergasan.
  • Pakai pakaikan mengikut kesesuaian aktiviti dan juga cuaca.
  • Minum air secukupnya sebelum, semasa dan selepas bersenam.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
Putra