Mencipta mahligai bersama pasangan adalah suatu perkara yang indah. Penantian untuk menyatukan dua jiwa itulah yang paling dinantikan oleh siapa-siapa sahaja.
Dalam diam, penyanyi Najwa Latif buat pengumuman mengejut telah melangsungkan pernikahan bersama rakan duet, Akwa Ariffin, pada 8.30 pagi tadi. Hanya sekali lafaz kedua-duanya termeterai menjadi suami dan isteri.
Tahniah buat Najwa dan Akwa!
Pelantun suara Cinta Muka Buku itu telah pun selamat bernikah pada 8.30 pagi hari Jumaat, 11 November, bersama rakan duetnya, Akwa Ariffin. Sekali lafaz sahaja, kedua pasangan itu sah menjadi suami dan isteri.
Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah yang telah dilantik oleh mereka dan ia disaksikan oleh ahli keluarga yang terdekat. Dengan itu, lengkaplah penyatuan bagi mereka berdua untuk mencipta mahligai bersama.
Artikel berkaitan: Tiba-tiba Muncul ‘Beruang’ Di Majlis Kahwin, Pengantin Perempuan Mengalir Air Mata Dengan Kejutan Itu
Kakak kepada Najwa, Syafika Latif di temubual oleh Gempak, dia menyatakan bahawa majlis tersebut berlangsung di daerah Batu Pahat, Johor. Namun, majlis itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan-rakan yang terdekat sahaja.
“Alhamdulillah Najwa selamat bernikah jam 8.30 pagi tadi dengan sekali lafaz sahaja,
“Majlis nikah pun berjalan dengan lancar, permintaan daripada kedua pengantin juga untuk buat secara kecil-kecilan disebabkan kes Covid tengah naik,
“Majlis persandingan pun akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja dulu, jika ada majlis lain kami akan maklumkan kelak.” katanya mewakili pihak Najwa Latiff dan Akma Ariffin.
Menurut kakaknya lagi, majlis persandingan akan di lakukan pada waktu petang pada lokasi yang sama mereka dinikahkan. Tetapi hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja dahulu dan akan memaklumkan lebih lanjut kelak.
View this post on Instagram
Najwa Latiff hanya memuatnaik gambarnya bersama pasangan di laman sosial media Instagram dengan sertaan kapsyen ‘Alhamdulillah, kami dah grad’. Pengumuman mengejut itu hanya tertulis ringkas dan bersahaja bersama tanda pagar #wawaakwagrad sebagai tanda mereka bersama.
Artikel berkaitan: Kahwini Lelaki Muslim, Usia Perkahwinan Anak Bill Gates Cecah Setahun
Mengenakan busana pernikahan moden rona putih, kedua pasangan kelihatan sangat ayu dan manis bersama. Semoga kedua pasangan ini akan kongsi lebih banyak momen perkahwinan bersama kita. Selamat pengantin baru buat Najwa dan Akwa!
Sumber: Gempak
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI