Jika hijabi membesar dengan saluran Astro Ceria, pastinya hijabi pernah menonton drama rantaian komedi iaitu ‘Elly & Epit’ yang ditayangkan sekitar tahun 2011 hingga 2013.
Selain daripada Sweet Qismina dan Afieq Shazwan sebagai pelakon utama, dua lagi watak yang turut menyerikan lagi drama tersebut ialah Hujan dan Diana yang dilakonkan oleh Hadi Mazlan dan Siti Amirah Dayana.
Benarlah jodoh itu rahsia Tuhan. Siapa sangka bermula daripada sebuah drama, akhirnya mereka berjodohan dan kini bergelar suami isteri.
Buat pengetahuan semua, Hadi merupakan peserta Idola Kecil 3 manakala Dayana Amerda pula juara Idola Kecil 2.
Pasangan yang sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada November lalu kini telah selamat dinikahkan pada hari Sabtu yang lalu di Surau At-Taqwa Batalion 4, Semenyih.
Tak dapat gambarkan perasaan mcm mana hanyalah mampu bersyukur pd Allah S.W.T di atas limpah kurnianya.. Tkde la teman nak gaduh, nk gile2, nak masak sesama, nak cuti sesama.. dia lah teman rapat selain anak kesayangan sy, Hari ni telah selamat bergelar Isteri kepada Ust. Hadi Mazlan..
Tiada kata2 mampu sy ucap melainkan berterima kasih dan bersyukur dapat besan yg baik dan supportive.. Tk sedar cepat masa berlalu, kalau lah arwah ade dialah org yg paling bangga dan happy tgk bersatunya anak kesayangan ??Semoga apa yg mendatang bisa di tempuh walau besar mane rintangan.. Semoga di permudahkan Majlis resepsi esok hari.. Tahniah anak mama ???
Hari bersejarah bagi kami sekeluarga. Hari ini hari pernikahan anak bongsu saya Hadi Mazlan dengan pasangannya Siti Amirah Dayana. Kedua2nya childhood friends yang punya misi hidup yang sama. Mereka semasa kecil sama-sama berlakon rancangan popular Astro, Elly dan Epit. Semoga dipermudahkan lah bagi kami, Ya Robb. Semoga ikatan ini kekal hingga ke Jannah. Amin.
“Hadi merupakan pelajar jurusan Syariah Islam di Kolej Islam As Sofa, Ampang kerana minatnya yang sangat mendalam terhadap agama sebaik sahaja pulang daripada menunaikan umrah pada tahun 2014.
“Cara hidup Dayana juga berubah dengan hidayah Allah SWT setelah menghadapi liku-liku hidup sukar ketika ayahnya menderita sakit kanser dan menghembuskan nafas terakhir ketika dia dan adik-adiknya masih mengharap kasih sayang seorang ayah.
“Sebagai anak sulung, Dayana memikul tanggungjawab untuk membantu ibunya menguruskan rumahtangga dan adik-adiknya ketika ibunya keluar mencari nafkah.
“Insya Allah mereka akan diijabkabulkan pada 16 Jun tahun hadapan, satu tarikh yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak sebelum Hadi berangkat ke luar negara untuk menyambung pengajiannya di peringkat yg lebih tinggi.
“Semoga segalanya dipermudahkan bagi kedua pasangan muda ini. Insya Allah, Amin,” tulisnya.
kredit:facebook Anggraini Agam DrAya instagram @aidacdaud