Industri fesyen dunia nampaknya semakin menerima kehadiran model bertudung sebagai wajah bagi memperagakan jenama mereka.

Ugbad Abdi, nama yang semakin meningkat naik dalam industri fesyen antarabangsa mula mencuri tumpuan semua disaat dia mula berjalan di minggu fesyen couture Paris.

Berasal dari Iowa, Ugbad sememangnya sudah bersedia untuk berjalan di pentas peragaan Pierpaolo Piccioli’s Valentina Spring 2019 dan tidak menyangka dapat bertemu, bertentang mata dengan idolanya iaitu Naomi Campbell.

“Saya hampir pengsan kerana tak menyangka Naomi ada sekali dalam acara yang sama, betul-betul di belakang saya!”

Jelasnya, dia terlihat Naomi sewaktu dalam barisan ketika sesi latihan. Ini adalah kejutan terbesar buat dirinya kerana dia tidak pernah terfikir akan dapat peluang untuk menyertai acara sebegini sebaris dengan mereka yang terkemuka.

Walaupun sangat teruja, Ugbad yang dilahirkan di Somalia ini tetap mengekalkan sikap professionalnya di atas pentas peragaan dengan memberikan aksi yang hebat seperti seorang supermodel yang handal. Tidak try hard, faktor inilah yang menyebabkan dirinya diintai oleh jenama fesyen antarabangsa di seluruh dunia.

Ads

Tidak lama selepas itu, rezeki menyebelahinya apabila dia ditawarkan untuk terlibat dalam jenama pertunjukkan fesyen yang gah seperti Burberry, Fendi, Lanvin dan juga Simone Rocha. Penglibatannya ini menjadikan suatu permulaan yang kukuh buat kariernya yang baru bertapak dan semakin meningkat naik ini.

Dicungkil bakatnya daripada Instagram, ini adalah 5 fakta menarik mengenai Ugbad Abdi!

  1. Hijabi pertama yang ‘berjalan’ untuk jenama Fendi. Ugbad menjadi model bersama Hadid Sisters untuk peragaan yang lalu di Milan dan mencipta sejarah apabila mengenakan hijab sewaktu acara tersebut.

Ads

2. Dia dan keluarga melarikan diri dari Perang Sivil Somalia ke Kenya sewaktu usianya 9 tahun. Mereka menetap di kem pelarian selama 9 tahun sebelum ditempatkan di Iowa.

3.Sudah terlibat dalam 14 acara fesyen sejak Ogos 2018 dan menjadi pembuka acara bagi jenama Marc Jacobs sewaktu Minggu Fesyen New York.

Ads

4. Baru sahaja berusia 18 tahun… Selepas tamat sahaja zaman persekolahan, dia terus terbang ke Paris selepas mendapat tawaran daripada Next Models Worldwide.

5.Sangat down to earth! Walaupun sudah berdiri sepentas dengan Naomi dan juga Hadid Sisters, Ugbad tetap mesra seperti biasa dan tidak pernah jemu melayan peminatnya!

kredit: harpers bazaar arabia vogue instagram @iamugbad

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI