Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tibanya hari kemuncak ibadah haji. Namun, sebuah dugaan telah menimpa sejumlah besar bakal jemaah haji Malaysia apabila mereka tidak dapat bertolak ke Makkah pada waktu yang ditetapkan bagi mengerjakan ibadah itu disebabkan masalah visa.
Neelofa dan juga pereka fesyen terkenal iaitu Rico Rinaldi merupakan antara jemaah yang terkandas kerana insiden mengejutkan itu.
Mungkin ramai yang belum tahu yang saya dan rakan jemaah lain tak dapat berangkat ke Jeddah 2 malam lepas atas masalah visa. Alhamdulillah setelah hampir 2 hari, akhirnya masalah visa diselesaikan dan insyaAllah akan ke Makkah esok.
Menurut laporan Astro Awani, sebahagian jemaah haji tidak dapat berangkat ke sana disebabkan kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kemasukan mereka bagi menunaikan haji. Selain itu, terdapat juga masalah teknikal pada visa haji furada yang mereka peroleh.
InsyaAllah, team Hijabista mendoakan agar segala urusan bakal jemaah haji ini dipermudahkan dan akan selesai dalam secepat mungkin. Moga mereka semua selamat bertolak ke sana dan mendapat haji yang mabrur. Amin.