Apabila seseorang berhijab dia pastinya sudah mahu mendekatkan diri dengan suruhan Allah SWT. Baik berada dalam industri pekerjaan mana pun, tiada halangan asalkan tidak melanggar syariat.
Penyanyi popular Indonesia, Melly Goeslow mendedahkan dia tidak menerima sebarang tawaran untuk mengadakan persembahan hampir dua tahun selepas mengambil keputusan untuk berhiijab.
Menurut laporan portal kapanlagi.com, selama dua tahun itu Melly dan suaminya, Anto Hoed hanya bergantung kepada wang royalti dari hasil karya ciptaan mereka sepanjang kerjaya dalam industri muzik.
Menceritakan tentang penghijrahannya itu, penyanyi dan komposer popular ini menyatakan yang dia memang mahu berhijab sejak dari kecil lagi. Seiring dengan berjalannya waktu dan menginjak ke usia dewasa dia mula terfikir tentang apakah tanggungjawab yang sudah dia lunaskan sebagai umat Islam.
Jelasnya lagi, “Kita takkan lepas dari dosa, pasti ada yang terpalit tetapi paling tidak kita menutup aurat. Tetapi harus diingatkan hijrah bukan hanya menutup aurat tetapi solat perlu dijaga.”
*** P/S – Berhijab bukan bermakna kita sudah suci, tetapi seharusnya hijab menjadikan kita takut untuk melakukan dosa lain dan perlahan-lahan melindungi diri. Alhamdulillah, semoga semua yang mula berhijab menjadi hijabi yang terus maju di jalan Allah dan juga berjaya di dalam kehidupan. InsyaAllah.
Sumber: KapanLagi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Ditegur Nampak Tua & Gemuk Sebab Pakai Baju Labuh, Wanita Ini Kentalkan Hati Agar Terus Istiqomah
Hidayah itu memang milik Tuhan namun ianya terpulang pada kita untuk berusaha mencarinya. Tak semua orang beruntung mendapatkannya maka hargailah ia apabila kita sudah menerimanya kerana ianya merupakan anugerah terindah daripada Yang Maha Kuasa.
Seperti perkongsian kisah ini daripada seorang wanita mualaf, dia mengakui bahawa memang sukar untuk istiqomah pada awalnya namun dia tetap cekalkan hati demi agamanya.
Jika anda juga sedang mengalami situasi sama, bacalah kisahnya dan jadikan ia sebagai panduan dan kekuatan bagi meneruskan niat baik agar kekal dalam jalan yang benar.
“Pernah lalui fasa free hair dan berbaju ketat. Memang lawa namun…”
Free hair dan berbaju ketat mengikut body cutting itu memang lawa,nampak menarik dan nampak bergaya…Sy juga pernah merasai dan mlalui fasa itu.berpakaian tanpa rasa bersalah dgn tidak menitik beratkan tentang aurat. Ketika sy mengambil keputusan utk mengubah penampilan sy utk berhijab sepenuhnya dan mula melatihkan diri menggunakan baju yg longgar2 dan labuh,sy rasa yg diri sy seperti makcik2,x lawa dan berusia dr usia sy yg sebenar.maklum la dah biasa melawa sakan sebelum berhijrah.Nak mulakan benda baru dan baik ni mmg x mudah.Setiap hari sy akan mengeluh apabila melihat diri sendiri di depan cermin dan apabila berada di khalayak ramai dan bertambah sedih apabila ada mulut2 yg berkata rupa sy kelihatan tua dan gemuk dek baju2 labuh yg sy guna…dugaan ?
Rasa down dan juga rendah diri
Sy ni x pandai la nak bergaya guna tudung yg lawa2 apatah lg yg berfesyen.Sy cuma pandai guna tudung bawal yg kebanyakkannya digunakan oleh makcik2 yg siap sarung tu je.Tu yg serupa mcm rupa makcik tu.Beli tudung pun kat kedai2 jual tudung di pasar.Apabila melihat wanita2 lain yg free hair dgn pelbagai fesyen rambut yg menarik dan berpakaian yg berfesyen dgn style yg up to date ni,sungguh sy rasa down dan rasa rendah diri sgt.setiap kali terbitnya perasaan tu dalam diri sy,sy akan mulai rasa rindu akan penampilan dan kehidupan sy sebelum berhijrah.rasa mcm nak balik sgt2 kepada penampilan asal.Mmg terasa goyah sgt lah iman diuji ketika itu.Maklum la lumrah wanita yg sentiasa ingin kelihatan cantik.Setiap hari sy berhadapan dan berperang dgn perasaan dan iman sendiri dan iblis ketika itu tdk akan pernah duduk diam utk mnyesatkan sy.
Alhamdulillah sy selalu berkata pd diri sy sendiri,Allah telah menyelamatkan sy dr kehidupan yg lps dgn menghadirkan hidayah utk sy yg x semua org blh dpt,Allah sudah berikan sy nikmat yg x ternilai dlm hidup sy maka nikmat apa lagi yg sy ingin dustakan.Bersyukurnya sy kerana diberi hidayah untuk memeluk Islam dan diberi peluang untuk mengucap 2 kalimah syahadah.Alahai…kenapa perlu sy peduli pd kata2 dan pandangan manusia.Kita buat bukan utk mereka tetapi untuk diri sendiri kan.Hidup di dunia ini tidak lama,bila2 masa Allah akan mencabut nyawa kita.Takut2 nanti disaat kita hanyut dgn kecantikkan dan pujian dunia dan manusia,Allah mencabut nyawa kita tanpa kita bersedia persiapkan diri kita dgn bekalan2 yg akan kita bawa ke akhirat nanti.Biarlah di dunia ini rupa tidak secantik dan x selawa mana kerana rupa dan kecantikkan itu bukan menjamin kita ke syurga tetapi yg menjamin kita ke jalan Allah adalah amalan kita di dunia.
Ujian dunia bagi seorang wanita memang hebat!
Hebatnya ujian dunia bagi seorang wanita.Yg kuat akan terus istiqomah,yg lalai akan tersesat.Memang sukar utk kita hadapi sebab itu kita sentiasa memerlukan sokongan,kelilingi diri kita dengan orang2 yang positif dan dekatkan diri dgn Allah.Apa yg penting,kita menurut perintah Allah dgn menunaikan tanggungjawab dan amanah kita sbg seorang muslimat.Bermula dr amalan yg kecil tetapi berterusan,InsyaAllah bertambah pahala.Paksa diri utk melakukan kebaikkan utk diri sendiri,InsyaAllah melalui paksaan itu hadirnya keikhlasan.Alhamdulillah syukur ke hadirat Ilahi,berkat sokongan dan kesungguhan untuk berubah,sy begitu selesa dgn penampilan sy sekarang walaupun setiap masa sy harus memakai stokin dan handsock yg pada pandangan orang,semua itu merimaskan.
Carilah redha Allah…
Apabila mempunyai keinginan utk berhijab,berhijab dan berpakaianlah mengikut syariat yg ditetapkan spt yg termaktub di dlm hukum.Jgn berhijab tapi tdk mengikut syariat yg betul,itu tetap salah dan berdosa.Hidup di dunia ini bkn utk meraih pujian dan redha manusia semata mata tetapi untuk mencari redha Allah.Ingin sy buktikan bahawa bukan penghalang bagi seorang muslimat yg bertudung litup dan berjubah untuk melakukan aktiviti lasak yg diminati dan Alhamdulillah,penampilan sy sekarang bukan penghalang utk sy terus aktif dengan hobi memancing sy…FISH ON ?
Wallahu a’lam والله أعلمُ
#NasihatDanTeguranUntukDiriSendiri
#Mualaf
#MuslimahAngler
#IslamItuMudah
kredit: facebook Panduan Islam
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dahulu Berbaju Renang Di Pentas Ratu Cantik. Kini, Miss International 2017 Tampil Menawan Berhijab
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah SWT, kita sebagai manusia tidak pernah boleh menilai ataupun menjatuhkan hukum kepada sesama manusia. Kerana kita pun belum tentu terlepas dari melakukan dosa. Perubahan seseorang wanita Muslim harus kita raikan dalam semangat saling menghormati dan menyokong.
Nama Kevin Lilliana Junaedy mungkin asing bagi pembaca Malaysia, namun di pentas dunia ratu cantik di Indonesia dia antara individu yang berpengaruh. Pada tahun 2017 dia telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan Puteri Indonesia. Pemenang tempat pertama sehingga empat pertandingan ini dihantar untuk mewakili negara tersebut di pentas dunia.
.
Seiring dengan kemenangan sebagai naib juara, dia dihantar ke Jepun bagi menyertai pertandingan Miss International 2017 dan siapa menyangka, dia diangkat menjadi juara pada malam finale bagi pertandingan bertaraf antarabangsa itu. Merupakan wanita Indonesia pertama yang memenangi pertandigan Miss International pada tahun 2017, kemenangannya itu sekaligus mengangkat nama Indonesia dengan lebih tinggi dalam area ratu cantik.
Bersama Bunga Jelita Ibrani & Dea Rizkita, mereka merupakan top 4 dalam pertandingan Puteri Indonesia 2017..
Mula berhijab pada penghujung 2020, wanita anggun yang dilahirkan di Bandung ini berkahwin pada awal tahun 2020 sebelum melahirkan seorang cahayamata perempuan pada Oktober 2020. Perubahan dalam dirinya berlaku sebaik sahaja dia mengetahui yang dia bakal bergelar seorang ibu.
Dia mendirikan tangga bersama Oskar Mahendra dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama, Seraphine Zaylina Mahendra yang akan mengunjak usia setahun Oktober nanti
Bahagia bersama suami dan anak..
Dalam laporan merdeka.com, Kevin Lilliana berkata, “Sejak mengandung saya menjadi lebih rajin menunaikan solat. Sebaik sahaja dengar azan saya akan terus mendirikan sembahyang tanpa menlengahkannya begitu juga kalau saya berada diluar, saya tidak akan melengahkan solat. Itu semua saya lakukan kerana Sera. Semoga selalu dilindungi dan doa saya didengarkan olehNya.
“Selain itu saya juga selalu memperdengarkan bacaan murrattal kepada Sera, jadi secara tidak langsung saya jadi teringin untuk membacakan Al-Quran untuknya supaya dia boleh dengar suara ibunya. Membaca erti dari setiap ayat suci Al-Quran sungguh menenangkan, sekaligus membuat saya sedar yang kalau hidup kita di dunia ini dalah untuk mempersiapkan diri juga untuk akhirat.”
.
Dari seorang ratu cantik dunia menjadi seorang ibu dan Muslimah sejati. Perjalanan seseorang itu tidak akan pernah kita ketahui. Jadi jangan pernah mempertikai cara pemakaian dan juga pilihan orang lain. Doakan yang baik-baik, nescaya setiap doa itu akan berbalik kepada kita juga.
Sumber: Instagram Kevin Lilliana & merdeka.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Minat Fesyen Sejak Kecil, MIRA AGILE Sentiasa Bergaya Walau Berstatus Ibu Anak 3
Minat fesyen sejak kecil, Mira Agile sentiasa bergaya walau berstatus ibu anak 3. Maka, sebagai seorang pempengaruh Munira Agile sentiasa menjaga penampilan diri.
Gaya yang maksima menjadi tunjang utama bagi wanita yang dikenali dengan nama mesranya, Mira.
“Maksud berfesyen bagi saya ialah seperti identiti, dapat menunjukkan keperibadian kita kepada orang lain tanpa kita perlu memberitahu mereka.
“Personaliti biasanya boleh dilihat daripada cara kita berpakaian,” katanya seperti yang dipetik daripada portal Wolipop baru-baru ini.
Fesyen menjadi kegemaran Mira sejak kecil. Malah, dia menjadikan fesyen sebagai panduan dalam penampilannya setiap hari.
Mira mempelajari fesyen di sebuah sekolah fesyen terkenal di Jakarta.
Di tengah kesibukannya menjaga tiga cahaya mata perempuan, Mira sempat memulakan perniagaan fesyennya. Satu jenama tudung telah dicipta oleh Mira.
Bagi Mira, keselesaan adalah kunci utama untuk kelihatan bergaya. Mengikuti trend bukanlah keutamaannya.
“Jika merasa selesa, hati akan menjadi lebih tenteram.
“Hasilnya anda menjadi lebih yakin, gembira dan bersemangat melakukan aktiviti sepanjang hari,” kata Mira yang mempunyai hampir 400,000 pengikut di Instagram.
Pakaian dengan corak minimum, polos dalam kombinasi monokrom, hitam, putih atau kelabu adalah sebahagian daripada trademark wanita jelita ini.
BACA JUGA: Atlet Taekwondo LIA KARINA Kini Pensyarah & Pempengaruh, Bakal Berstatus Doktor Falsafah
Untuk tampil lebih ekstra, Mira sering melengkapkan gayanya dengan aksesori contohnya beg dan kasut.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI