Berita

Dulu Aktif Hiburan & Politik, Kini ADELIA PASHA Terjun Ke Bisnes Modest Fashion

Share

Figura jelita yang dikenali sebagai Adelia Pasha atau nama penuhnya Adelia Wilhelmina ini merupakan isteri kepada Pasha Ungu yang turut berkecimpung dalam industri hiburan.

Sebelum ini, Adelia aktif dalam dunia hiburan dan politik. Kini, Adelia menceburi pula industri fesyen sebagai usahawan.

Baru-baru ini, Adelia melancarkan jenamanya sendiri AdeliaPasha dan ia merupakan impiannya sejak sekian lama.

“Latar belakang penubuhan jenama AdeliaPasha adalah untuk melihat industri modest fashion berkembang di Indonesia. Indonesia diramalkan menjadi salah satu modest fashion trendsetter di dunia,”

kata Adelia seperti dilaporkan Fimela.

“Sejak sekian lama, saya memiliki keinginan untuk membangunkan jenama sendiri yang represent diri saya melalui sebuah karya berkualiti,” sambung Adelia.

SOPAN & ELEGAN
Adelia turut bersyukur dengan pencapaiannya itu. Tambahnya lagi, pada masa akan datang jenamanya itu boleh menjadi teman setiap wanita di Indonesia.

 

 

“Alhamdulillah tahun ini akhirnya saya berpeluang melancarkan jenama modest fashion milik saya sendiri iaitu AdeliaPasha,” katanya.

“Apa yang diharapkan setiap koleksi yang dilancarkan akan menjadi inspirasi kepada perjalanan setiap wanita Indonesia di luar sana untuk tampil lebih sopan tetapi tetap anggun.”

 

Menurut Adelia lagi, sempena kedatangan Ramadan tak lama lagi koleksi AdeliaPasha bakal menjadi inspirasi gaya buat para wanita.

Kehadiran jenama AdeliaPasha turut mendapat sokongan Cynthia Mahendra, pengasas Jawhara Syari Indonesia yang berpengalaman dalam dunia syariah dan modest fashion sejak lebih sedekad.

“Seronok sangat dapat menyokong Adelia dalam perniagaan modest fashion ini. Saya sudah lama berkawan dengan Adelia. Dia antara wanita Indonesia yang pastinya dapat memberi inspirasi kepada rakan-rakan wanita di luar sana,” tutur Cynthia.

Hijabista mendoakan Adelia terus sukses dan memberi inspirasi kepada seluruh wanita.

Kredit Foto: Instagram Adelia Pasha

Published by
Amy Mohd