#dudukrumahchallenge, Lisa Surihani Manfaatkan Waktu Dengan Baiki Bacaan Al-Quran

Share

Ramai yang merungut kebosanan duduk di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berjalan pada saat ini. Namun, seharusnya kita bersyukur kerana dapat membantu memudahkan urusan negara bagi menentang wabak covid-19 dengan hanya duduk di rumah sahaja.

Bukan itu sahaja, sebenarnya banyak perkara dan aktiviti yang kita boleh lakukan sewaktu berada di rumah ini. Seperti yang dikongsikan oleh Lisa Surihani di laman instagramnya, dia menggunakan masa yang terluang ini bagi membaiki bacaan ayat Al-Qurannya. Bagus bukan?

#dudukrumahchallenge

#dudukrumahchallenge kerana bacaan ku tk sempurna. But my dear sisters (the khadijahs) and friends keep encouraging. Dia galakkan. “Daripada tk buat langsung, Lisa?” Moga istiqomah. Dgn doa, Ya Allah, rahmatilah kami dgn Al-Quran, Jadikan lah ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ingatlah kami pada apa yang terlupa, ajarkanlah apa yang tidak diketahui. Kurniakanlah kami dapat membacanya siang dan malam. Jadikan ia perisai kami, wahai Tuhan semesta alam.

Daripada kita merungut, baiklah kita bersyukur dan manfaatkan waktu yang ada ini dengan sebaik-baiknya. Ada hikmah yang kita boleh pelajari sewaktu tempoh PKP ini.

 

Published by
Qistina