Ramai yang merungut kebosanan duduk di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berjalan pada saat ini. Namun, seharusnya kita bersyukur kerana dapat membantu memudahkan urusan negara bagi menentang wabak covid-19 dengan hanya duduk di rumah sahaja.
Bukan itu sahaja, sebenarnya banyak perkara dan aktiviti yang kita boleh lakukan sewaktu berada di rumah ini. Seperti yang dikongsikan oleh Lisa Surihani di laman instagramnya, dia menggunakan masa yang terluang ini bagi membaiki bacaan ayat Al-Qurannya. Bagus bukan?
#dudukrumahchallenge
#dudukrumahchallenge kerana bacaan ku tk sempurna. But my dear sisters (the khadijahs) and friends keep encouraging. Dia galakkan. “Daripada tk buat langsung, Lisa?” Moga istiqomah. Dgn doa, Ya Allah, rahmatilah kami dgn Al-Quran, Jadikan lah ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ingatlah kami pada apa yang terlupa, ajarkanlah apa yang tidak diketahui. Kurniakanlah kami dapat membacanya siang dan malam. Jadikan ia perisai kami, wahai Tuhan semesta alam.
Daripada kita merungut, baiklah kita bersyukur dan manfaatkan waktu yang ada ini dengan sebaik-baiknya. Ada hikmah yang kita boleh pelajari sewaktu tempoh PKP ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Tinggalkan Ayat Kursi Lepas Solat. Jika Mahu Dilindungi Dari Virus Yang Menular. Amalkan!
Ketika dunia dijangkiti virus yang tular, tiada daya kita melawan kuasa Allah yang mendatangkan ujian kepada hambanya. Ujian yang diturunkan diambil sebagai iktibar bahawa kita harus lebih dekat denganNya.
Inilah masanya kita mendalami doa-doa dan surah yang terdapat di dalam Al Quran, salah satunya Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah yang lebih dikenali sebagai ‘Ayat Al-Kursi’ ini juga digelar ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.
Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW, dengan diiringi oleh beribu-ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga telah menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka. Maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta menyebarkannya.
Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, bermaksud ‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’. Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.
Hikmat Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)
Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini:
- Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
- Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
- Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
- Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
- Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
- Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
- Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.
- “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
- Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
- Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
- Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
- Di tengah malam atau dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
- Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
- Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
- Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.
- Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan;
- Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripada tipu daya dan ganguan syaitan.
- Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
- Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
- Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
- Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
- Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
- Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
- Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
- Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
- Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
- Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
- Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
- Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
- Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
- Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
- Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Meski Sibuk Dengan ‘Dunia’, Ini 4 Cara Agar Tetap Dapat Amalkan Membaca Al-Quran!
Berusaha dan berikhtiar untuk mengejar kejayaan dunia memang satu kewajipan. Tapi sebagai manusia dan hamba-Nya, kita juga perlu mempunyai sasaran ibadah setiap hari agar setingkat demi setingkat lebih bertakwa dari sebelumnya.
Sebagai wanita berkerjaya dan pengurus rumah tangga, agak sukar untuk mencari masa untuk membaca Al-Quran. Kalau cuba menyelit ruang masa yang ada, terasa penat pula. Jadi, apakah cara yang baik agar kita dapat khatam dengan baik?
1. Bawa Al-Quran ‘Poket’ Kemana Sahaja!
Sediakan senaskhah Al-Quran comel yang boleh dimuatkan dalam beg tangan. Bila-bila masa berkelapangan, buka dan bacalah.
2. Jadikan Amalan Membaca Satu Mukasurat Setiap Hari
Jika tak cukup waktu, anda boleh membaca satu halaman selepas solat wajib. Misalnya, satu halaman selepas solat Subuh dan satu halaman selepas solat Zohor.
Artikel berkaitan: OKU Penglihatan Tak Halang, Qayyim Dinobatkan Sebagai Johan Tilawah Peringkat Antarabangsa 2023!
3. Tak Mengapa Terkial Membaca, Yang Penting Konsisten!
Ramai terasa perjalanan menghabiskan Al-Quran seperti sangat jauh lagi, tapi jangan khuatir. Bacalah saja dengan perlahan.
4. Hentikan Menghitung-Hitung Halaman Ketika Membaca
Kadang-kadang sambil melurus-luruskan kaki tu, tambah lagi halaman Al-Quran untuk dikhatam. Tak perlu dikira sudah baca tadi atau belum. Lama-kelamaan khatamlah Al-Quran tanpa kita sedari!
Untuk wanita yang sibuk, cuba praktikkan 4 cara di atas. InsyaAllah, niatkan dengan ikhlas untuk khatam Al-Quran. Berusahalah untuk mengejar akhirat, nescaya dunia akan berlumba-lumba mengejar kita!
Hanya luangkan masa selama satu jam sehari bebersama kitab suci, dan boleh ukan dimana-mana sahaja, pada bila-bila masa seperti di dalam kereta, di rumah atau di kampung masing-masing. Selamat mentadabbur Al-Quran Hijabi!
Artikel berkaitan: Ramai Selebriti Sambut Baik Program ini, Bentuk Karakter Dan Akhlak Melalui Al Quran
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berketurunan Palestin, Bella Hadid Lantang Bersuara Menentang Rejim Zionis
Isu serangan rejim zionis terhadap Palestin sekarang ini hebat diperkatakan oleh masyarakat seluruh dunia.
Biarpun pemimpin dan media dari barat seolah-olah cuba menutup mata mengenai hal ini, namun kuasa viral media sosial ternyata memberi kesedaran kepada semua bahawa kita perlu membantu rakyat Palestin yang tertindas di negara mereka sendiri.
Antara selebriti terkenal yang bersuara lantang mengenai isu ini adalah model antarabangsa, Bella Hadid. Berdarah campuran Palestin dari bapanya, Bella teguh mempertahankan tanah Palestin kerana tidak tahan lagi melihat penjajahan tentera Israel terhadap negara Palestin yang telah berlaku beberapa tahun lamanya.
Mahu menyedarkan kesedaran terhadap masyarakat dunia, Bella telah meluahkan rasa amarahnya itu di laman instagramnya buat tatapan semua.
Sememangnya TIADA tempat untuk ini! Terutama sekali pada tahun 2021! Ia akan sentiasa menjadi #bebaskanpalestin. SENTIASA. Saya ada banyak perkara untuk dikatakan tetapi buat masa ini tolonglah baca dan didiklah diri. Ini bukan soal agama. Ini bukan mengenai sebarkan kebencian terhadap orang lain. Ini adalah mengenai penjajahan Israel, pembersihan etnik, penjajahan ketenteraan dan dasar apartheid ke atas rakyat Palestin yang telah berlangsung selama BERTAHUN-TAHUN!
Saya berdiri dengan saudara-saudara Palestin saya, saya akan melindungi dan menyokong anda dengan sebaik mungkin. SAYA SAYANG ANDA.
Saya telah diberitahu sepanjang hidup saya bahawa siapa saya: seorang wanita Palestin – tidak wujud. Saya diberitahu bahawa ayah saya tidak mempunyai tempat kelahiran jika dia berasal dari Palestin. Jadi saya di sini untuk mengatakan Palestin wujud dan rakyat Palestin berada di sini untuk tinggal dan meneruskan kehidupan. Seperti yang selalu mereka lakukan.
Masyarakat di Palestin memang sangat mengharapkan bantuan dan doa daripada kita semua. Ini bukan soal agama, ini adalah soal kemanusiaan. Moga kemenangan akan berpihak kepada mereka nanti. InsyaAllah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI