Remaja memiliki jiwa yang mudah memberontak dan pada saat ini, mereka masih lagi tercari-cari identiti diri mereka. Pada waktu ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mencorakkan anak-anak dan mengenali rakan-rakan mereka kerana bimbang mereka berkawan dengan individu yang akan memberi impak negatif di dalam kehidupan mereka.
Hijabista akui agak sukar berdepan dengan remaja yang memberontak ini. Cuma, kita mampu memberi nasihat dan berdoa agar mereka berubah menjadi yang lebih baik.
Mydd Asmida, merupakan anak kedua di dalam keluarga dan mengaku dirinya merupakan anak yang paling degil dalam kalangan adik-beradiknya. Malah, satu diketika dahulu dia akui yang dia pernah mengecewakan ibu bapanya dek kerana sikapnya itu.
Juga pernah alami depression yang agak teruk, gadis ini akhirnya insaf dan kecewa dengan dosa-doa yang dilakukannya satu ketika dahulu. Ikuti perkongsiannya dan semoga ia bermanfaat serta menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana.
********************************
Nama aku Mydd. Family panggil Angah. Anak yang paling degil dalam ramai-ramai adik-beradik aku. Tapi paling bijak jugak. Gittuuuu. Hahaha.
Aku tak rapat dengan sesiapa pun dalam family aku kecuali ayah. Sebab aku anak ayah. Dengan ibu ni aku tak sependapat. Kalau cakap something, end up mesti bertekak. Aku selalu anggap ibu aku ni pilih kasih. Lebihkan akak adik aku berbanding aku.
Dulu ayah kerja jauh jarang balik so masa aku banyak habiskan dengan kawan-kawan. Keluar lepak sana sini macam orang takde rumah. Rambut macam-macam warna dah aku buat. Kejap lurus, kejap kerinting. Masa sekolah aku dapat biasiswa. So duit banyak.
Banyak Buat Ibu & Ayah Menangis
Ibu memang tak boleh nak kawal aku. Sebab aku ni baran. Aku pernah mengamuk pecahkan tingkap rumah guna tangan. Pernah satu hari ibu marah sangat dia nak tampar aku. Aku tahan & pegang tangan dia. Berlari dia masuk bilik menangis. Waktu itu umur aku baru 15. Punyalah derhaka tahap neraka jahanam.
Tapi dengan ayah aku selalu kena belasah. Sampai lebam birat-birat badan aku. Hanger rotan tali pinggang getah paip penampar penyepak tu semua makanan aku. Penumbuk je belum pernah singgah.
Tapi lepas ayah pukul nanti dia datang balik bawa minyak gamat sapu dekat luka & lebam aku. Sambil nangis ayah minta maaf. Ayah cakap “Kenapa angah kecewakan ayah” Aku diam je buat tak tahu. Hati batu la kononnya.
Aku anak harapan ayah tapi dalam masa yang sama anak yang paling tak guna. Form 2 sumbat masuk asrama bukan makin elok. Makin degil. Fly kesana sini. Akhirnya dibuang & pindah sekolah.
Ads
Result SPM Memang Teruk
Dekat sekolah baru lagi laa tak jadi orang. Pergi balik sekolah sesuka hati. Ponteng class ponteng sekolah. Apa je aku tak buat. Belasah orang pun pernah. Ayah sampai dah tak tahu nak buat apa dekat aku ni. Perangai memang lain macam.
PMR teruk-teruk pun aku dapat kaut 5A. Sampai SPM je hancur lebur. Siap ada 1 subject aku absent tak amek. Masatu ayah memang kecewa teruk. Sampai tak bercakap dengan aku. Habis sekolah ayah memang tak bagi kerja. Dia nak anak-anak dia sambung belajar.
Along baik je dengar cakap duduk diam-diam dekat rumah. Aku? Memang tak la. Aku diam-diam pergi cari kerja dengan member aku. So dapat kerja dekat R&R Machap Utara. Masa kerja ni la aku elok sikit. Dah tau susahnya nak cari duit. Dah takde masa nak huha sana sini. So dah timbul rasa tanggungjawab.
Cuba Pulihkan Hubungan Dengan Ibu
Aku try nak pulihkan hubungan aku dengan ibu. Tapi taktau nak buat macam mana. So aku bagi ibu aku duit lauk setiap minggu. Minyak kereta aku selalu isikan. Saja nak amek hati. And alhamdulillah. Walaupun tak rapat tapi lebih dekat berbanding dulu.
Sebenarnya orang tua ni bukan pilih kasih tapi kita yang buat mereka jauh dengan sikap kita. Kasih sayang mereka sama sebab kita adik beradik semua lahir dari rahim yang sama. Dekat setahun jugak laa aku kerja. Lepastu ayah suruh sambung study.
Aku dulu minat nak jadi stewardess. Aku dah apply nak masuk kursus stewardess tapi ayah tak bagi dia nak aku study jugak. Sebab nak tebus kecewa ayah pasal SPM aku, aku apply UiTM. Tak sangka pulak boleh dapat dengan result belacan aku tu.
Mula Bertudung Sejak Usia 21 Tahun
3 tahun study Diploma in Banking. Tanpa pinjaman PTPTN. Masa study aku banyak buat kerja sambilan cari duit tepi duit makan duit shopping. Dari dulu memang pattern aku suka kerja cari duit sendiri. Sebab aku tau ayah tak mampu nak tunaikan semua kehendak aku.
Tahun ketiga study aku start pakai tudung. Umur dah 21 dah mula fikir jauh sikit. Habis study dapat 2 3 offer kerja bank sebab aku ada lebih 1 bahasa tapi semua aku tolak. Ibu marah masa tu cakap aku tolak rezeki tapi aku buat dang je.
Ads
Bantu Ayah Berniaga
Aku pilih untuk tolong ayah aku berniaga. Sebab aku pun memang suka berniaga. 2015 tahun yang paling tough untuk aku. Ayah sakit tetibe & need to operate urgently.
Selang berapa bulan saving aku lesap hampir 10 ribu kena rembat. And aku hampir accident bertembung dengan Mercedes sebab terlelap masa drive. Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas.
After 1 year ayah dah sihat, dah amek worker & aku pun pergi kerja dekat JB.
Alami Depression Yang Teruk
Setahun dekat JB. Macam-macam masalah aku lalui. 2 kali accident tapi terselamat & I’m also suffer from depression. I hurt myself didn’t go to work can’t eat can’t sleep smoke drunk lost weight and so on. Lepas tau keadaan aku ayah bawa aku balik.
That time ayah kecewa but he still try tenangkan aku. Try to be my listener. Ayah taknak aku rasa keseorangan. Ibu also cry a lot. Masa aku balik rumah ibu peluk aku. Sambil nangis and she said “kurusnya angah. Kenapa anak ibu jadi macam ni” 24 tahun aku hidup aku tak pernah tengok riak muka ibu ayah aku sesedih tu.
Bawa Diri Ke Australia
Setiap kali bangun malam Tahajjud, aku menangis bila fikirkan dosa-dosa aku & aku dah banyak kecewakan ibu ayah, aku tak pernah buat diorang bangga and I don’t wanna do this anymore. Sampai bila aku nak jadi anak tak guna?
So aku decide untuk tinggalkan carrier, family and bawa diri ke Australia to recover myself. Alone. At first ayah tak bagi pergi, mungkin risau dengan keadaan aku. But I told him I’m really in pain and I need to go. So he let me go with tears.
Ads
Sebelum pergi aku minta ampun dekat ibu ayah. Atas semua dosa-dosa aku. Aku selalu buat diorang menangis. Minta halalkan semua. Minta restu & redha mereka. Semoga urusan aku di sana dipermudahkan.
Today, aku tak berani nak cakap aku pulih sepenuhnya but I’ve got a lot of improvement. I live my life happily and balas jasa orang tua aku dari jauh. Bila dah duduk jauh hubungan dengan family pun makin erat.
Hargai Jasa Ibu Bapa
Appreciate laa orang tua kita. Jaga sakit pening mereka balas jasa mereka sementara ada peluang. Jangan sesekali tinggi suara melawan memberontak or sakitkan hati mereka. Jangan buat mereka menangis.
Mereka la satu-satunya insan yang tetap terima kita walau seteruk mana pun perangai kita. Bila ibu ayah tak redha dengan kita, Allah pun tak redha. Maka hilanglah keberkatanhidup kita.
Betapa kucar-kacirnya hidup aku selama 24 tahun. Ditimpa macam-macam musibah & masalah. Akhirnya aku jumpa ketenangan dalam keredhaan ibu ayah aku.
Dalam Al-Quran pun banyak kali Allah sebut berbuat baiklah kepada ibu bapa dalam surah Luqman, Al Baqarah, Al Isra’, An Nisa & banyak lagi surah-surah lain.
Kalau ada buat salah cepat2 minta ampun minta maaf. Sebab kalau ada yang mereka simpan dalam hati & tak maafkan kita nescaya Syurga Allah tak halal untuk kita. Nauzubillahiminzalik.
Kesilapan Jadikan Anda Individu Yang Lebih Baik
This is very first time aku dapat message feeling-feeling macam ni dengan ibu ayah. Sebelum ni memang tak la. Message bila ada hal penting je. Meleleh jugak laaa air mata. That’s why laaa kadang jarak ni bukan memisahkan tapi lebih kepada menyatukan.
Terima kasih ibu ayah sebab tak pernah putus asa jaga anak tak guna ni. Angah sayang ibu ayah. So guys, it’s okay to make mistakes even big mistakes, but make sure you learn from them. Because mistakes have the power to turn you into something better than you were before.
Selain pengacara popular Jihan Muse yang selamat melahirkan bayi lelakinya malam tadi, presenter di TV Al-Hijrah dan personaliti Farahanim atau mesra dipanggil Anim juga selamat melahirkan bayi kembarnya. Anim mengucapkan syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki dan turut memberitahu kedua-dua bayinya sihat dan sempurna. Posting yang dimuat turun di laman instagramnya mendapat ucapan tahniah dari kenalannya termasuk beberapa selebriti popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Apa yang seronoknya apabila sudah mengetahui bakal melahirkan cahaya mata perempuan, jadi segala persiapan termasuk baju dan kelengkapan lain lebih terarah kepada bayi perempuan.
Bukan itu sahaja persediaan yang dilakukan Anim. Dia juga turut mengikuti kelas mengenai cara breastfeeding serta soalan berkisar tentang penjagaan ibu dan bayi. Segala persoalan yan tidak difahami dilontarkan pada konsultan bertauliah dalam kelas yang dihadiri.
Selain itu, Anim juga turut mempratikkan amalan yang baik kepada bayi kembarnya. Sejak dalam perut lagi menurut Anim dia sudah memperdengarkan bacaan ayat Al-Quran dengan hanya melekatkan sejenis alat pada perut.
Hijabista mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi kembar ini dan semoga sihat dan ceria menjalani fasa baru sebagai ibu muda.
Ternyata bukan mudah persediaan untuk menjaga anak kembar. Persediaannya sekali ganda berbanding melahirkan seorang anak. Kami kongsikan panduan menjaga anak kembar yang dikongsi dalam facebook Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel.
~ Panduan menjaga anak kembar /Tip menjaga anak kembar ~
Masa menyusu Sebenarnya tidak sukar menyusukan si kembar serentak tetapi lebih baik jika setiap orang mempunyai waktu menyusu yang khusus supaya setiap kembar mendapat perhatian sama.
Cara pertama: Peruntukkan 10 minit bagi setiap seorang iaitu selepas menyusukan kembar pertama selama 10 minit, susukan pula kembar kedua selama 10 minit dan ulangi cara ini selama sejam atau sehingga si kembar kenyang.
Namun, jangka masa penyusuan bergantung kepada keperluan bayi anda. Jika kembar yang kuat menyusu mungkin waktu yang diperuntukkan perlu ditambah hingga 15 minit atau setengah jam setiap seorang.
Bagaimanapun, jangan sesekali mengamalkan tabiat menyusukan si kembar hanya apabila mereka menangis kerana ini akan menyukarkan anda untuk melayan kerenah kedua-duanya secara serentak.
Cara kedua: Menyusukan kembar pada waktu berasingan. Kaedah ini boleh diamalkan kerana ada pasangan kembar yang mempunyai keperluan susu dan waktu tidur yang berbeza.
Misalnya, kembar pertama mungkin kurang menyusu tetapi kuat tidur manakala kembar kedua, kuat menyusu tetapi kurang tidur. Di sekitar tempat tidur pula, letakkan semua peralatan seperti lampin, susu, sarung tangan, seluar, sarung kaki, kelambu dan peralatan membancuh susu berdekatan.
Mandi Jangan mandikan si kembar serentak jika anda bersendirian. Anda boleh mandikan kembar pertama ketika kembar kedua sedang tidur.
Jika bayi kembar anda sudah boleh duduk, mungkin boleh mandikan mereka bersama tetapi jangan sesekali meninggalkan kembar berseorangan dalam besen mandi ketika anda mengelap kembar pertama.
Pakaian Elakkan daripada terlalu kerap menukar pakaian bayi. Satu lagi, jangan biasakan diri terlalu memikirkan pakaian apa yang perlu dipakai – bereben, berenda, seluar panjang atau pakai baju yang serupa corak dan warnanya. Asalkan ia bersih dan selesa, jangan bimbang.
Minggu lalu kita baru sahaja dikejutkan dengan berita pemergian Abam Bocey. Hari ini dikejutkan pula dengan ‘kepulangan’ Ashraf Sinclair, 40 ke negara abadi. Aktor yang di lahirkan di London dan dibesarkan di Malaysia ini meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia. Selain berlakon, Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohd Sinclair merupakan seorang peragawan dan pengacara rancangan televisyen.
Menerusi portal berita Indonesia Kompas.com, berita pemergian suami kepada pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL disahkan Doddy yang juga pengurus BCL.
“Betul (meninggal dunia). Serangan jantung. Pagi tadi,” kata Doddy menerusi aplikasi WhatsApp kepada pemberita.
Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4.00 pagi tadi. Ashraf lahirkan pada 18 September 1979. Adik kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.
Ashraf kemudian berkahwin dengan Bunga Citra Lestari (BCL) pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta. Pasangan ini dikurniakan seorang anak yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.
MENGIMBAS DETIK PERKENALAN
Mengimbas detik pertemuan antara Ashraf dan BCL, mereka bertemu dalam satu program di Malaysia. Yang paling diingati dari pertemuan itu, Ashraf salah tersebut nama BCL. Ashraf telah memanggil BCL dengan menyebut Bunga Cinta Lestari.
Pertemuan pertama BCL dan Ashraf terjadi di Kuala Lumpur, Malaysia, pada April 2007. Ashraf tidak tahu siapa itu BCL. Dalam talk show itu, sepatutnya rakan Ashraf yang mewawancara BCL. Akan tetapi dek kerana rakan Ashraf ada urusan yang tidak dapat dielakkan maka produser menggantikannya dengan Ashraf. Itu pun Ashraf terlewat sejam.
TERSALAH SEBUT NAMA
Ashraf tidak kenal BCL. Prosuder hanya memberi petunjuk, BCL adalah penyanyi merangkap model dari Indonesia. Ketika wawancara berlangsung, Ashraf tersalah sebut nama BCL. Sepatutnya Bunga Citra Lestari tetapi disebut Bunga Cinta Lestari.
Namun daripada pertemuan itu, Ashraf mengakui bahawa auranya kuat sehingga dia meninggalkan catatan istimewa buat BCL.
Catatan itu bunyinya begini, “First impression, kamu memiliki pesona. Itu yang saya lihat.”
Sejak itu mereka menjalinkan hubungan cinta jarak jauh selama dua tahun sebelum mengambil keputusan untuk membina mahligai cinta. Ternyata cinta suci Ashraf kekal hingga ke akhir hayatnya.
Al-Fatihah….
Sumber kredit: Harian Metro dan tabloidbintang.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia akan mencapai kemuncak pada pertengahan April ini. Wakil WHO, Ying-Ru Lo berkata jumlah pesakit kritikal di negara ini dijangka meningkat minggu depan. Bagaimanapun, beliau berkata terdapat kesan positif daripada langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan kerajaan.
Namun sehingga hari ini pelbagai dana telah ditubuhkan bagi membantu keperluan hospital dari segi peralatan perubatan mahupun persedian untuk frontliners. Dalam kerjasama ini ternyata rakyat Malaysia tidak berdiam diri untuk membantu mereka.
Baju pelindung hospital PPE
Pengumpulan dana ini dimulakan oleh MODA, dengan kerjasama FashionValet dan IMARET untuk membantu reka bentuk fesyen dan komuniti kreatif untuk membeli dan menjahit gaun hospital PPE untuk barisan hadapan kami.
Hospital amat memerlukan lebih banyak pakaian hospital PPE. Gaun hospital PPE sangat penting untuk melindungi mereka ketika berhadapan dengan pesakit atau pemeriksaan pesakit sehingga mereka tidak mengontrak virus itu sendiri. Kerana ia boleh guna, hospital kita memerlukan banyak daripada mereka. Bantu kami melindungi frontliners kami!
Dana mempunyai Gabungan hebat
Persatuan Pereka Fesyen Malaysia (non-profit NGO) telah memulakan satu projek untuk membekalkan PPE untuk frontliners. Dana akan ditadbir oleh MODA untuk membeli kain untuk diagihkan kepada pereka dan sukarelawan yang terlibat untuk menjahit gaun hospital PPE secepat mungkin.
Bersama MODA, FashionValet akan membantu pengumpulan dana dan IMARET akan membantu pengedaran ke rangkaian hospital mereka.
Kami juga amat berterima kasih kerana mempunyai begitu ramai Pereka Malaysia, ahli MODA dan tukang jahit mereka, yang semuanya sukarela untuk memotong dan menjahit gaun hospital ini untuk frontliner.
“Dana yang dibangkitkan akan digunakan untuk membeli kain gaun hospital dan peralatan pelindung yang lain. Kemudian pasukan pereka dan sukarelawan MODA akan menjahit pakaian yang akan dihantar kepada kakitangan KKM kami yang memerlukan gaun ini untuk melindungi mereka supaya mereka boleh melakukan pekerjaan mereka dengan selamat kerana mereka juga mempunyai keluarga sendiri untuk dilindungi. ” – MODA.
“Bagaimana kita boleh duduk diam di rumah sementara kakitangan hospital bekerja berganda dan berulang kali untuk menjaga pesakit yang dijangkiti yang meningkat jumlahnya sekarang adalah masa untuk kita melakukan sesuatu yang lebih besar daripada kita.” – Vivy Yusof –FashionValet
Bagaimana pengumpulan dana ini bermula
Ia mula dimulakan oleh sekelompok teman pereka fesyen melihat bagaimana beberapa posting KKM di media sosial bahawa mereka terpaksa menggunakan beg sampah sebagai alternatif untuk menutup kepala dan kasut kerana item PPE tidak mencukupi.
Justeru Melinda Looi dengan rakan-rakannya seperti Datuk Radzuan Radziwill, Salikin Sidik, Khoon Hooi, Alia Bastamam, Key Ng, Chelest Thou, Kit Woo dan lain-lain mula menyiarkan bantuan media sosial dari orang awam untuk membantu dengan menderma dana bagi membeli kain untuk menjahit baju hospital dan barang-barang lain.
Jadi, Vivy Yusof dari FashionValet memutuskan untuk bergabung dengan kami dan i meningkatkan usaha secara rasmi dengan menubuhkan halaman pengumpulan dana secara dalam talian melalui KamiFund dan mengundang IMARET menjadi sebahagian daripada kempen nasional ini.
Dalam erti kata lain Mel: “Kami bermula dari kumplan yang sangat kecil .. hanya di kalangan ahli MODA yang telah sudi untuk membantu mendapatkan item PPE bagi membantu pihak frontliners. Kemudian seseorang memberi tag kepada saya di media sosial… yang ada sesetengah sukarelawan untuk membantu membuat perisai muka..”
Elvina yang merupakan sukarelawan yang menghubungkan saya dengan Liyana Zainal yang juga sukarelawan. Kami mula mendapat lebih banyak bahan dan rakan-rakan membantu dengan bantuan wang yang banyak untuk membeli bahan-bahan. Peluang ini juga dibuka untuk orang ramai yang mempunyai kemahiran menjahit.
Sekarang kita mempunyai Fashion Valet dan Imaret di atas kapal dengan kami untuk mengumpulkan lebih banyak dana .. dan supaya kita boleh membeli lebih banyak bahan dan barangan PPE untuk membantu frontliners. ”
Anda juga berpeluang membantu
Semua yang terlibat melakukan ini secara sukarela dan tiada siapa yang diberi pampasan. Bagaimanapun, hanya melalui ucapan terima kasih yang mudah diterima daripada frontliners KKM.
Sekiranya anda mmepunyai kemahiran menjahit, anda dialu-alukan untuk bersama membantu menjayakan projek ini. Sila hubungi modamalaysia2019@gmal.com atau WhatsApp hanya nama anda, mudah alih dan alamat e-mel ke 012-8580899 atau 010-2689220.
Mereka antara yang tersyohor. Syabas!
Kami amat berterima kasih kerana sentiasa ada pereka dan jenama yang menyertai kempen ini, buat masa ini di antara nama pereka tanah air yang berjuang sama menjayakan kempen ini seperti Dato Radzuan Radziwill, Khoon Hooi, Alia Bastamam, InnaiRed, Melinda Looi, Celest Thoi, Jimmy Lim, Key Ng, You Sheng, Keith Kee, Kit Woo, Fizzi Woo, Mimpikita, Nurita Harith, Brian Khoo, Justin Yap, Michael Ooi, Sekolah Fesyen SML, Dwen Raha, Pengantin Eleusis … dan juga tukang jahit sukarelawan.
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...