Public figure Indonesia, Indah Nada Puspita adalah bukti seorang wanita yang boleh mempunyai banyak impian. Sebelum ini dia dikenali sebagai blogger fesyen, model dan penyanyi. Kini, wanita cantik ini merupakan usahawan fesyen dan memiliki jenamanya sendiri iaitu ‘Nada Puspita’ berkonsepkan modest fashion.
Menurut blogger dan usahawan fesyen yang dilahirkan di Medan, Indonesia ini sejak kecil dia banyak diberi sokongan oleh ibu bapanya tentang dunia seni seperti melukis, dan bermain piano. Daripada situlah bercambahnya minat wanita ini terhadap seni sekaligus bergelar usahawan fesyen berjaya.
Bermula Sebagai Blogger “Sejak kecil saya mempunyai minat yang agak besar dalam seni. Dulu, saya selalu menyertai pertandingan melukis,” kongsinya.
Sehinggalah Nada berjinak-jinak dengan dunia blogging yang menjadi titik tolak kepada popularitinya. Nada mula menulis blog tentang fesyen ketika bergelar pelajar sekolah menengah pada 2019.
Nama-nama besar dalam dunia blogger seperti Raditya Dika dan Diana Rikasari menjadi bualan hangat golongan muda ketika itu.
Nada menyertai komuniti hijab bernama Hijabers Community. Dia mengenali ramai orang dalam industri fesyen dan dijemput ke acara modest fashion antarabangsa seperti di Istanbul dan Qatar.
Akhirnya ia membawa Nada ke dalam industri. Nada mula menerima tawaran peragaan dan akhirnya bergelar penyanyi.
“Di situ juga saya sedar sebenarnya minat saya ialah mencipta sesuatu. Pada 2015 saya mula mencipta jenama sendiri iaitu Nada Puspita.
“Koleksi pertama ialah pashmina yang menjadi trend pada tahun itu. Bermula pada 2017, tudung bercetak empat segi mula popular,” kata Nada.
Ketika itu Nada tiada perancangan serius untuk membangunkan jenamanya itu.
Sehinggalah wabak Covid-19 muncul. Detik ini digunakan oleh Nada untuk muhasabah diri. Nada juga mula memikirkan masa depan perniagaannya itu.
Lantas, Nada terkenangkan pesan arwah ayahnya.
“Jangan tinggalkan Nada Puspita ini, bagus untuk kamu. Sebagai wanita kamu boleh mencurahkan kreativiti melalui Nada Puspita.“ Mesej inilah juga yang memberi inspirasi kepada Nada untuk mula serius membangunkan jenama Nada Puspita. Akhirnya Nada berjaya kejar impian seperti diimpikan.
“Jika saya ingin serius menjalankan perniagaan, saya perlu menjadi seorang yang business minded. Saya mesti mempunyai rakan kongsi dan pasukan yang mempunyai pandangan perniagaan yang sama.
“Jadi pada saat Covid saya mula mencari rakan kongsi untuk membangunkan Nada Puspita bersama-sama,” sambung Nada.
Kegigihan Nada membangunkan Nada Puspita kini membuahkan hasil. Dari mula menjual pashmina dan tudung, Nada Puspita telah mengeluarkan koleksi lengkap dari kepala hingga ke kaki.
“Niat saya, Nada Puspita boleh menjadi one stop shopping untuk wanita yang berhijab, seterusnya dapat memenuhi keperluan mereka dalam pakaian.
“KIta ada peralatan ibadat, pakaian, kasut, baju raya, kaki, kerongsang, dan kelengkapan solat,” jelasnya.
Nada Puspita turut melancarkan koleksi hari raya “Sofia” yang diilhamkan oleh Hagia Sophia di Türkiye. Koleksi ini datang dalam palet warna bumi. Bukan sahaja koleksi pakaian wanita, terdapat juga koleksi pakaian lelaki dan kanak-kanak.
Kunci Kejayaan Nada
Bagi Nada, ibu bapa adalah tokoh penting di sebalik kejayaannya. Doa mereka adalah kunci kejayaan Nada sehingga kini.
“Saya rasa nombor satu adalah doa ibu. Saya sangat bersyukur kerana ibu tinggal bersama saya. Ahamdulillah, banyak momen bersama ibu antaranya pergi melancong bersama. Saya anggap ia hiburan untuk ibu” kata Nada.
Selain itu menurut Nada, amat penting bagi wanita moden hari ini untuk memiliki kemahiran selain berperanan sebagai isteri dan ibu, yang mungkin suatu hari nanti boleh dimanfaatkan.
“Wanita moden hari ini mempunyai banyak peluang untuk melakukan lebih banyak kerja. Adalah sangat penting, wanita mempunyai kemahiran di luar peranan sebagai ibu yang mungkin suatu hari nanti diperlukan dan boleh digunakan,” katanya.
Nada juga berharap semua wanita dapat merealisasikan apa sahaja yang diimpikan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mira Filzah bukan satu nama yang asing dalam industri hiburan tanah air. Selain berlakon, Mira Filzah juga turut mengacara beberapa program sebelum ini. Terbaru, Hijabista difahamkan bahawa Mira Filzah telah dilantik sebagai pengacara baru bagi program Nona.
Ibarat mimpi menjadi kenyataan, satu ketika dahulu Mira Filzah pernah memasang impian untuk menjadi program Nona terutama apabila melihat Maya Karin mengacara beberapa tahun yang lepas.
Malah, menurut perkongsian Mira di Instagramnya, dia juga pernah beberapa kali menghadiri ujibakat untuk mengacara di bawah Media Prima tetapi mungkin pada masa itu nasib belum menyebelahi dirinya. Alhamdulillah, rezekinya mengacara terbuka luas selepas terlibat dalam bidang lakonan.
Tahniah Hijabista ucapkan! Semoga Mira Filzah dapat menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik. Selain berbicara tentang kerjayanya, Mira Filzah juga dilihat sebagai seorang gadis yang mempunyai cita rasa yang tinggi dalam berfesyen.
Mempunyai followers seramai 2.5 juta di Instagram, Hijabista akui apa sahaja yang pakaian yang disarung pada tubuh Mira Filzah kelihatan begitu cantik dan terletak. Jom kita lihat 10 #OOTD gadis manis ini.
Sama seperti musim kelima siri baharu The Crown ditayangkan di Netflix pada 9 November, para fesyen di seluruh dunia telah menikmati penampilan ikonik ratu fesyen, Puteri Diana.
Salah satu penyataan gaya terbesar yang telah melangkaui masa dan trend ialah beg Lady Diornya, dan jika anda mendambakan beg yang sama bergaya seperti miliknya, Ya, Dior telah mengeluarkan keluaran semula beg paling ikonik Puteri Diana.
Dikenali sebagai ‘Puteri Rakyat’, setiap penampilan diraja Lady Di dianggap sebagai inspirasi oleh pengkritik gaya dunia. Abadi, elegan, sering tegang dan progresif, diraja ini suka menetapkan trend untuk diikuti oleh generasi.
Puteri Diana telah mengakses beg tangan khusus ini berkali-kali, termasuk MET Gala 1996, dan telah menjadi rekod untuk menuntut kasih sayang istimewanya untuk perkara yang sama. Dengan musim baharu The Crown memerintah dalam carta populariti di Netflix mengikut Variety, beg Lady Dior kembali mendapat permintaan ramai.
Menarik mengenai beg Lady Dior
Anda mungkin tahu beg Lady Dior yang dinamakan sempena nama bekas Puteri Wales itu sendiri, tetapi ia sebenarnya sebelum ini dipanggil Chouchou oleh Maison sebelum Lady Di mempopularkannya. Beg ikonik itu pertama kali dimiliki oleh Puteri Diana pada tahun 1995 semasa menghadiri perasmian retrospektif Paul Cézanne di Grand Palais di Paris.
Wanita Pertama Perancis Puan Bernadette Chirac menghadiahkan beg ini kepadanya dan diraja tidak pernah berhenti memakainya. Malah, dia terkenal meminta beg yang sama dalam warna biru laut untuk dipadankan dengan matanya yang mempesonakan.
Beg itu dicirikan oleh pesona Dior berlian buatan klasik dan perkakasan Kristal, didatangkan dalam tiga saiz berbeza dan pelbagai warna, dicipta dan disempurnakan oleh rumah fesyen mewah itu selama beberapa dekad.
Berharga 5,000 euro (lebih kurang RM23K), beg itu boleh didapati dalam edisi terhad sebanyak 200 buah. Dan jika anda memerlukan lebih banyak inspirasi tentang cara menggayakan pembawa abadi ini, hanya perhatikan musim kelima siri Netflix The Crown, yang mengisahkan kebangkitan Puteri Diana sebagai ikon gaya antarabangsa dengan beg itu.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Syawal tahun ini tidak banyak perbezaanya dengan tahun yang lepas. Dek kerana pandemik Covid-19 semakin berleluasa dan kes meningkat hari-ke hari menjadikan sambutan Aidilfitri tahun ini serba sederhana.
Sekatan rentas daerah dan negeri menjadikan raya tahun ini sedikit berbeza dan serba ringkas. Begitu juga dengan gaya fesyen selebriti yang menyambut Aidilfitri dengan gaya yang serba sederhana.
Menyarungkan rona biru lembut rekaan Abayalubnaa menjadikan penampilan anak muda ini berseri biarpun hanya nampak bersahaja. Tanpa sebarang oles solekan yang tebal sudah cukup membuatkan Wany Hasrita memuka. Biarpun tampil sederhana namun gaya fesyen Wany untuk Syawal kali ini begitu suci bagaikan safa, sesuai dengan personaliti dirinya. Sejuk mata memandang!
Kelahiran Fatima menjadikan Syawal tahun ini serba meriah biarpun diraikan dalam situasi pandemik Covid-19. Lihat sahaja gaya fesyen Fazura yang serba merah jambu, cukup manis dan santun auranya persis anak dara biarpun sudah bergelar ibu! Sisi kesederhaaan itu dapat dilihat dari keseluruhan gayanya yang menyarungkan baju kurung moden ilham dari Altelia Amani serba oles solekan yang cukup ringkas melengkap definisi ‘less is more’. ternyata Fatima melengkapkan kisah cinta pasangan merpati sejoli ini. Apa yang menariknya, satu keluarga menyarungkan rona yang sedondon menjadikan ia lebih bermakna dan istimewa. Benarlah kata orang, walaupun Syawal dirai serba biasa, namun jika bersama yang tersayang, kemanisan dan kemeriahannya akan dirasa.
Rona cokelat yang disarungkan oleh Lisa ini cukup cantik dan menawan. Dalam kata lainnya, sempurna! Biarpun ringkas dalam rekaan abaya hasil daripada Fustaann, namun kejelitaan Lisa masih terserlah. Rekaan abaya ini menjadi pilihan Lisa untuk tampil selesa dan mudah untuk bergerak, dan paling penting, masih menjaga aurat. Foto keluarga bersama suami dan anak tercinta begitu manis apabila semuanya memakai rona yang sama! Kemanisan wajah Lisa lebih terserlah apabila berhijab!
Penyanyi lagu Peluang Kedua, Nabila Razali meraikan Syawal tahun ini dengan rona merah dari atas hingga ke bawah penggayaannya. Apa yang kurang pada gayanya? Tiada! Kejelitaan Nabila jelas terserlah dalam rona ini dalam busana rekaan Nuritha Harith. Biarpun rekaan tidak memerlukan perincian manik yang ‘heavy’ namun sentuhan pereka ini tampak eksklusif dengan pemilihan warna yang mahal serta material yang eksklusif. Sesuai dengan gaya Nabila yang sememangnya ‘sweet’, keseluruhan gaya Syawalnya tidak terlalu meriah namun ‘secukup rasa’!
Ernie tampil comel dalam rekaan ‘blouse’ pendek rona ungu sedondon dengan suaminya, Syamel. Tampak bersahaja dan ringkas namun masih jelas kelihatan sisi manis Ernie. Walauopun nampak sederhana namun sudah pasti pasangan ini tetap ceria dan bahagia meraikan Syawal bersama-sama!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...