“Dulu Terpaksa Berhenti Sebab…”- Minat Berbasikal Sejak Kecil, Hawa Rizwana Kekal Sihat Dan Cergas!

Share

Pengacara serta personaliti TV yang semakin dikenali ramai, Hawa Rizwana merupakan salah seorang selebriti yang aktif dalam sukan berbasikal. Jika lihat di ruang akaun Instagram miliknya, setiap satu hantaran yang dimuat naiknya pastinya tentang aktiviti berbasikal.

Menurut Hawa yang ditemubual secara eksklusif dalam rancangan The Hijabista Show, hobi berbasikal sudah mula timbul semenjak dirinya masih kecil lagi.

Waktu saya di Perlis dahulu, ketika saya masih berada dalam Tahun 2 hingga 6, aktiviti berbasikal merupakan aktiviti wajib saya. Jadi ia merupakan salah satu gaya hidup sihat dipraktikkan dalam kehidupan harian saya.

Namun, tambahnya, apabila sudah berpindah ke Kuala Lumpur, dia tidak berpeluang untuk melakukan aktiviti berbasikal kerana faktor kesibukan jalan raya yang merbahaya.

Apabila saya dan keluarga mula berpindah ke Kuala Lumpur, ibubapa saya tidak membenarkan saya untuk berbasikal di kawasan Kuala Lumpur atas faktor keselamatan. Tambahan pula saya seorang sahaja anak perempuan jadi, mereka lebih berhati-hati dalam hal ini.

Ibubapa saya yang terlalu menjaga sehinggakan saya nak sertai bola jaring dan boling pun tidak dibernarkan. Jadi, semasa di sekolah menengah, saya banyak menghabiskan masa dengan aktiviti menari sahaja.

Kongsinya lagi, dia kembali melakukan aktiviti berbasikal apabila dia sudah bekerja dan sudah mempunyai kenalan-kenalan yang turut sama melakukan aktiviti berbasikal. Bermula dari tahun 2019, dia mula mengaktifkan dirinya dengan berbasikal di merata tempat termasuklah di kawasan Kuala Lumpur International Airport dan juga Desaru.

Pada tahun 2019, bila dah ada kawan-kawan yang suka berbasikal, saya mula berkayuh di area Kuala Lumpur. Jadi, sebenarnya, minat berbasikal ini sudah lama ada di dalam diri sejak kecil lagi.

Sumber gambar: Instagram Hawa Rizwana

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Published by
Putra