‘Dulu Cikguku, Kini Kau Isteriku’

Share

Kita mesti biasa dengarkan jika seorang guru, atau pensyarah lelaki berkahwin dengan anak muridnya. Namun, jarang sekali kedengaran seorang guru atau pensyarah wanita yang memilih anak muridnya sebagai pasangan hidup. Baru -baru ini, telah viral

foto pre-wedding satu pasangan pengantin di mana seorang guru wanita  telah berkahwin dengan anak muridnya. Benarlah takdir Tuhan itu indah. Kalau dah jodoh pasti bertemu bukan?

Manis sekali akad nikahnya yang bertemakan warna merah jambu.

Cantik dan unik sekali gambar foto pra perkahwinannya yang bertemakan alam persekolahan.

‘Kini, giliran saya pula untuk membimbing cikgu hingga ke Jannah!’

Sekolah yang menjadi saksi titik perkenalan dua hati ini.

Hijabista mendoakan agar pasangan ini berkekalan selama-lamanya hingga ke Jannah dan sentiasa mendapat keberkatan dan rezeki daripada Tuhan selalu. Selamat pengantin baru!

 

Published by
Qistina