Sebagai anak sulung, dia terlebih dulu melalui kesusahan hidup dengan ibu bapa, seperti Mila Jirin yang pernah daif sebelum hari ini bergelar usahawan berjaya.

Mengakui jalan kehidupannya yang serba kekurangan sewaktu kecil, Mila Jirin yang kini menginjak usia 36 tahun bangkit membuktikan bakatnya sebagai juara program realiti Akademi Fantasia musim kelima (2007).

Sejak itu Mila melangkah terus melakar namanya sebagai penyanyi dan usahawan berjaya, malah hari ini, empayar Bizmilla Wedding Centre yang didirikan berdiri utuh sebaris gergasi bisnes lain di Malaysia.

Namun tak semuanya seindah yang dilihat. Bercerita hati ke hati kepada Nona di Bizmilla Garden Hall, Mila atau Noorsyarmilla Jirin tenang bercerita pengalaman hidupnya sebagai anak sulung.

Dulu Orang Susah, Hidup Mila Jirin Pernah Daif Sebelum Jadi Usahawan Berjaya

 

HIDUP MILA JIRIN SEBELUM JADI USAHAWAN

Ads

“Saya datang dari keluarga yang susah. Lepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) umur 17 tahun saya sudah bekerja menyara dan bantu keluarga.

Saya menyaksikan mak ayah saya susahnya sampai tahap, kalau hujan turun, kami berlari-lari mencari bekas untuk menadah air yang masuk melalui atap bocor. Betapa daifnya kehidupan keluarga, tinggal pula dalam rumah yang hanya mempunyai 1 bilik,” cerita Mila.

Diminta berkongsi kenangan bersama ibu tersayang, jelas anak kelahiran Pulau Mutiara itu lagi, kenangan menaiki motosikal sewaktu kecil bersama syurganya itu menjadi kenangan yang cukup manis.

Dulu Orang Susah, Hidup Mila Jirin Pernah Daif Sebelum Jadi Usahawan Berjaya
Instagram @mila_jirin

 

Dulu Orang Susah, Hidup Mila Jirin Pernah Daif Sebelum Jadi Usahawan Berjaya
Instagram @mila_jirin

 

Ads

“Waktu itu, ibu mahu membawa saya ke hospital. Bayangkan, kami dua beranak terpaksa menaiki motor yang memakan masa sejam perjalanan dari rumah saya di kampung. Ketika itu, usia saya baru memasuki 15 tahun.

“Saya masih dapat membayangkan situasi ibu ketika itu kerana mahu memastikan saya selamat.”

Ibu kepada seorang cahaya mata lelaki, Mohd Arif Zikri itu tekad menjadikan kepayahan hidup yang dilaluinya sebagai semangat untuk tetap berjuang demi menyara keluarga tercinta.

“Itulah yang menjadi sumber untuk saya mengejar cita-cita dan impian demi nak keluarkan keluarga saya daripada kesusahan. Alhamdulillah Allah rezekikan saya menjadi anak seni seawal usia 19 tahun, saya berhijrah ke Kuala Lumpur dan bawa mak ayah serta adik-adik.

Ads

Bermulalah episod menjadi ketua keluarga, di mana saya paksa mak ayah saya untuk tidak bekerja. Bila bercakap tentang menggalas amanah, ujian tu memang macam-macam tapi Alhamdulillah saya dapat atasi satu per satu.”

Dulu Orang Susah, Hidup Mila Jirin Pernah Daif Sebelum Jadi Usahawan Berjaya
Instagram @mila_jirin

 

Sebagai anak sulung, dia terlebih dahulu merasa hidup susah dengan ibu bapa. Kisah Mila Jirin yang pernah daif cukup jadi inspirasi usahawan berjaya!

Selepas mendirikan rumah tangga dengan suami yang juga bekas pengurusnya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha pada November 2015, kehidupan Mila sekeluarga mula berubah.

Pada 2013, penubuhan Bizmilla telah menjadikan mereka muncul pelopor industri di bawah satu bumbung bagi majlis perkahwinan yang kini mempunyai rangkaian luas dalam industri berkenaan termasuk memiliki lapan dewan perkahwinan.

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/mila-jirin-bersyukur-kerana-allah-betulkan-niatnya-bertudung-dan-masih-beristiqomah-sehingga-kini/

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI