Kalau sebelum ini namanya hanya di kenali dalam kalangan pengikutnya di media sosial sebagai seorang model Muslimah. Malah wajah ayunya sering ditagih pemilik butik Muslimah untuk memperaga busana mereka. Beri apa sahaja baju atau hijab padanya, pasti hasil yang diberikan tidak mengecewakan.
Kini nama Sharifah Husna Syed Mustafa bukan sahaja popular dan dikenali di media sosial, tetapi juga dalam dunia seni. Biarpun berstatus ibu kepada dua cahayamata, namun tidak membataskan minatnya meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan.
Pembabitannya sebagai pelakon mula disedari ramai sejak berlakon dalam drama pertamanya Cinta Tiada Ganti. Malah bakatnya terus dicungkil apabila berlakon dari satu drama ke satu drama lain.
Ditambah pula dengan anugerah seraut wajah manisnya yang cantik berhijab menjadi faktor utama menjadikan selebriti kecil molek ini kian popular.
Jika diintai di laman Instagramnya juga, gaya Husna dalam setiap foto di muat turun memang sangat cantik dan bijak bergaya. Selain itu, dia juga rajin membuat tutorial hijab untuk berkongsi dengan followernya.
Ayuh kita lihat 10 gaya pelakon berhijab yang popular dental drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu, Husna Mustafa yang sangat anggun dan sedap mata memandang.