Beby Tora Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie berkongsi cerita bahawa dirinya sering dibuli sewaktu zaman sekolah dahulu disebabkan keadaan dirinya yang daif.
Luahnya lagi di Instagram, rakan-rakannya juga tidak jujur dengan dirinya apabila mereka mengutuknya di belakang.
Dulu dekat sekolah kita selalu kena buli. Kadang-kadang nangis tak mau pi skolah.. Kawan-kawan memang banyak yang fake. Dekat depan kita dia baik pijak semut pun tak mati. Belakang kita dia boleh mengutuk ye.
Yelah kita dulu miskin, busuk , baju pun lusuh, bayar yuran sekolah pun selalunya kita orang terakhir bayar huhu. Tambah pulak kita takda ayah kan ..nak berkawan pun orang pandang rupa dan harta beb..
Tapi Alhamdulillah Allah kasi kita jodoh awal,rezeki lebih daripada orang lain supaya takda dah orang pandang rendah dekat family kita macam dulu. Sakit beb bila keluarga kita dihina dan dicerca depan orang lain.. kita buat kerja macam-macam dulu tau.. kita susah beb dulu..
Keluarga kita pun takda nak pakai kereta bagai ..umur 21 baru la dapat hadiah mak kita kereta. Hidup mcm orang biasa tapi tak pernah nak meminta kat orang lain. nak apa semua usaha sendiri.
Tapi kita dah maafkan dah kawan-kawan yang suka buli kita dulu. Cuma kita nak pesan dekat kawan-kawan kita tu.. tak semestinya orang yang hampa pandang hina dan miskin tu, akan selamanya jadi gitu.. mana tau ke depan nanti orang tu juga yang tolong hampakan ataupun mana tau dia lebih berjaya dari hampa.
Itulah yang sebaik-baiknya kita lakukan apabila orang lain melakukan sesuatu yang jahat terhadap diri kita. Tak perlu berdendam, teruskan sahaja kehidupan dan buktikan pada semua yang kita boleh menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya. Moga Atierah dan keluarga terus dimurahkan rezeki dan tabah melalui kehidupan bersama. Amin.