Setelah lama berteka-teki mengenai status terkini dirinya, pelakon serta usahawan kecil molek Elfira Loy akhirnya memuat turun sekeping foto sempena hari bahagianya yang berlaku tahun ini. Biarpun tidak menjelaskan secara terperinci, tetapi kapsyen yang ditulis seolah memberitahu dirinya kini sudah bergelar tunangan orang sekali lagi. Jika dulu memilih persalinan batik warna purple, tetapi kali ini busana warna pink pula menjadi pilihannya. Lebih simple berbanding dulu, tetapi majlis yang dilakukan di kediamannya 2 September lalu disambut dengan penuh kegembiraaan serta kesyukuran.
Pada majlis itu, Elfira mengenakan busana moden rona merah jambu rekaan Rizman Ruzaini yang dipadankan dengan sarungan hijab rona senada yang dililit ringkas. Dengan solekan nipis gandingan hebat Celebrity Makeup Artis Najeeb Azmi dan Jijie Zainal tetap menyerlahkan keanggunan pelakon yang memiliki kening tebal ini.
Elfira Loy Cipta Kelainan Gayakan Batik Di majlis Pertunangan
Pasangannya, Muhammad Faris Khairol Anuar yang kini bertugas sebagai Pengurus Besar di sebuah syarikat telekomunikasi juga dilihat memakai persalinan rona sama sedondon dengan Elfira.
Menurut Elfira dalam instagramhya itu media sosial ini telah menjadi digital albumnya dan berkongsi segala apa yang disukainya termasuk perasaan dialaminya sekarang. Salah satunya adalah sekeping foto pada majlis istimewa yang berlaku tahun ini.
Instagram has been my digital album since forever , i share what i like , what i love , and i like to express about almost everything in here . Because , for me this is my personal space that people cannot invade.Whatever that i share comes from the heart & you will feel close to me personally. However , i know people still gonna have their opinion and i gotta respect that with full manners.
I’m sharing with you guys one photo of me during one of my favourite moments of the year. I was genuinely happy , overwhelmed and touched .
Apa yang terbuku didalam hati , biarlah disimpan dihati. Kerana hati , sudah dimiliki
diraabuzahar Tahniah dek. Nnt boleh raya sekali. Dah dekat.
_aniskiss Nank nangissss now still feeling sooo happy for you two!
dayahbakar Jodoh pasti bertemu . Perancangan Allah adalah yang terbaik, tahniah yerly, alhamdulillah
faizuraaini Congratulations my dear may Allah bless both of you with happiness, love, peace and success – Aameen
rafaelashraf71 Congrats El, semoga terus bahagia with the ones you love because you deserve it
nurulnatashaazrin Alhamdulillah tahniah El.. smoga ikatan ini kekal hingga ke jannah..In Shaa Allah… Aamiin Aamiin..
normahsabran Tahniah @elfiraloy aunty doakan agar bahagia hingga Jannah ,
Namun begitu tidak dipastikan bila majlis cukup indah ini berlaku. Apa pun Hijabista mengucapkan tahniah dan semoga apa yang telah dirancang tercapai hingga ke jenjang pelamin.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ELFIRA LOY