Remaja memiliki jiwa yang mudah memberontak dan pada saat ini, mereka masih lagi tercari-cari identiti diri mereka. Pada waktu ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mencorakkan anak-anak dan mengenali rakan-rakan mereka kerana bimbang mereka berkawan dengan individu yang akan memberi impak negatif di dalam kehidupan mereka.
Hijabista akui agak sukar berdepan dengan remaja yang memberontak ini. Cuma, kita mampu memberi nasihat dan berdoa agar mereka berubah menjadi yang lebih baik.
Mydd Asmida, merupakan anak kedua di dalam keluarga dan mengaku dirinya merupakan anak yang paling degil dalam kalangan adik-beradiknya. Malah, satu diketika dahulu dia akui yang dia pernah mengecewakan ibu bapanya dek kerana sikapnya itu.
Juga pernah alami depression yang agak teruk, gadis ini akhirnya insaf dan kecewa dengan dosa-doa yang dilakukannya satu ketika dahulu. Ikuti perkongsiannya dan semoga ia bermanfaat serta menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana.
********************************
Nama aku Mydd. Family panggil Angah. Anak yang paling degil dalam ramai-ramai adik-beradik aku. Tapi paling bijak jugak. Gittuuuu. Hahaha.
Aku tak rapat dengan sesiapa pun dalam family aku kecuali ayah. Sebab aku anak ayah. Dengan ibu ni aku tak sependapat. Kalau cakap something, end up mesti bertekak. Aku selalu anggap ibu aku ni pilih kasih. Lebihkan akak adik aku berbanding aku.
Dulu ayah kerja jauh jarang balik so masa aku banyak habiskan dengan kawan-kawan. Keluar lepak sana sini macam orang takde rumah. Rambut macam-macam warna dah aku buat. Kejap lurus, kejap kerinting. Masa sekolah aku dapat biasiswa. So duit banyak.
Ibu memang tak boleh nak kawal aku. Sebab aku ni baran. Aku pernah mengamuk pecahkan tingkap rumah guna tangan. Pernah satu hari ibu marah sangat dia nak tampar aku. Aku tahan & pegang tangan dia. Berlari dia masuk bilik menangis. Waktu itu umur aku baru 15. Punyalah derhaka tahap neraka jahanam.
Tapi dengan ayah aku selalu kena belasah. Sampai lebam birat-birat badan aku. Hanger rotan tali pinggang getah paip penampar penyepak tu semua makanan aku. Penumbuk je belum pernah singgah.
Tapi lepas ayah pukul nanti dia datang balik bawa minyak gamat sapu dekat luka & lebam aku. Sambil nangis ayah minta maaf. Ayah cakap “Kenapa angah kecewakan ayah” Aku diam je buat tak tahu. Hati batu la kononnya.
Aku anak harapan ayah tapi dalam masa yang sama anak yang paling tak guna. Form 2 sumbat masuk asrama bukan makin elok. Makin degil. Fly kesana sini. Akhirnya dibuang & pindah sekolah.
Dekat sekolah baru lagi laa tak jadi orang. Pergi balik sekolah sesuka hati. Ponteng class ponteng sekolah. Apa je aku tak buat. Belasah orang pun pernah. Ayah sampai dah tak tahu nak buat apa dekat aku ni. Perangai memang lain macam.
PMR teruk-teruk pun aku dapat kaut 5A. Sampai SPM je hancur lebur. Siap ada 1 subject aku absent tak amek. Masatu ayah memang kecewa teruk. Sampai tak bercakap dengan aku. Habis sekolah ayah memang tak bagi kerja. Dia nak anak-anak dia sambung belajar.
Along baik je dengar cakap duduk diam-diam dekat rumah. Aku? Memang tak la. Aku diam-diam pergi cari kerja dengan member aku. So dapat kerja dekat R&R Machap Utara. Masa kerja ni la aku elok sikit. Dah tau susahnya nak cari duit. Dah takde masa nak huha sana sini. So dah timbul rasa tanggungjawab.
Aku try nak pulihkan hubungan aku dengan ibu. Tapi taktau nak buat macam mana. So aku bagi ibu aku duit lauk setiap minggu. Minyak kereta aku selalu isikan. Saja nak amek hati. And alhamdulillah. Walaupun tak rapat tapi lebih dekat berbanding dulu.
Sebenarnya orang tua ni bukan pilih kasih tapi kita yang buat mereka jauh dengan sikap kita. Kasih sayang mereka sama sebab kita adik beradik semua lahir dari rahim yang sama. Dekat setahun jugak laa aku kerja. Lepastu ayah suruh sambung study.
Aku dulu minat nak jadi stewardess. Aku dah apply nak masuk kursus stewardess tapi ayah tak bagi dia nak aku study jugak. Sebab nak tebus kecewa ayah pasal SPM aku, aku apply UiTM. Tak sangka pulak boleh dapat dengan result belacan aku tu.
3 tahun study Diploma in Banking. Tanpa pinjaman PTPTN. Masa study aku banyak buat kerja sambilan cari duit tepi duit makan duit shopping. Dari dulu memang pattern aku suka kerja cari duit sendiri. Sebab aku tau ayah tak mampu nak tunaikan semua kehendak aku.
Tahun ketiga study aku start pakai tudung. Umur dah 21 dah mula fikir jauh sikit. Habis study dapat 2 3 offer kerja bank sebab aku ada lebih 1 bahasa tapi semua aku tolak. Ibu marah masa tu cakap aku tolak rezeki tapi aku buat dang je.
Aku pilih untuk tolong ayah aku berniaga. Sebab aku pun memang suka berniaga. 2015 tahun yang paling tough untuk aku. Ayah sakit tetibe & need to operate urgently.
Selang berapa bulan saving aku lesap hampir 10 ribu kena rembat. And aku hampir accident bertembung dengan Mercedes sebab terlelap masa drive. Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas.
After 1 year ayah dah sihat, dah amek worker & aku pun pergi kerja dekat JB.
Setahun dekat JB. Macam-macam masalah aku lalui. 2 kali accident tapi terselamat & I’m also suffer from depression. I hurt myself didn’t go to work can’t eat can’t sleep smoke drunk lost weight and so on. Lepas tau keadaan aku ayah bawa aku balik.
That time ayah kecewa but he still try tenangkan aku. Try to be my listener. Ayah taknak aku rasa keseorangan. Ibu also cry a lot. Masa aku balik rumah ibu peluk aku. Sambil nangis and she said “kurusnya angah. Kenapa anak ibu jadi macam ni” 24 tahun aku hidup aku tak pernah tengok riak muka ibu ayah aku sesedih tu.
Setiap kali bangun malam Tahajjud, aku menangis bila fikirkan dosa-dosa aku & aku dah banyak kecewakan ibu ayah, aku tak pernah buat diorang bangga and I don’t wanna do this anymore. Sampai bila aku nak jadi anak tak guna?
So aku decide untuk tinggalkan carrier, family and bawa diri ke Australia to recover myself. Alone. At first ayah tak bagi pergi, mungkin risau dengan keadaan aku. But I told him I’m really in pain and I need to go. So he let me go with tears.
Sebelum pergi aku minta ampun dekat ibu ayah. Atas semua dosa-dosa aku. Aku selalu buat diorang menangis. Minta halalkan semua. Minta restu & redha mereka. Semoga urusan aku di sana dipermudahkan.
Today, aku tak berani nak cakap aku pulih sepenuhnya but I’ve got a lot of improvement. I live my life happily and balas jasa orang tua aku dari jauh. Bila dah duduk jauh hubungan dengan family pun makin erat.
Appreciate laa orang tua kita. Jaga sakit pening mereka balas jasa mereka sementara ada peluang. Jangan sesekali tinggi suara melawan memberontak or sakitkan hati mereka. Jangan buat mereka menangis.
Mereka la satu-satunya insan yang tetap terima kita walau seteruk mana pun perangai kita. Bila ibu ayah tak redha dengan kita, Allah pun tak redha. Maka hilanglah keberkatan hidup kita.
Betapa kucar-kacirnya hidup aku selama 24 tahun. Ditimpa macam-macam musibah & masalah. Akhirnya aku jumpa ketenangan dalam keredhaan ibu ayah aku.
Dalam Al-Quran pun banyak kali Allah sebut berbuat baiklah kepada ibu bapa dalam surah Luqman, Al Baqarah, Al Isra’, An Nisa & banyak lagi surah-surah lain.
Kalau ada buat salah cepat2 minta ampun minta maaf. Sebab kalau ada yang mereka simpan dalam hati & tak maafkan kita nescaya Syurga Allah tak halal untuk kita. Nauzubillahiminzalik.
This is very first time aku dapat message feeling-feeling macam ni dengan ibu ayah. Sebelum ni memang tak la. Message bila ada hal penting je. Meleleh jugak laaa air mata. That’s why laaa kadang jarak ni bukan memisahkan tapi lebih kepada menyatukan.
Terima kasih ibu ayah sebab tak pernah putus asa jaga anak tak guna ni. Angah sayang ibu ayah. So guys, it’s okay to make mistakes even big mistakes, but make sure you learn from them. Because mistakes have the power to turn you into something better than you were before.
Sumber: Facebook Mydd Asmida