Isi Kandungan
ToggleKulit breakout kebiasaannya hadir tanpa diduga. Pasti sedih rasanya bila jadi begitu dan hilang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.
Jangan risau sis! Setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Penulis juga pernah mengalami perkara yang sama dan pastinya kebanyakan daripada kita juga tak terlepas dengan masalah sebegini bukan?
Bagi membaik pulih wajah, mungkin hijabi boleh jadikan thread yang disediakan oleh @sophiazakaria_ ini di twitter sebagai panduan. Ini kerana dia telah berjaya mengatasi masalah kulit breakout yang dialaminya setelah 7 tahun berusaha.
ARTIKEL BERKAITAN: Himpunan Serum Untuk Kulit Berminyak Dan Berjerawat Dari Murah Hingga Mahal. Berbaloi!
Tak sia-sia usahanya selama ni selepas melihat perubahan positifnya!
Licin dan glowing sangat!
Bukan sekejap masa yang diambil untuk memulihkan kulitnya. Pelbagai cara telah dicuba namun tidak memberikan kesan yang memberangsangkan.
ARTIKEL BERKAITAN: 5 Rutin Ini Pantang Buat Hijabi Kulit Berminyak, Kalau Nak Wajah ‘Maintain’ Halus & Berseri
Akhirnya jumpa produk yang sesuai untuk kulitnya.
Krim pelindung cahaya matahari jangan dilupakan!
Nak cantik kena ada usaha!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
kredit: twitter @sohiazakaria_
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terkesan Dengan Kepayahan Frontliner Berhijab, Hilal Ibrahim Reka Hijab Sesuai Dengan Pandemik Covid-19
Isi Kandungan
TogglePengasas jenama hijab Henna & Hijabs, Hilal Ibrahim telah bertungkus lumus mencari tudung yang sempurna sejak sekolah menengah lagi. Sebagai sebahagian daripada bekerja di barisan hadapan, menjaga kesihatan dengan memakai hijab adalah satu cabaran tambahan ketika mereka berusaha menjaga kebersihan diri mahupun tudung mereka.
Menangani satu lagi cabaran yang timbul dalam menghadapi pandemik corona virus, pereka fesyen yang berpusat di Minneapolis, Hilal Ibrahim telah merancang untuk menghasilkan tudung yang dapat dicuci dengan mudah dan dapat digunakan kembali.
Pesakit berhijab menggunakan selimut
Hilal membuat hijab ini ketika dia melihat pesakit menggunakan selimut hospital untuk menutup kepala mereka kerana hijab tidak disediakan di hospital. Hilal sendiri memerlukan hijab untuk dipakai ketika bekerja di bidang perubatan.
Sama ada dia merancang menghasilkan hijab untuk pekerja dan pekerja barisan hadapan atau untuk pakaian harian, tujuan Hilal adalah konsisten untuk membuat aksesibiliti melalui hijabnya melalui bahan, warna dan rekaannya yang sesuai.
Hijab khas untuk barisan hadapan
Pemilik Henna & Hijabs, sebuah butik yang mengkhususkan bahan organik dalam produknya, telah memiliki banyak pengalaman bereksperimen dengan bahan baru untuk memastikan tudung tetap bersih dan steril. Sejak memulakan inisiatifnya, pereka ini telah menyumbangkan lebih dari 700 tudung kepada doktor dan jururawat di barisan hadapan corona virus, tidak hanya di Minneapolis, tetapi di seluruh negeri.
Peluang untuk bekerjasama dengan Nordstrom, dia tahu ia akan membuka pintu melebarkan jenamanya. Koleksi ini telah tersedia di laman web Nordstrom sejak 28 Jun dan beberapa 16 kedai di Amerika Syarikat dan Kanada.
Tersedia dalam pelbagai warna, termasuk hitam, coklat dan biru, tudung bertaraf hospital dirancang untuk memudahkan pekerja barisan hadapan yang memakai hijab dengan menambah mobiliti mereka di tempat kerja, tanpa menimbulkan ancaman terhadap kepatuhan terhadap nilai-nilai agama. Dicipta dari bahan jersi, potongannya ringan dan bernafas juga sempurna untuk persekitaran kerja yang menuntut kepantasan mereka. Yang paling penting, tudung ini dihasilkan sesuai untuk mesin basuh perindustrian.
Pandemik Covid-19 menguatkan misinya
Bagi Hilal, Henna & Hijab sebenarnya mendapat lebih banyak pendedahan semasa wabak tersebut. Hilal pertama kali mencipta Henna & Hijab pada tahun 2017 ketika dia mula membuat tudung sendiri dengan bahan dari kedai kain tempatan.
“Saya sangat berterima kasih perniagaan yang bermula dari rumah, bekerja dengan rakan membuatnya secara dalaman. Kami meenyedari menghasilkan sesuatu yang berkualiti tinggi, itu penting. ”
Hilal mengatakan bahawa dia tidak dapat mendedahkan butir-butir kewangan Henna & Hijabs, tetapi hijab khas ini mencipta daya tarikan yang telah membawa perniagaannya ke tahap yang lebih tinggi.
Dengan pengalaman selama 11 tahun menjadi sukarelawan di hospital dan bekerja sebagai ahli phlebotomist, Hilal menyedari perlunya hijab yang selamat dan senang dipakai oleh pekerja hospital di tempat penjagaan kesihatan. Tudung juga untuk keselesaan bagi pesakit. Menurut Hilal, memasuki ruang runcit terkenal yang tidak pernah memakai tudung sebelum ini seperti langkah logik seterusnya.
“Harapan saya adalah untuk meneruskan usaha ini, membuat aksesibiliti, menyakinkan orang ramai bagaimana rasanya menjadi wanita Muslim Hitam,” kata Hilal.
SUMBER: VOGUE
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dulunya Hanya Gadis Biasa, Berkat Doa Ibu Kini Neelofa Capai Kejayaan Level Antarabangsa Di Usia Muda. WOW!
Isi Kandungan
ToggleSiapa yang tidak kenal pelakon serta pengacara popular Neelofa. Selebriti yang seorang ini bukan sahaja berjaya dalam dunia seni tetapi juga bergelar usahawan berjaya dalam usia yang masih muda. Namun segala yang dikecapi kini bukanlah dalam masa singkat.
Dalam satu perkongsian di twitter, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30 tahun, berkognsi rahsia kejayaannya setelah hampir sedekad sebagai anak seni, selain menceritakan pengalamannya sewaktu dia mula-mula menceburkan diri dalam industri tanah air.
Rahsia kejayaan, selain dari doa seorang ibu, turut amalkan percaya diri sendiri, sentiasa membina kemahiran diri, keluar dari zon selesa, kelilingi diri antara yang terbaik dan sentiasa atur matlamat yang besar.
Selalu fikir berada di zon selesa adalah bahaya. Membuat kita rasa selesa, selamat hingga mahu kekal berada ditakuk lama, takut untuk meneroka atau mencuba sesuatu yang lain dan mengubah rutin. Jadi mahu cabar diri lakukan sesuatu yang baharu.
Berharap melakukan lebih dalam diri sendiri. Belajar kemahiran baharu dan perbaiki kemahiran sedia ada. Walaupun ada kekangan masa, mahu cuba lakukan. Berminat untuk kuasai bahasa asing, belajar menari dan kemahiran fotografi.
Dulu ketika masuk dalam industri, hanya seorang gadis yang ingin mengejar impian dan Alhamdulilah sekarang bersyukur dengan apa yang ada.
Suka berkongsi perkara sepert ini, melihat orang lain mendapat inspipirasi kemudian memberi inspirasi kepada saya untuk lakukan lebih, menjadi lebih baik, untuk memberikan contoh yang lebih baik, terutama kepada remaja perempuan di luar sana. Segalanya bermula dengan impian, tetapi dengan kerja keras, usaha dan sokongan dari semua orang, insya-Allah
Sokongan tidak bebelah bagi dari followernya.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NEELOFA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nadi Kesuma Lambang Kekuatan, Nafas Wanita Berhijab! – Nad Zainal
Isi Kandungan
ToggleUmum sedia maklum bahawa pelakon kecil molek, Nad Zainal kini sedang melayari hari-hari penuh bahagia bersama keluarga tercinta, terutama apabila kini sudah bergelar ibu kepada cahaya mata.
Malah, sejak bergelar isteri kepada pengarah dan juga aktor, Ungku Ismail rezeki buat pemilik nama penuh Farah Nadia Zainal Abidin dilihat semakin mencurah-curah.
Selain masih aktif dengan kerjaya lakonan, aktres berbakat besar ini kian ligat berniaga dan mempromosikan jenama Nadi Kesuma, iaitu perniagaan tudung dubawah naunganya sendiri. Apa yang lebih manis, perniagaan tersebut diusahakan bersama suami tercinta.
‘Nadi Kesuma’ Hasil Usahasama Nad Bersama Ungku Ismail
Tampil dengan pelbagai rekaan tudung eksklusif, Nadi Kesuma kini telah berjaya menembusi pasaran Singapura. Bercerita mengenai label hijab berkenaan, Nad menerusi media sosial miliknya mendedahkan perkara ini.
“Nadi Kesuma melambangkan kekuatan, nafas wanita. Kekuatan saya terletak pada keluarga terutamanya anak-anak dan suami.
“Juga mereka yang selalu mendukung kerjaya saya, merekalah penggerak, penggaya, penyumbang idea untuk Nadi Kesuma.
“Thanks Fiqqi Abdullah, Thelikeyuti, Yumi Marina dan dah tentu my Ungku Ismail Aziz, suami dan boss legasi Karyatama,” tulis nad ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Nad Zainal ‘Bahagia’ Bersuamikan Ungku Ismail
Artikel berkaitan: Makin Cantik Sejak Behijab! Nad Zainal Letak Soal ‘Rezeki’ Di Tangan Allah!
Sejak selamat bernikah Januari lalu, makin berseri-seri Nad Zainal dan Ungku Ismail Aziz. Sering berada di sisi walau ke mana saja, pasangan selebriti romantis ini juga dilihat saling menghargai di antara satu sama lain dan berkongsi momen indah mereka di media sosial.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin sah bergelar isteri kepada pelakon kacak, Ungku Ismail pada pada 23 Januari tahun lalu. Bagaimana pun, mereka mengumumkan berita perkahwinan tersebut kepada peminat selepas hampir seminggu bernikah.
Hasil perkongsian hidup selama setahun itu, perkahwinan Nad dan Ungku Ismail telah diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki pada 10 Oktober 2023.
Untuk recap, hubungan serius Nad dan Ungku mula ‘dihidu’ ramai selepas aktor tersebut banyak berkongsi perkembangan pelakon Dendam Seorang Isteri itu ketika Nad terlantar di hospital akibat pendarahan paru-paru.
Pada September 2022, Nad dilaporkan bercerai dengan Muhammad Faliq Amiruddin yang dikahwini sejak 18 September 2015.
Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim berusia tujuh tahun dan Budi Kalsom, dua tahun.
Semoga ikatan suci yang dibina Nad dan Ungku terus berkembang mekar serta berkekalan hingga ke syurga.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Artikel berkaitan: Nad Zainal Dah Sedar, Tak Lagi Bergantung Pada Tiub Pernafasan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Nad Zainal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI