Edisi terhad EiD dUCK bakal dilancarkan pada 18 Mei 2018 di Pavillion dan ramai pengumpul setia koleksi tudung dUCK atau dUCKies pasti tak sabar menunggu gambaran sebenar keluaran ini.
Edisi terhad ini berinspirasi dari perjalanan cerita kisah silam datin Vivy Yusof bersama Tok Ma semasa bulan ramadan. Walaupun ramai yang sudah berteka-teki, admin cuba ingin menguji peminat setia jenama tudung ini apakah gambaran sebenar EiD dUCK. Jom jawab soalan polling ini, mana tahu anda yang bertuah memenangi hadiah istimewa dari HIJABISTA.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Upah Anak-anak Berpuasa Dengan Aiskrim Coklat Homemade Hanya Guna Blender. Nikmatnya Macam Beli Di Kedai!
Isi Kandungan
ToggleRealisasikan makanan anak-anak adalah satu kemenangan untuk seorang wanita. Menjelang ramadan pasti permintaan tinggi dari seisi keluarga untuk menikmati juadah berbuka puasa. Upah si kecil dengan makanan kegemaran untuk mengalakkan mereka puasa tak salah bukan.
Aiskrim adalah pilihan tepat agar mereka ternanti-nanti waktu bebuka sendiri. Berbeza kali di tempoh PKP ini semua benda boleh buat sendiri. Hijabi ini kongsikan resepi aiskrim coklat buat sendiri tiada mixer tiada masalah hanya menggunakan blender pun boleh. Jom cuba aiskrim coklat homemade nikmatnya rasa macam beli di kedai.
BAHAN:
- 1 cawan milo
- 2 sb susu pekat manis
- 1 tin susu cair@susu segar 400ml
- 2 sb ovalette
- 2 sb serbuk koko
- 2 sb nutella
CARA:
- Campurkan semua bahan ke dalam blender atau mixer selama15 minit sampai naik 2x ganda…..
- Simpan dalam peti ais semalaman….
- Tak ada mixer boleh guna blender jerr
Kredit: SayaCt Aiwish
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Netizen Anggap Hijabi Ini ‘Bertuah’ Dapat Layanan Bak ‘Princess’ Dari Bapa, Meski Usianya Kini 25 Tahun!
Isi Kandungan
Toggle“Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sepanjang hayat.”
Itulah ungkapan yang tepat untuk menggambarkan bertapa istimewanya hubungan seorang anak dengan kedua ibu bapanya.
Malah, ada yang menganggap ayah merupakan cinta pertama seorang anak perempuan. Meskipun ramai lelaki yang sering menyakiti, namun sang ayah tidak akan pernah menyakiti anak perempuanya dan sanggup berkorban apa sahaja demi puteri tersayang.
Ayah Sanggup Lakukan Semua Ini Agar Anak Gadisnya Tak Kelaparan
im turning 25 y/o this year, and Bapak masih sediakan bekal for me. today, nasi goreng for breakfast, mi rebus for lunch. transferred some money with the reference “food emergency” (???) and still risau if im starving??
Bapak…your daughter ni kerja dia literally makan je 😭👍 pic.twitter.com/be84K8uGBY
— tun. (@yarafaee_) January 11, 2023
Begitulah yang terjadi kepada hijabi bernama Tun, apabila ayahnya terlampau risau sekiranya dia kelaparan di tempat kerja dan membekalkan makanan untuk di makan di tempat kerja, meskipun dirinya sudah menginjak usia 25 tahun.
Ayah hijabi ini telah membekalkan anak gadis kesayanganya dengan sarapan pagi nasi goreng dan juga mi rebus untuk makan tengah hari.
Selain itu, ayah hijabi berkenaan juga telah mengirimkan wang menerusi online transferred hanya untuk memastikan anaknya mempunyai wang untuk membeli makanan sekiranya kelaparan ketika bekerja.
Artikel berkaitan: Pengantin Perempuan, Dikendong Bapa Harungi ‘Air Bah’ Menuju Pelamin, Buat Netizen Sebak!
Si ayah turut meninggalkan pesanan ringkas menerusi aplikasi whatsapp mengigatkan anak gadisnya itu agar tidak berlapar ketika mencari rezeki.
“Nasi goreng for breakfast, mi rebus for lunch. Transferred some money with the reference “food emergency” (???) and still risau if I’m starving??” tulis Tun menerusi ciapan di laman Twitter miliknya.
Dalam masa sama, Tun menzahirkan rasa syukur kerana mempunyai ayah yang begitu prihatin mengenai kebajikan dirinya serta dilayan dengan istimewa bak puteri oleh ayahnya.
Netizen Cemburu Dengan Gadis Bertuah Ini, Tawar Diri Jadi Anak Angkat Ayahnya
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, dan mendapati rata-rata wargamaya menzahirkan rasa teruja dan tumpang bahagia melihat layanan yang diterima oleh gadis ini meskipun sudah dewasa dan bekerja.
Malah, ada juga yang berseloroh bertanya jika bapa gadis ini ingin mengambil anak angkat gara-gara menginginkan layanan yang sama.
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis ciapan tular berkenaan telah meraih sebanyak 9498 retweets, 2761 quote tweets dan 37.1 ribu likes!
Sumber: Twitter @yarafaee_
Artikel berkaitan: Dambakan Kehidupan ‘Bahagia’, Nana Mahazan Kongsi Tiga Pedoman Bapa Yang Dipegang Hingga Kini!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayam Ungkep Resipi Makanan Orang Jawa, Sedap Makan Dengan Nasi Atau Cicah Roti
Ayam ungkep, resipi makanan orang Jawa ini meski pun hidangannya ringkas namun enak dinikmati bersama dengan nasi panas atau pun dicicah dengan roti. Bahan-bahan untuk membuat ayam ungkep pun tidak banyak dan cara penyediaannya juga mudah.
Bagi yang hendak cuba masak ayam ungkep, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh lelaki ini.
Mari saya kongsikan resepi dari ibu saya masakan ungkep dan cara-caranya. Bahan-bahan ini untuk seekor ayam.
BAHAN-BAHAN UNTUK DIKISAR:
3 biji bawang besar/bawang
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia sebesar dua ibu jari
2 sudu kecil jintan kasar
2 sudu kecil ketumbar
2 potong kecil kunyit hidup
5 batang cili padi
BAHAN-BAHAN YANG PERLU DIMASUKKAN SEMASA MENUMIS:
3 batang serai yang dititik
2 potong lengkuas yang dititik
3 sekawan (bunga lawang, cengkih, buah pelaga)
Asam jawa/asam keping
Posted by Shahir Shahrin on Thursday, 30 April 2020
CARA-CARA MEMBUAT:
- Kisar semua bahan yang perlu dikisar. Setelah dikisar, tumiskan sehingga naik minyak.
2. Masukkan serai, lengkuas 3 sekawan (bunga lawang, cengkih, buah pelaga) dan
asam jawa/asam keping.
3. Teruskan kacau sampai naik bau wangi. Tambah sikit air dan masukkan ayam. Tutup kuali lebih kurang 10 minit dengan tujuan biarkan ayam sebati dengan bahan tumisan.
4.Masukkan gula, garam untuk kestabilan rasa.
5. Tutup semula kuali dan tunggu hingga ayam empuk serta tumisan jadi sedikit kering. Jangan kering sangat, kuah ungkep sedap juga cicah dengan roti gardenia.
Sumber kredit: Shahir Shahrin
DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.
http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI