Ketika kecil Dato Sri Aliff Syukri adalah salah seorang antara budak yang menghidap disleksia. Namun kekurangan itu tidak menghalangnya untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Walaupun tidak belajar tinggi, sejak kecil tidak boleh membaca, mengenal huruf dan menghafal sehingga digelar bodoh oleh teman-teman sebayanya, tetapi dirinya kini sudah boleh dilabel usahawan bertaraf jutawan.

Dulunya Budak DISLEKSIA Tak Tahu Baca & Hafal Hingga Digelar ‘Bodoh’, Tapi Kini Aliff Syukri Level USAHAWAN Jutawan

Dato Sri Aliff Syukri mengakui dia adalah penghidap disleksia (di mana merujuk kepada mereka yang menghadapai masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran normal). Beliau mengakui dirinya tidak boleh fokus pada sesuatu benda. Tapi mempunyai keunikan minat berniaga dan kini, bukan sahaja pengusaha usahawan kosmetik, tetapi juga pengusaha resort, pemilik tudung dan paling terbaru mempunyai restoran sendiri. 

PERNAH JUAL BAJU TAPI KECUNDANG

Dato Sri Aliff  ditemui di majlis pelancaran koleksi terbaru AliffbySha diinspirasi 5 wanita dan Romah Makan Terlajak Laris di Kota Damansara. Beliau bercerita dulunya dia hanyalah seorang pekerja dan menjual produk di pasar tani. Tidak mahu terus berada ditakuk lama, beliau memberanikan diri bergelar usahawan kosmetik biarpun dirinya seorang lelaki.

“Alhamdulillah bisnes saya semakin berkembang maju. Berkat kesungguhan dan kegigihan produk D’Herb semakin meniti di bibir para penggemarnya. Daripada situ, saya mahu mencuba bisnes lain, saya suka menjual apa yang mereka hendak.

Ads

“Sebelum ini saya pernah menjual baju tetapi kecundang. Tetapi saya tak putus asa, saya cuba belajar untuk maju. Contohnya apabila saya menceburi bisnes tudung. Daripada modal sekadar RM10 ribu, kini keuntungan diperoleh berlipat ganda.

“Seperti pelancaran AliffbySha V Five Inspired Women kolaborasi dengan 5 wanita hebat dalam bidang masing-masing. Walaupun ada yang mengecam, tetapi bagi saya strategi bisnes itu penting. Gandingan bersama mereka ini, Uyaina Arshad (pengacara), Joy Revfa (pengasas jenama kosmetik), Nadia Annuar (pengacara), Nabila Razali (penyanyi) dan isteri saya sendiri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sangat bagus kerana mereka ini punya ramai follower yang tersendiri dan kerjasama ini dilihat sangat memberi kesan sangat positif.

Ads

“Saya tahu ramai pengusaha tudung tumbuh bak cendawan di pasaran. Akan tetapi AllifbySha ada keistimewaan tersendiri. Hijab kami mempunyai ciri-ciri unik yang tiada pada jenama lain, iaitu anti pekak, anti renyuk, kualiti yang bagus, bidang lebar, harga berpatutan  dan paling istimewa koleksi baru setiap corak direka khas dengan nama tersendiri daripada 5 personaliti ini,” ceritanya yang dalam masa sama juga turut melancarkan Romah Makan Terlajak Laris.

MINAT MASAK SEJAK DULU

Menurut Dato Sri Aliff dia memang suka memasak sejak dulu.  Jadi minat yang telah dipupuk sekian lama itu diterjemahkan dengan membuka sebuah restoran.

“Saya buat restoran ini dengan modal sendiri sebanyak RM10 ribu tanpa mengambil bajet dari akaun jualan kosmetik. Sebelum itu sebenarnya saya dah mula menjual secara COD seperti sambal hitam,  sambal kering ataupun lada jeruk. Lama kelamaan produk ini mendapat sambutan dan barulah saya berani untuk membuka restoran ini.

Ads

“Dengan modal sebanyak itu saya kini sudah berpuas hati dengan pulangan yang diperoleh. Menariknya Roman Makan Terlajak Laris ini mengembalikan nostalgia pengunjung dental masakan dan Susana kampung yang dirindui.

“Semua menu Romah Makan ini dimasak sendiri oleh saya dan menyajikan masakan orang Jawa, Kelantan, Pahang, Banjar dan banyak lagi sajian menyelerakan. Sebelum ini saya bancal berkongsi cara memasak dan residí tradicional di laman sosial. Alhamdulillah impian saya untuk membuka restoran ini akhirnya terlaksana berkat doa dari semua,” jelasnya yang mengalukan setiap pengunjung untuk hadir sendiri merasa masakan air tangannya.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ALIFF SYUKRI

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI