Dua Perkara Ini Punca Anne Ngasri Berjaya ‘Buang’ 11 Kilo Lemak Agar Kekal Langsing!

Share

Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, kerana pernah berada di kemuncak membintangi watak Lili dalam drama Cili Padi yang melonjakkan namaya di persada seni tanah air.

Meskipun kini sudah jarang dilihat membintangi kaca televisyen, pemilik nama penuh, Naszriah Ngasri atau lebih mesra disapa sebagai Anne Ngasri masih kekal relevan hingga ke hari ini.

Malah, lebih mengagumkan apabila figura jelita ini seakan tidak dimamah usia. Raut wajahnya kekal ‘awet muda’ meskipun kini beliau sudahpun berusia 39 tahun. Justeru, disini Hijabista kongsikan semula rejim penjagaan berat badan yang diamalkan oleh buah hati kepada ahli politik, Datuk Sumali Reduan ini.

Selama 9 Bulan, Anne Hanya Amalkan Dua Perkara Ini Sebagai ‘Rejim’ Dietnya!

Memetik laporan Sinar Plus, ketika diminata berkongsi tip kekal genit, langsing dan awet muda tanpa dimamah usia. Empunya diri hanya tertawa sambil mendedahkan bahawa Anne hanya mengamalkan dua perkara.

“Sebelum ini, saya pernah tampil dalam sebuah drama, waktu itu saya rasa diri gemuk sangat. Lantas, saya cuba berdiet, dengan tidak menjamah nasi selama 9 bulan.

“Maklumlah sekarang usia makin meningkat, justeru saya kena jaga diri,” ujarnya.

Artikel berkaitan: Netizen Puji Anne Ngasri Maintain Slim & Wajah ‘Baby Face’ Lepas Lahirkan Anak Kelima. Ini Rahsianya!

Menurut Anne lagi, satu lagi rejim yang diamalkan beliau adalah memastikan badan mendapat sumber air putih secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi dan kulit menjadi kering.

“Selain saya kurangkan pengambilan nasi, saya juga pastikan saya minum lebih air putih setiap hari, dan mengambil protein seperti ayam, ikan dan sayur secara berkala,” ujarnya.

Malah, kesan perlaksanaan diet secara berterusan selama 9 bulan tersebut, Anne telah berjaya menurunkan berat badannya lebih kurang sebanyak 11 kilogram.

“Alhamdulillah, doakan saya sihat ye,” tambah Anne.

Sekadar info, Anne mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Datuk Mohd Sumali Reduan pada tahun 2012.

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata, Sufi Harraz, 9, dan Nefa Naura, 4, selain masing-masing mempunyai zuriat daripada perkahwinan terdahulu.

Anne mempunyai tiga anak iaitu Abdul Warits,16; Abdul Wafri,14; dan Nazharah Afroza, 12. Manakala, Mohd Sumali mempunyai seorang anak, Suffian Akim, 17.

Sumber: Sinar Plus

Artikel berkaitan: Pernah Buka HIJAB Gara-Gara Dapat Tawaran Tinggi, Anne Ngasri MENYESAL & Terus ISTIQOMAH Hingga Kini

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir