Tawaran hebat seperti 1.1?7.7?8.8?12.12 pastinya membuatkan kamu tidak berjauhan dengan telefon bimbit kamu bukan? Hanya menggunakan hujung jari sahaja, kamu leka membeli barangan yang kadang-kala bukanlah keperluan malah hanya kehendak mengikut nafsu semata-mata.

Awas! Kamu dalam bahaya! Situasi ini amat membahayakan dengan situasi sekarang yang tidak menentu. Keadaan ekonomi dunia yang semakin goyak disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang semakin berleluasa. Banyak syarikat yang ‘gulung tikar’ serta ramai juga yang diberhentikan kerja, jadi kamu harus hentikan tabiat kamu menjadi seorang ‘shopaholic’!

Duduk Di Rumah Asyik ‘Online Shopping’ Je! Bahaya tau! Jangan Ikut Nafsu, Jom Kawal Cara Berbelanja Dengan Lebih Bijak!
Sumber gambar: iMoney

Aplikasi jualan dalam talian amat suka menarik minat kamu, tambahan pula apabila mereka menggunakan kaedah ‘odd-even pricing’ dalam harga jualan mereka, sudah tentu kamu akan rambang mata membeli-belah. Hentikan semua itu dan mula kawal cara berbelanja kamu dengan lebih bijak!

  1. KIRA PENDAPATAN TERLEBIH DAHULU

Untuk kamu yang sememangnya ‘shopaholic’, pasti ada punca mengapa kamu jadi begitu. Kenal pasti mengapa kamu lebih suka membelanja barangan yang tidak penting. Kunci untuk mengawal perbelanjaan mengikut emosi ini adalah dengan mengenal pasti penyebabnya. Adakah ‘mood’ yang akan menyebabkan kamu membeli-belah secara berlebihan? Ia bergantung kepada sesetengah individu kerana ada yang terlebih berbelanja sewaktu mereka berasa gembira dan ada juga sewaktu sedih. Jika berasa gembira, mungkin kamu berbelanja untuk meraikan sesuatu. Bertentangan pula apabila kamu sedih kerana mungkin kamu ingin mengawal perasaan tersebut dengan membeli-belah. Penting untuk kamu mengetahui bahawa perasaan ini hanyalah sementara dan membeli-belah bukannya penyelesaian yang dapat membantu anda dalam jangka masa panjang. Hanya dengan cara mengenal pasti puncanya, ia dapat membantu kamu dari melakukan pembaziran.

Ads

2. NANTI DAHULU, FIKIR SECARA WARAS!

Ini juga antara teknik terbaik untuk kamu tidak melakukan ‘bad investment’. Salah satu cara untuk mengawal perbelanjaan mengikut emosi ini ialah dengan menggunakan teknik 24 jam. Apabila kamu ingin membeli sesuatu dan pada keesokan harinya kamu tidak lagi menginginkannya, jangan beli barang tersebut. Pastikan kamu tunggu sekurang-kurangnya sehari atau lebih sebelum membuat keputusan. Kadang-kala kamu juga mungkin akan melupakan barang tersebut. Jika ia membantu, simpan senarai barang-barang yang diingini dan minta kawan-kawan untuk belikan sebagai hadiah hari jadi atau tunggu sehingga kamu mampu membelinya.

3. SEDIAKAN BAJET

Duduk Di Rumah Asyik ‘Online Shopping’ Je! Bahaya tau! Jangan Ikut Nafsu, Jom Kawal Cara Berbelanja Dengan Lebih Bijak!
Sumber gambar: Movie Future

Duit bukanlah seperti air. Apabila kamu berbelanja tanpa meletakkan sebarang bajet, maka RM 50 pun boleh dilihat sebagai RM 1. RM 100 hanya dilihat sebagai RM 10. Adakah ia berbaloi? Adakah produk yang dibeli itu meringankan beban kehidupan kamu? Maka, untuk mengelakkan dari pembaziran, tetapkan sebuah jumlah bajet sebelum kamu membeli-belah. Dengan bajet yang ditetapkan, membeli-belah tidak akan menjadi sebarang masalah. Cuba tetapkan bajet bulanan mengikut had kemampuan kamu yang masih dapat memberikan suatu kepuasan semasa berbelanja. Dengan itu, kamu masih mampu memberi ganjaran kepada diri sebagai tanda penghargaan kerana bajet pembelanjaan sudahpun ditetapkan. Jika ianya tidak digunakan, kamu boleh jadikan sebagai simpanan!

Ads

4. JANGAN TERPEDAYA DENGAN IKLAN, PROMOSI ATAU TAWARAN HEBAT

Duduk Di Rumah Asyik ‘Online Shopping’ Je! Bahaya tau! Jangan Ikut Nafsu, Jom Kawal Cara Berbelanja Dengan Lebih Bijak!

Hal ini seringkali berlaku kepada mereka yang begitu sensitif melihat nombor pada harga produk. Misalnya harga itu dijual pada jumlah RM 99.99, terus kamu rasakan harganya murah kerana masih di bawah RM 100. Hakikatnya, semua tawaran, promosi mahupun iklan sedang bermain tarik-talik dengan minda kamu dengan menggunakan kuasa psikologi. Kurangkan melihat iklan kerana ia dapat mengurangkan perasaan ingin membeli sesuatu secara tiba-tiba, terutama sekali apabila barang tersebut menawarkan diskaun menarik. Kamu juga boleh berhenti melanggan emel-emel promosi untuk mengawal diri. Cuba luangkan masa dengan melayari laman web yang tidak berkaitan dengan beli-belah atau lakukan aktiviti lain yang tidak melibatkan internet.

Ads

5. JANGAN IKUT NAFSU

Sama seperti iklan, cuba kurangkan masa kamu dari mengunjungi pusat membeli-belah, melihat aplikasi jualan secara dalam talian atau dari keadaan yang akan mendorong kamu untuk membeli. Banyak lagi aktiviti lain yang dapat dilakukan bersama yang tersayang seperti beriadah, memasak atau bersenam. Ia bukan sahaja dapat mengisi masa kamu malah ia juga lebih jimat berbanding membeli-belah.

Jika kamu suka membeli-belah dalam talian, cuba kurangkan masa dari mengakses laman web tersebut. Bila kamu kurang meluangkan masa melayari aplikasi atau laman web sebegitu, anda akan dapat merasakan anda kurang berbelanja. Cuba elak daripada menyimpan maklumat kad kredit anda di laman web membeli-belah. Sebaliknya, gunakan masa untuk mengisi semula maklumat kad kredit dan informasi lain untuk memikirkan sama ada perlukah anda membeli barang tersebut.

6. CUBA AKTIVITI LAIN

Jika kamu sering menjadikan membeli-belah sebagai aktiviti masa lapang, mungkin inilah masanya untuk kamu tukar kepada aktiviti lain yang lebih jimat, berfaedah dan membantu mengawal tabiat membeli-belah mengikut emosi. Jika kamu tidak mempunyai hari yang baik di tempat kerja, lakukan jenis senaman yang menyeronokkan, hubungi rakan kamu atau pergi ke kafe kegemaran!

Membeli-belah sememangnya seronok dan dapat menggembirakan kamu tetapi jika ia memudaratkan anda, adalah lebih baik jika anda kurangkan tabiat itu. Takut nanti dibebani hutang pula. Pastikan status kewangan stabil dahulu sebelum membuat keputusan untuk berbelanja, barulah kamu lebih gembira, dompet pun tak merana.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI