Dunia Dihimpit Inflasi! Mat Salleh Puji Inisiatif ‘Menu Rahmah’ Kerajaan Malaysia Wajar Di Contohi Negara Lain

Share

Baru-baru ini kecoh di media sosial berkenaan inisiatif kerajaan yang memperkenalkan ‘menu Rahmah’ bertujuan membantu rakyat khususnya golongan B40 yang kurang berkemampuan.

Lebih menarik lagi, apabila inisiatif ini turut mendapat perhatian bukan sahaja warga tempatan, tetapi orang luar yang berkunjung ke Malaysia.

Terbaharu tular sebuah video di laman sosial, memaparkan seorang ‘Mat Salleh’ yang teruja dan menyambut baik inisiatif ini dan mencadangkan agar kerajaan United Kingdom dan negara lain untuk mencontohi Malaysia.

Mat Salleh Puji inisiatif kerajaan Malaysia Cakna Masalah B40

Video berdurasi kurang dua minit itu telah dibuat oleh pengguna Tik Tok menerusi akaun @Veggiesontour dan telah dilihat seramai 26.4 ribu tontonan, sebelum video berkenaan tular dan diulangciap di laman Twitter.


 “Menu Rahmah have you tried it yet?,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.

Dalam video tersebut dapat dilihat, lelaki Mat Salleh itu begitu teruja dengan inisiatif ‘Menu Rahmah’ yang dilaksanakan kerajaan.

Artikel berkaitan: “Siapa Kata Tiada Keuntungan?” – Peniaga Ini Syukur Keluarga B40 Dapat Makan Siang Dan Malam Dengan Menu Rahmah

Selain itu, lelaki itu juga berkongsi rasa kagumnya sewaktu mencuba hidangan lengkap tersebut yang hanya bermodalkan RM5.

Cadang Kerajaan UK Dan Negara Lain Contohi Malaysia, Laksana Inisiatif Sama.

Lebih mengejutkan dan menjadi sorotan wargamaya apabila lelaki itu membuat perbandingan hargad diantara hidangan di Malaysia dan juga negaranya United Kingdom (UK).

Sehubungan itu, lelaki itu mencadangkan agar Kerajaan UK dan negara-negara lain turut melaksanakan inisiatif sama seumpanya, yang membantu golongan kurang berkemampuan untuk meneruskan keberlangsungan hidup ketika inflasi melanda dunia.

“Dunia sedang berdepan inflasi, kos hidup meningkat dan ramai orang sedang berjuang meneruskan keberlangsungan hidup. Negara seperti United Kingdom juga sedang ‘Struggle’ untuk memberi rakyatnya makan.

“Lihat apa yang negara Malaysia lakukan? Untuk membantu rakyatnya. Malaysia laksanakan inisiatiatif yang amat bagus, ‘Menu Rahmah’ untuk membantu golongan kurang berkemampuan. Dunia perlu belajar daripada Malaysia!,” ujarnya dalam video tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati hantaran berkenaan dihujani dengan pelbagai respon dan komen positif.

Berikut merupakan beberapa komen yang berjaya menarik perhatian Hijabista!

Sekadar info, inisiatif menu Rahmah bertujuan membantu golongan B40 agar dapat menikmati set hidangan lengkap dengan kos yang lebih murah.

Inisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan ini untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.

Sumber: Tik Tok @Veggiesontour

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee