Beberapa perkara menarik telah dipersembahkan pada majlis perasmian Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Stadium Al Bayt pada Ahad, 20 November. Selain pembukaan acara Piala Dunia Qatar 2022 dengan bacaan ayat suci Al-Quran.
Seorang anak muda Qatar bernama Ghanim Al-Muftah, yang khususnya membaca Surah Al-Hujurat ayat 13 semasa berdialog dengan pelakon senior Hollywood Morgan Freeman dalam menyampaikan mesej perpaduan.
Duta Piala Dunia 2022 budak ajaib Qatar
Ghanim Al-Muftah dilahirkan dengan penyakit Caudal Regression Syndrome (CDS) iaitu gangguan perkembangan bahagian bawah badan. CDS merupakan keadaan genetik yang sangat jarang berlaku dan kira-kira satu daripada 100,000 kanak-kanak dilahirkan dengan kecacatan ini.
Pemuda 20 tahun ini menjadi tular di media sosial, merupakan motivator yang aktif berkongsi kandungan motivasi melalui saluran YouTube dan akaun media sosialnya. Ghanim dilahirkan pada 5 Mei 2002, dilahirkan bersama saudara kembarnya Ahmad.
Ibu bapanya, Mohammed Al-Muftah dan Eman Ahmad berdepan keputusan yang sukar semasa kandungan beliau, namun nekad meneruskan kandungan tersebut. Walaupun, doktor memberitahu bahawa kandungan itu bukan sahaja membahayakan kepada bayi, tetapi juga merisikokan si ibu.
Doktor juga meramalkan yang dia hanya boleh hidup selama 15 tahun. Ghanim mendapat gelaran ‘budak ajaib Qatar’ dan dia melakukan perkara yang dianggap mustahil seperti menyelam skuba, memanjat gunung, bermain bola sepak, hoki ais, berenang, bersenam di gimnasium dan memanah.
ARTIKEL BERKAITAN: Qatar Memperkenalkan Islam Kepada Seluruh Dunia, Pembukaan Rasmi FIFA 2022 Dengan Bacaan Surah Al-Hujurat.
Hadapi Kekurangan fizikal dengan getir
“Saya telah diberikan banyak kelebihan seperti memiliki tangan yang kuat dan saya rasa sangat bertuah kerana Allah merahmati saya. Saya suka menjalani kehidupan saya, ia sangat indah dan menyeronokkan,” katanya yang juga seorang YouTuber dan penceramah motivasi terkenal.
Kekuatan itu yang mendorong ikon belia Qatar itu berjaya menyelesaikan salah satu cabaran fizikalnya yang paling getir iaitu dengan mendaki gunung Jebel Shams setinggi 9,827 kaki, salah satu yang tertinggi di Semenanjung Arab. Malah pada 2017, Ghanim menyempurnakan ibadah Haji di Mekah dengan merangkak menggunakan tangan untuk mengelilingi Kaabah.
Wakil pelbagai duta
Bekas penuntut pengajian dalam bidang politik di Universiti Loughborough, Leicestershire, United Kingdom, Ghanim juga mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadi seorang diplomat suatu hari nanti dan menjadi pelajar yang dikagumi ramai di sana.
“Hari ini, satu bilion wanita dan lelaki kelainan upaya di dunia masih berjuang untuk mengatasi halangan yang menyekat hak asasi manusia dan kemasukan mereka dalam masyarakat.
“Walaupun rangka kerja undang-undang sedia ada di peringkat antarabangsa, kebangsaan dan tempatan, berjuta-juta orang kurang upaya kekal terpinggir, tiada akses kepada kerja, layanan adil dan perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan serta pendidikan.
“Pada masa hadapan, saya berjanji untuk sentiasa menyokong usaha bagi meningkatkan kesedaran dan menyokong kepentingan memasukkan perspektif kecacatan dalam perbincangan politik,” tuturnya yang kini mempunyai 3.6 juta pengikut di Instagram.
Dia juga pernah dinobatkan sebagai Duta Keamanan oleh H.H Emir Kuwait, Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Sabah, pada tahun 2014. Bagi bertujuan untuk memecahkan halangan yang masih dihadapi oleh golongan kelainan upaya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ikat Tali Pertunangan, Wanita OKU Bersyukur Akhirnya Bertemu Jodoh
Ghanim turut berharap dapat membantu meningkatkan kesedaran orang ramai tentang hak orang kurang upaya, memupuk rasa hormat terhadap orang kurang upaya, menggalakkan masyarakat yang lebih inklusif dan bertolak ansur. Mengasas dan menerajui badan amalnya sendiri untuk membantu kanak-kanak kelainan upaya. Dia mengasaskan Persatuan Kerusi Roda Ghanim al-Muftah dari rumahnya.
Pada tahun yang sama, beliau dipilih sebagai Duta Muhibah Reach Out To Asia (ROTA) ‘Memperkasakan Kanak-kanak dan Belia Pelarian Palestin melalui Sukan di Lubnan’.
Remaja itu melawat kem pelarian Palestin di Nahr El Bared, Lubnan dan di situ dia melancarkan pusat sukan baharu untuk membantu 5,000 kanak-kanak. Dia dan ibu bapanya juga memulakan Be Positive Project untuk membantu melatih kanak-kanak kelainan upaya. Ghanim yang aktif bersukan, banyak melakukan kerja amal dan mempunyai ramai pengikut di media sosial telah melayakkannya dipilih sebagai duta rasmi Piala Dunia 2022 di Qatar.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: ASNSOHOR
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI