Setiap perhubungan punya dugaan yang tersendiri termasuklah dalam hubungan pertunangan. Tidak semua kuat menghadapi dugaan ini. Bak kata orang dahulu, ‘sembunyikan pertunangan, hebahkan pernikahan’. Dugaan yang melanda tentunya membuatkan hati anda kecewa dan terluka. Pastinya tiada siapa yang mahu merasai persasaan ini.
Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tipulah kalau tidak berasa kecewa apabila hubungan yang terbina terputus di tengah jalan. Kadangkala, hubungan yang terputus itu terjadi bukan disebabkan oleh kesalahan pasangan masing-masing. Boleh jadi akibat campur tangan orang ketiga hingga menyebabkan ikatan tersebut terlerai begitu sahaja.
Hati yang kecewa mungkin boleh dilindungi dengan gelak tawa dan senyum yang mungkin dibuat-buat, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya anda untuk mengharungi semua dugaan ini. Sampai bila kita harus berpura-pura? Ingatlah bahawa kita semua manusia biasa yang dikurniakan hati dan perasaan.
Jadi, Hijabista ingin berkongsi tentang cara mahu menguatkan serta menenangkan kembali hati yang sedang berperang dengan rasa kecewa akibat dugaan yang dihadapi. InsyaAllah, diharapkan tip ini dapat membantu diri anda yang mungkin sedang mencari kembali kekuatan diri,
Mungkin selama ini anda kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Ini merupakan salah satu sebab mengapa anda mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan membaca Al-Quran ini.
Semasa sedang alami ‘keserabutan’, cuba amalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat. InsyaAllah, diri anda akan merasa tenang selepas itu. Surah ini sememangnya mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.
Bagaimana jika anda sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3 dan lain-lain lagi.
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Niat solat Tahajjud:
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
“ Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala”.
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah. Selepas itu, baca surah Al-Kafirun & dalam rakaat yang kedua, bacalah Al-Fatihah diikuti surah Al-Ikhlas.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.
Adukan masalah kita terus kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.
Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:
اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال
‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’
(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia)
** tips supaya mudah nak bangun **
Antara zikir yang boleh diamalkan:
#Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi perlu sampai masuk ke dalam hati.
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta/tunang, sila elakkan diri daripada terbelenggu dalam suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
Kita ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh.
Ini yang paling penting sekali. Sentiasa ingat pada Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah itu Maha Mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun. Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa dan Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.
Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA.
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40)