Dulu Susah Sangat Nak Bangun Solat Tahajud Sekarang Time PKP Allah Dah Bagi Peluang

Share

Solat Tahajud atau solat malam merupakan satu peluang bagi umat Islam untuk mengeratkan hubungan dengan Allah. Pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, peluang seakan terbuka di depan mata untuk melakukan solat Tahajud. 

Secara zahirnya, tidak ramai individu yang mampu bangun malam dan menunaikan solat Tahajud. Mungkin ia satu kesulitan bagi individu yang jarang melakukannya tetapi satu kenikmatan bagi mereka yang selalu menunaikan solat Tahajud.

Ini perkongsian Nur Aliah ohd Nor

Dulu susah sangat nak bangun Tahajud. Alhamdulillah sekarang Allah izinkan rasai nikmat solat Tahajud dengan mudah. Tahu tak, antara solat sunat yang paling nikmat tapi paling susah nak buat adalah solat 2/3 malam solat Tahajud!

Bangun solat Tahajud itu pun salah satu rezeki. Malaikat akan turun ke langit dunia waktu 2/3 malam hanya untuk mengaminkan doa-doa kita. Tapi sayangnya kita tidur.

Firman Allah:

*Siapa yang berdoa kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan.
*Siapa yang meminta kepada-Ku, maka akan Aku berikan.
*Dan siapa yang yang memohon ampun kepada-Ku, maka akan Aku ampuni.

Kalau kita terjaga 2/3 malam tapi liat juga nak bangun ambil wuduk, duduklah atas katil dan tadah tangan BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH pada Allah. Itu pun Allah makbulkan.

Allah sedang dengar doa-doa kita. MashaAllah. Baiknya Allah kan. Namun lebih terbaik jika kita dapat buat solat sunat Tahajud.

Dikongsikan 7 tip mudah supaya kita semua InshaaAllah mudah untuk bangun solat sunat Tahajud.

Tip 1
Ambil wuduk sebelum tidur. Cuba amalkan tidur dalam keadaan yang berwuduk.

Tip 2
Tidur awal pada waktu malam. Sebaiknya selepas solat Isyak atau sebelum pukul 10.00 malam. Tidur jam 11 malam pun masih okay lagi.

Tip 3
Sebelum tidur, minta doa pada Allah dan bisik pada diri sendiri dengan sebut nama kita 3x,
“Lia, Lia, Lia, jom kita bangun tahajud ya.. kita set 4.00 pagi je terus bangun, ambil wuduk dan solat. Lia yakin dan percaya Lia boleh!”. (Belief system kita mula aktif).


Tip 4

Sambil tadah doa, baca Ayat Kursi 3x dan Surah Al-Ikhlas 3x. Kemudian hembus kat tapak tangan sambil habis nafas dan sapu dekat seluruh badan dengan niat ‘Allah kejutkanku bangun Tahajud ya’.

Tip 5
Sentiasa kerap muhasabah diri. Jauhkan diri daripada melakukan dosa atau maksiat sebab ini juga salah 1 penghalang terbesar untuk bangun di tengah malam!

Tip 6
Buat Affirmation, Visualization dan Feelings (AVF). Cakap dekat diri sendiri kita berjaya bangun tahajud, bayangkan kita bangun tidur ambil wuduk, solat dalam keadaan gelombang Alpha dan kita bersyukur sangat-sangat sebab Allah pilih kita untuk kita berborak denganNya.

Tip 7
Minum air kosong sedikit sebelum tidur. Amalkan juga posisi tidur kita mengiring ke kanan. (Sunnah Nabi). Supaya dapat kurangkan tekanan jantung, tingkatkan waktu penyerapan zat makanan dan dapat melindungi saluran pernafasan kita.

Didoakan, semoga hari ini menjadi titik tolak untuk kita semua terus istiqamah bangun di tengah malam. Yakin dan percayalah, ganjarannya juga sangat besar!

HIJABISTA: Sungguh, ketika PKP inilah peluang terbuka luas untuk kita bangun menunaikan solat Tahajud. Jika sebelum ini mungkin kita fikir kita mengantuk dan perlu bangun awal untuk pergi kerja tetapi kini kita boleh atur masa kita dengan lebih baik ikut keselesaan diri sendiri.

Sumber kredit: Nur Aliah ohd Nor

Published by
Norhasliza